30

458 12 0
                                    

"Diandra!" suara dari belakang tak menakutkan aku. Aku melepaskan rambut mereka. Euk berminyak, kau tuang sebotol minyak rambut atas kepala ke hah?

"Apa Dian buat ni? Masuk bilik papa sekarang" kata papa dan berjalan kebiliknya. Shah menghampiri aku.

"Okey?" tanyanya. Aku tak okey!

"Aku tak nak sesiapa bercakap pasal aku dengan laki aku ke laki siapa2 sekalipun! Hal dalam dalam rumah tangga aku rasa tak perlu diwarwarkan la kut! Entah dari mana kau dapat maklumat tu yang aku dengar adalah fitnah semua. Terima kasih kerana bagi aku pahala free" kata aku kuat agar semua staf yang ada disitu dengar.

"Oh lagi satu. Aku tahu kenapa korang tak kahwin. Sebab hal orang lebih seronok dari hal sendiri. Sebab tu la korang, tak kahwin pun tak apa asal boleh bercerita tentang hal orang. Padahal dia tak ada orang nak, tak ada pengalaman berkahwin. Cakap je lebih" kata aku dan keluar dari bulatan staf disitu. Aku sempat berhenti untuk kali terakhir.

"Shah, pecat diorang" kata aku sebelum ke bilik papa. Aku pasti ada hukuman yang akan melanda. Ni kalau tak didenda buat macam2 pun, kena buang kerja.

"Papa"

"Dian buat apa tadi tu? Malu papa, malu! Macam mana kalau diorang mengata yang anak papa kurang adab?"

"Malu papa je? Malu Dian? Papa ingat Dian gila sangat sampai nak tarik rambut orang sesuka hati?"

"Dian sebagai CEO patutnya bagi contoh yang baik untuk staf2"

"Dian memang CEO tapi tu hanya nama sahaja. Kerja Dian tak layak dibandingkan dengan CEO. Macam2 yang Dian buat dan tugas Dian semua tu bukan tugas CEO, tapi tugas office girl"

"Dian kan perlu belajar dari bawah"

"Kalau perlu belajar dari bawah pun, papa tak payahlah bagi jawatan yang bunyi penting tapi tak berguna"

"Dian sebenarnya ada satu hal je yang Dian perlu ubah. Iaitu perangai panas baran Dian. Papa taknak Dian timbulkan hal lagi. Tak apalah, papa boleh masukkan duit dalam akaun Dian bulanan macam dulu. Dian tak perlu kerja" kata papa. Dia duduk di kerusi mewahnya. Aku hanya memandang papa dengan geram dihati.

"Papa nak buang Dian dari kerja? Dulu pun papa buang Dian dari keluarga kan? Senangnya jadi ibubapa. Tak apa lah, saya tak hadap duit bulanan yang awak bagi pada saya. Saya akan usaha cari duit saya sendiri. Terimakasih" kata aku sebelum keluar dari bilik. Aku tahan sekali lagi air mata untuk keluar.

Bukan aku menangis kerana dibuang kerja tapi sakit hati kerana aku baru sedar yang papa buat aku seperti anak patung.

Aku dikurung dalam rumah tanpa jagaan, aku dihalau dari rumah, aku dimasukkan balik dalam rumah, aku dimasukkan kerja, disuruh buat kerja yang belum pernah yang bergelar CEO buat, dan diberhentikan kerja macam tu je.

Aku ambil handbag aku dan keluar dari pejabat. Tak apalah, aku takkan jejak lagi kesini. Aku turun tangga dan dan masuk kedalam kereta yang teeparking betul2 didepan pejabat.

Aku buka kunci rumah dan masuk. Aku baringkan diri atas sofa, bestnya rasa dapat tidur. Aku kena cari kerja lain sekarang. Tapi kerja apa?

Aku memang kata kat papa tak nak duit tu tapi sebenarnya aku perlukan duit bulanan tu. Nak kerja kat syarikat uncle Hadi ke? Itu lagilah senang timbulkan fitnah. Lagi2 Umar kerja kat sana.

Nak call Encik Ishak ke hah? Eh tapikan kau dah tak pergi interview tu, mesti syarikat tu dah dapat pekerja baru. Celarunya!

Ding dong

Siapa pulak tu? Aku buka pintu rumah. Rupanya Shah. Dia masuk dalam rumah aku tanpa izin. Eh eh.

"Kenapa datang sini? Tak kerja?"

"Kerja tu nantilah. Saya panggil awak tadi, awak tak berpaling. Jalan laju je. Saya call awak pun tak jawab. Takutlah saya kalau awak buat kerja2 gila." kata dia. Kerja gila?

"Contohnya?" tanya aku pula. Bunuh diri? Terjun longkang?

"Nevermind. Boleh mintak air sikit tak? Dahaga." kata Shah dan terus ke dapur. Okey first dia dah buat rumah ni macam rumah sendiri. Peningkatan yang bagus Shah, bagus sangat.

Aku buka telefon aku. Oh rupanya aku silent. Bila aku silent telefon ni?

24 missed calls from Shahril

Owh kau telefon aku banyak2 ni apasal la. Ingat aku nak bunuh diri ke lepas kena buang kerja? Buang kerja tu small metter jela.

"Ow ow owww" bunyi orang kesakitan di dapur mengejutkan aku. Terus aku berjalan laju ke dapur.

Shah sudah tidak berbaju menggosok2 badannya. Seluruh bahagian atas badannya kemerahan. Kenapa ni? Kena gigit kerengga ke?

"Kenapa?"

"Tertumpah air panas"

"Ya Allah, pergi mandi cepat" suruh aku. Aku pun tak tahu kenapa aku suruh dia mandi. Dia terus berlari kedalam bilik yang dia tidur semalam dan juga bilik Umar.

Aku kembali kesinki. Bekas milo bertaburan, air panas tumpah merata. Kalau tak reti buat air, cakap jela. Aku boleh buatkan. Ni kena kemas sekarang ni, kalau tak Izz kena air panas ke, tergelincir ke.

"Diandra!" panggilnya lagi. Aku letakkan mop ditepi dan turut ke bilik.

"Kenapa?" tanya aku. Alamak! Shah hanya bertuala dari atas pusat kebawah lutut. Aku pulak yang rasa malu dan tak selesa ni.

"Baju lebih tak ada? Baju tadi dah basah habis" katanya dan bercekak pinggang. Dia yang berada dihadapan almari, aku menyuruhnya berundur sedikit.

Almari dibuka dan terdapat baju2 kemeja Umar dan tshirtnya dalam almari tersebut.

"Pilihlah yang mana muat" kata aku walaupun aku rasa semua muat sebab badan dia tak ada beza dengan Umar.

"Diandra!" terkejut kami dijerkah begitu lantas kepala dipusing kebelakang.

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now