36

536 15 1
                                    

"Ibu" panggil seseorang. Aku kenal suara ini. Aku buka mata. Mata aku cepat2 mencari susuk tubuh tersebut. Rupanya dia dihujung pintu.

Aku tersenyum kepadanya dan dia balas senyuman aku.

"Sini sayang" panggil aku dan dia tak beranjak. Masih berdiri di pintu dan memerhatikan aku. Aku turun dari katil dan menarik tangan nya ke katil. Aku mengangkat dia dan letakkan dia di katil.

"Ibu mimpi buruk pasal Izz tadi. Ibu mimpi yang ayah Shah bawa lari Izz dari ibu. Ibu takut sangat" kata aku dan Izz hanya tersenyum memandang aku.

Putihnya wajah dia, nampak bersih sangat. Izz memakai baju melayu putih dan berseluar putih.

"Kat mana dapat baju melayu ni? Pasti ayah yang beli kan? Sesuai sangat dengan Izz" kata aku dan Izz masih tersenyum.

"Izz, mummy kat mana?" tanya aku dan Izz mengangkat bahu tanda tak tahu.

Aku pandang sekeliling, satu bilik ini putih, aku dah rasa macam duduk dalam hospital dah ni.

"Ibu, Izz balik dulu"

"Dah nak balik dah? Izz tak nak tidur dengan ibu?"

"Ada yang tunggu Izz." kata Izz. Aku mengerutkan dahi.

"Siapa? Ayah? Tokmamy?" tanya aku dan dia menggeleng.

"Umi tunggu Izz. Izz pergi dulu." kata Izz dan lompat dari katil aku yang tinggi.

"Umi? Siapa umi? Ibu kandung Izz?" tanya aku, dia tidak menjawab dan terus berjalan ke pintu.

"Nanti Izz datang melawat ibu lagi." kata Izz dan keluar dari bilik aku. Pintu bilik aku tertutup rapat. Siapa umi Izz? Kenapa aku tak tahu apa2? Dan aku kat mana ni? Aku accident ke?

Aku turut turun dari katil dan ke pintu. Pintu bilik dikuak. Eh kunci lah. Siapa yang kunci aku kat dalam ni?

"Hei, buka" laung aku tapi tiada tanda2 orang nak buka pintu. Aku ni kena culik ke apa?

Aku kembali berbaring atas katil. Aku dah tak lama lagi nak kahwin dengan Shah. Tapi Izz? Dah tak ada sebab aku kahwin dengan Izz kalau Izz dah tinggal dengan umi baru dia. Tapi, mustahil aku tinggal rumah papa lagi selepas papa halau aku keluar.

Zass

Awww. Aku memegang kepala aku. Mungkin migraine, mungkin aku terlalu banyak fikir. Baik aku tidur saja.

*****

Aku buka mata dan muka pertama aku tertengok adalah mama. Aku pandang sekeliling. Kenapa semua ahli keluarga ada ni? Aku dah nazak nak mati ke?

Aku bangun dan bersandar dikepala katil.

"Kenapa semua ada kat sini?" tanya aku. Mereka hanya terdiam. Ada lebih 10mulut tapi tak mengeluarkan satu bunyi pun.

"Mana Izz? Kenapa datang tak bawa Izz?" tanya aku. Ke aku sakit yang boleh berjangkit, sebab tu diorang tak bawa masuk Izz?

Tapi along dukung bayi. Tu mesti anak dia.

"Awak ada masalah phycologi Dian"

"Apa? Kau nak cakap aku gila?" tanya aku padanya. Dia seperti gelisah, kenapa dia ni?

"Taklah gila, cuma mental awak terganggu sikit" katanya. Apa? Mental terganggu la apa lah. Kau yang sebenarnya mental.

"Lantak korang lah nak fikirkan aku apa. Bukan ada yang percayakan aku pun kan?" kata aku dan mereka semua terdiam. Mereka saling memandang sesama sendiri. Ha baguslah tu, guna bahasa isyarat.

"Panggilkan Izz. Aku rindukan anak aku"

"Izz dah meninggal Dian" katanya.

"What meninggal? Kau jangan nak kata anak aku bukan2! Izz yang datang jumpa aku pagi tadi dan kau kata Izz dah meninggal? Aku nampak dengan mata kepala aku yang dia datang sini!" laung aku. Mereka masih memandang sesama sendiri. Tak ada yang berani membalas kata2 aku.

"Dian berimaginasi"

"Macam mana aku berimaginasi kalau aku sendiri bercakap dengan Izz. Semuanya normal. Apa korang semua ni?" kata aku dan mereka menggeleng kepala. Papa memandang aku dengan wajah yang sedih, begitu juga semua.

"Dian pernah terfikir, macam mana Izz boleh datang sini sorang2 diri? Dengan pagi tadi yang tak sampai masa melawat lagi" kata Umar yang jauh dihujung katil.

Aku terdiam dan terfikir. Izz memang datang sorang2 pagi tadi. Tapi dia datang dengan siapa? Oh mesti dia larikan diri dari semua orang kat sini dan tinggal sementara dengan orang yang dia percaya. Bagus, cayok anak aku.

"Doktor kata yang Dian tak terima kematian Izz dan berimaginasi. Doktor ada rakaman Dian ketawa sorang2 di bilik ni" Kata mereka. Aku ketawa sorang2? Kenapa aku nak ketawa sorang2 pulak?

"Boleh bawa rakaman tu kesini?" Tanya aku dan dia mengangguk. Umar keluar dari bilik diikuti papa.

Aku hanya diam dan memandang sekeliling. Aku kat hospital kan ni? Bukan dah dihantar ke tanjung rambutan kan?

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now