40

1.3K 36 16
                                    

"Papa nak kenalkan Dian pada anak kawan papa." kata papa. Aku hanya memandang kedepan. Agak tidak berminat untuk mengambil tahu tentangnya.

Kini aku duduk dirumah orang sakit jiwa, menunggu rawatan aku selama 2tahun habis. Semua prosedurnya aku ikutkan sahaja, aku mahu cepat keluar.

Tapi aku pelik, kenapa aku berasa aku masih boleh berfikir dengan waras seperti sekarang? Kenapa aku tak bawa anak patung dan terbayang2 seperti patung tersebut anak aku. Seperti kebanyakkan orang gila disini buat?

"I'm Nick" kata satu suara disebelah aku. Aku berpaling memandangnya. Mukanya putih dan tak nampak melayu. Mungkin bukan melayu kut. Ahh i'm not interested.

Aku memandang semula kehadapan. Berada di sini seperti mengajar aku mengosongkan perasaan. Aku seperti tidak berperasaan. Aku tidak sedih, tidak gembira, tidak kecewa, tidak rindu. Aku kosong. Aku tak tahu aku rasa apa sekarang, aku tak tahu perlu rasa apa. Deria emosi aku mungkin sudah mati.

"Nick ni anak kawan papa dari Jordan. Dia bukan malay tau. Nick juga akan ambil alih Uncle Razi untuk rawat dia. Boleh kan?" kata papa. Boleh tak awak diam? Itu yang berlegar dikepala aku. Aku mahu sendiri, itu saja.

"Diandra dah berapa lama kat sini uncle?"

"Petah juga malay eh. Dah nak masuk 6bulan" kata papa. Aku tutup telinga. Aku benci suara2 yang bercakap2 disekeliling aku! Sudah2lah bercakap sesama sendiri.

"Dian, kenapa?" papa memegang tangan aku yang aku tutup telinga. Aku tarik tangan aku kembali dan berdiri. Aku berjalan tanpa hala tuju. Aku nak bersendirian.

Aku nampak satu buaian dihujung laluan dan bawah terik matahari. Mungkin tiada yang nak bermain dekat sana sebab panas. Takpalah, aku pergi.

Aku duduk mengayun diri sendiri dengan kaki. Laju laju, buaiku laju, aku nak kahwin dengan anak raja. Hahaha

Aku senyum dan kembali beriak kosong. Aku tak patut kahwin lagi. Aku tak nak kahwin lagi. Semuanya menyakitkan. Rumah tangga mama papa musnah. Rumah tangga papa dengan mummy musnah, rumah tangga Umar dengan Luna musnah dan rumah tangga aku dengan Umar juga musnah. Semua tak bernasib baik dalam perkahwinan.

"Hai" aku memandang kebuaian sebelah. Anak kawan papa tadi. Kenapa dia ekori aku?

"Kenapa duduk tengah panas ni?" tanyanya. Aku memandang kehadapan. Pergilah kau, pergi kau dari sini.

"Tidak apalah. Duduk dibawah cahaya matahari pun salah satu terapy juga" katanya dengan pelat mat saleh. Aku hanya diam.

Boleh berikan aku hanya satu peluang? Satu peluang, peluang untuk aku bersendirian. Kenapa semua macam tak bagi chance untuk aku bersendirian? Padahal banyak yang orang gila duduk sorang2.

"Saya Nick Markian" tangannya dihulurkan padaku. Aku hanya memandang tangannya, tak terdetik untuk sambut salam perkenalannya.

Dia mengambil tangan aku yang aku genggam pemegang buaian dan disalamkan dengan tangannya.

"Diandra Amin Dato Hashim, nice to meet you. Jangan risau, saya akan rawat awak sebaiknya dan kita akan ada lebih waktu bersama" katanya dan tersenyum manis. Hendsomenya dia, macam Nick Jonas je.

Aku menggeleng dan menarik kembali tangan aku. Aku tak boleh tertarik dengannya, ssebab macam tulah aku tertarik dengan bekas suami aku dulu. Ingat Dian, kau gila. Jadi, berperwataklah seperti orang gila, jangan pura2 waras.

Aku memandang kehadapan dan tersenyum sendiri. Bestnya jadi gila. Aku jauh dari semua masalah yang melanda aku dahulu. Semuanya dah selesai, tapi menyakitkan. Tuhan dah kabulkan doa aku. Dia dah bawa semua masalah aku pergi, sekelip mata dan selamanya.

Semua masalah aku hilang, sekelip mata dan selamanya. Aku takut untuk buka buku baru. Aku takut kalau aku diuji sekali lagi. Sekali aku diuji, aku dahpun gila. Kalau aku diuji sekali lagi, apa pulak yang akan terjadi dengan aku?

Aku duduk kat sini sorang2. Tak ramai yang melawat aku. Hari2 papa akan datang waktu lunch hour, makan kat sini dengan aku. Mummy dah masuk penjara. Shah pula hilang selepas sedar dari koma tapi dia tak boleh bangun mahupun berjalan, jadi macam mana dia hilang? Papa pula mesti sunyi.

Mama dan yang lain pula akan datang setiap hujung minggu. Dan Umar pula. Aku tak tahu. Kemana dia? Kemana dia menghilang? Dia langsung tak jenguk aku sekalipun disini. Aku tak menunggu kehadiran dia, tapi aku menunggu khabar dari dia.

Aku mahu tahu apa dia buat. Aku mahu tanya apa yang terjadi pada dia dan Luna dan aku mahu tahu kebenaran semuanya. Tapi dia pergi tanpa berita, pergi membawa Shah bersamanya. Dia pergi tanpa jejak seperti aku lari ke Terengganu dahulu.

Bezanya, dulu dia boleh mencari aku tapi sekarang aku tak boleh mencarinya. Aku terkurung disini, dikatakan aku perlu dirawat di sini 2tahun. Padahal semua itu membazirkan duit dan masa aku.

Tapi aku tidak mahu keluar dari sini, aku takut. Aku takut dengan ujian2 diluar sana. Semuanya macam monster yang menunggu mangsanya keluar dari tempat persembunyian.

Umar, dia mana kau? Baliklah, jenguk aku sekali. Aku hanya mahu bertanya. Kalau kau masih wujud dibumi Tuhan ini, datanglah padaku walau sekali. Aku hanya mahu ucapan salam dan selamat tinggal darimu.

Diandra, kalau Umar ajak kau berkahwin lagi, kau mahu?

Aku tidak mahu. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Biarlah pisang itu dijanjikan semanis madu sekalipun, aku tidak mahu. Aku mahu hidup begini. Dan aku sudah merasai madu, ia tidak semanis yang dijangkakan. Sangat pahit, perkara yang paling pahit yang pernah aku rasakan.

Umarussadam, betul, kau datang dan pergi sesuka hati kau. Kau hanyalah ingatan masa warasku, kau hanyalah memoriku. Terima kasih Umarussadam kerana mengajar aku segalanya. Mengajar aku berkasih sayang dan mengajar aku untuk terus kuat.

Memori dengan mu ada pasang surut dan pelbagai emosi. Tapi aku tidak salahkan diri kau, memang aku yang malang sejak kecil. Kau datang dari keluarga yang baik2 sama seperti aku dan juga Luna. Tetapi kita manusia, kita ada nafsu.

Nafsu yang menginginkan segalanya dan sentiasa berasa tidak cukup. Semoga suatu hari nanti, kau akan jumpa kebahagiaan kau. Dan semoga suatu hari nanti, aku akan jumpa ketenangan aku cari2 selama ini.

Umarussadam, saya minta maaf sebab awak perlu hadir dalam hidup saya dan terima kasih sebab pergi dari hidup saya. Semoga awak berbahagia, Umarku.

"Jom kita solat. Solat boleh beri awak ketenangan. Insyaallah awak akan rasa ketenangan yang awak tak pernah rasai selama ini"

-TAMAT-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 08, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now