2

513 18 1
                                    

"Tadi nenek ajar ape?" tanya ku sambil menyikat rambut pendeknya Izz.

"Nenek ajar tulis jawi. Tadi kan ibu, nenek masak pulut durian, sedap sangat" laju mulutnya berceloteh.

"Iya? Sedapnya pulut durian. Lagi makan apa?"

"Makan aiskrim, makan roti, makan nasi. Hah, ibu ibu, tadikan nenek nangis" katanya memalingkan badan menghadap ku.

"Kenapa? Izz buat ke?"

"Eh taklah, nenek tengok tv lepas tu dia nangis. Izz tak buat apa pun. Kesian nenek." katanya. Aku memeluknya.

"Ya, kesian nenek" aku belai rambutnya, muka putih, suci, gigi penuh tersusun rapi, mata hitamnya bulat, sungguh comel.

"Izz pergi ambil buku, kita sambung belajar membaca. Cepat" kata ku. Dia mengangguk dan berlari ke bilik.

"Ibu, hujung minggu ni nak pergi mana?"

"Izz teringin nak pergi mana?"

"Izz nak pergi pantai, yang ada telur penyu tu"

"Minggu lepas dah pergi kan?"

"Nak pergi lagi! Bolehlah ibu, bolehlah" pujuknya sambil buat muka comel.

"Yelah yelah" kataku dan dia melompat-lompat gembira.

Aku mengajar Izz membaca, mengira sebelum dia melangkah ke alam persekolahan nanti. Aku akan mengajarnya sehinggalah dia tersengguk-sengguk mengantuk. Hahaha, dia sungguh comel.

Itulah rutin kami, dan bila hujung minggu, aku akan bawa dia jalan2. Ke pantai, makan kfc, shopping.

Aku angkat Izz ke katil dan aku kembali ke ruang tamu. Leptop dibuka dan log in email dan aku cari satu fail yang menyimpan seribu satu rahsia.

Aku buka fail tersebut dan terpamparlah gambar Umarussadam, suamiku yang sah. Gambar raya, gambar dia tidur, sampailah gambar kahwin kami.

Semua gambar yang pernah aku send kepada email kedua milikku, sebelum aku format iphone lama dan buang.

Aku guna email baru ni dan tak pernah buka kembali email lama. Entahlah jika ada kawanku dari Jepun bertanya khabar melalui email lama atau apapun, aku tak kesah. Aku buat email dengan hasrat yang baru dan nama yang baru, nama anakku.

Aku pernah tekad untuk buang semua gambar ni sebelum suatu hari ada yang menuduhku lari dari rumah kerana melahirkan anak haram. Jadi, gambar perkahwinan tersebutlah yang menyelamatkanku.

Dan, semua orang termasuk Nisa tahu yang suami aku kerja kapal. Tinggal ditengah lautan dan susah nak balik. Aku juga kata aku sensitif dengan topik suami aku sebab akan buat aku sedih, iya itu betul.

Biarlah aku saja yang tahu, semua yang aku pendam. Izz tak perlu tahu, semua orang tak perlu tahu. Semuanya selamat dalam jiwa aku.

Gambar Umar yang tersenyum memeluk aku semasa hari raya ditetap lama.

Kenapa?
Kenapa aku?
Kenapa dia?
Kenapa kami?

Aku takut nak balik, aku takut aku akan hilang kawalan, hilang diri, hilang maruah.

Apa yang mama papa akan kata? Apa yang saudara mara akan kata? Apa yang aku perlu buat?

Air mataku gugur lagi. Untuk 2 malam berturut setelah hampir 2 tahun aku lupakan semuanya.

Banyak soalan yang aku nak tanya dia, tapi aku takut aku tak kuat bila berdepan dengan dia. Tolonglah aku Ya Allah, beri aku kekuatan.

Menangislah Dian, menangislah. Untuk terakhir malam, esok kau akan berbahagia. Esok kau perlu berbahagia. Kau dah ada segalanya, kerja, duit, dan anak. Cukuplah. Menangislah Dian, lepaskan semua kesakitan, kepedihan, kesulitan malam ini. Esok kau akan bangun dengan kelegaan.

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now