14

419 15 1
                                    

"Tak. Dia perlu berbincang dengan kita. Betul tak pa?"

"Iya Dian. Dian perlu tanya pendapat kami kalau ada apa2 yang Dian nak buat. Okey?" pujuk papa dan aku mengangguk.

Sekurang2nya, keluarga papa yang aku benci dahulunya sekarang berada dipihak aku. Berbanding keluarga yang aku sayang dahulunya hanya lebihkan orang lain berbanding anak sendiri.

"Papa minta maaf sebab tak boleh buat apa2. Papa pun terkejut bila dia kata dah kahwin dan lagi terkejut bila dia kata Dian isteri nombor dua. Kalau papa tahu dulu, papa akan halang perkahwinan Dian sebaik mungkin. Papa sanggup buat apa je Dian"

"Dian nak syarikat papa" kata aku tiba2. Yelah, sanggup buat apa je kan?

"Apa?"

"Dian nak uruskan syarikat papa"

"Kenapa tiba2?"

"Dian nak duit, nak kerja"

"Papa kan boleh bagi duit pada Dian bulan2"

"Lepas tu kalau Dian tak ikut cakap papa, papa nak hentikan duit bulannan tu? Macam papa tarik swift Dian?" kata aku dan dia terdiam. Mungkin tahu yang salahnya pada aku dahulu.

"Papa minta maaf"

"Dahla papa, semua ni pun berpunca dari Dian jugak. Dian tak patut wujud dalam dunia yang penuh duri ni"

"Dian, papa minta maaf."

"Sekarang papa nak bagi syarikat tu ke tak? Kalau tak, Dian boleh kerja dekat syarikat uncle Hadi"

"Boleh, ambillah. Syarikat papa, syarikat Dian jugak. Tapi Izz macam mana?"

"Dian nak tanya kalau aunty Maria sudi tak jaga Izz?" tanya aku. Aunty Maria memandang aku. Aku tahu aku boleh percayakannya. Sepertimana aku percayakannya untuk menjaga rahsia kami. Dan sekarang sudah 3tahun rahsia itu masih tersimpan.

"Kenapa mummy?" Tanya Shah tiba2. Mungkin terkejut. sebab aku dahulu memang betul2 bencikan aunty Maria kerana kahwin dengan papa.

"Dengan satu syarat" katanya. Kami diam menantikan syaratnya.

"Panggil aunty, mummy. Itu je yang mummy minta. Supaya mummy betul2 rasa yang Izz tu adalah cucu mummy" katanya. Leganya, ingatkan apa dah tadi.

"Baiklah. So bila Dian boleh kerja dekat syarikat papa?"

"Terpulang pada Dian."

"Kalau boleh, secepatnya. Bolehlah mummy dengan papa bermain dengan Izz bila Dian dengan Shah kerja. Dah lama rumah ni tak bunyi suara kanak2 kan bang?" kata mummy. Teruja betul dia.

"Dan satu lagi, kalau Umar nak suruh asuhkan anak dia, tolong tolak eh. Dian tak nak anak Dian sekali dengan dia" kataku.

"Jangan risau Dian. Papa memang dah tak sukakan diorang satu keluarga. Lagipun buat apa jaga anak orang yang tak ada talian dengan kita kan?" kata papa. Lega hati aku, rasa terubat sikit bila dengar kata2 papa tu.

Ring ring

Umarussadam calling.

Aku minta diri untuk menjawab call dan berjalan naik tangga. Sambil2 mencari bilik mainan.

"Apa?"

"Hello sayang"

"Eh kau tak payah nak bersayang dengan aku la. Jijik"

"Tapi saya--"

"Kau nak apa?" kata aku sambil membuka satu2 pintu di tingkat dua.

"Saya dah balik rumah ni, tapi awak tak ada. Awak pergi mana?"

"Bini kau tak cakap ke aku keluar?"

"Tak" katanya pelahan. Aku mengeluh. Aduh lah perempuan tu, dah elok aku bawak anak kau dengan aku. Kau pulak tak bagitahu dia ni aku keluar.

"Aku keluar kejap"

"Pergi mana?"

"Adalah, kau sibok apasal?"

"Saya tanya je. Shah dengan awak kan?"

"So kau call sebab nak pastikan anak kau okey? Tu je?"

"Taklah macam tu. Cuma saya nak pastikan yang Shah betul2 dengan awak"

"Kenapa? Kau ingat aku tinggalkan dia tepi jalan ke?"

"Eh tak tak" katanya kalut dan aku tamatkan talian. Call call kalau nak sakitkan hati aku, baik tak payah! Call untuk pastikan anak kau baik2 je kan? Kau takut kalau aku sakitkan anak kau kan? Tahu pun takut.

Aku buka pintu dan Izz dan shah tengah bermain. Izz bermain blok lego dan Shah bermain bola sepak. Apalah kau ni main bola dalam rumah.

"Jom balik" kata aku pada Izz. Izz memandang aku dengan wajah yang sedih.

"Dah nak balik? Izz tak puas main lagi"

"Ala jomla. Nanti Izz boleh main lagi tau. Sebab, bila ibu kerja, Izz akan duduk sini dengan tok mamy dengan tokpa. Best tau"

"kenapa Izz kena duduk sini?"

"Duduk sini la. Nanti tak ada yang nak jaga Izz sebab ibu kerja. Alah duduk sini macam duduk dengan nenek la. Nanti dia main dengan Izz, bagi makan, ajar Izz membaca" kataku dan mulutnya membuat bentuk seakan 'oooh' tapi tidak berbunyi.

"Shah, jom balik" kataku dan dia menggeleng. Eh kau ni nak kena betul la.

"Kau nak duduk sini, kau duduk!" kata aku dan menarik tangan Izz keluar dari bilik tersebut.

Sebaik sahaja pintu ditutup, bunyi tangisan kedengaran dari dalam. Aku buka semula pintu dan dia berjalan keluar sambil menyapu air matanya. Hah nak main2 sangat dengan aku.

Kami turun kebawah dan singgah ke ruang tamu tempat papa dan mummy serta Shah duduk.

"Eh dah nak balik?"

"Ye. Dah petang kan"

"Alah, tidur jela kat sini" kata papa.

"Boleh je nak tidur sini tapi ada budak sesat ni. Jadi kenalah balik jugak" kataku dan dia mengganguk. Faham denganku. Yelah, karang menangis melalak sebab tak jumpa mak dia.

"Hati2 Dian. Dian bila nak masuk kerja?"

"Minggu depan kut rasanya" kata aku sebelum bersalaman semua dan masuk ke kereta. Kereta aku meninggalkan perkarangan rumah papa menuju kerumah yang aku paling taknak untuk pergi.

*****

Maghrib itu aku sampai kerumah. Aku mendukung Izz yang ketiduran masuk ke bilik. Umar diruang tamu memberhentikan aku.

"Mana Shah?"

"Tadi suruh tinggal tepi jalan kan? So tinggallah"

"Mana Shah?!" tanyanya lagi dengan suara yang agak kuat dari tadi.

"Dalam kereta. Kau pergilah angkat dia sendiri"

"Awak tinggalkan Shah dalam kereta? Awak ni tak ada perasaan ke apa?"

"Eh kau ni apasal?! Anak kau tidur dan anak aku pun tidur. Aku bukan ada 10tangan nak angkat dua2 sekali. Dah kau ada, kau angkatlah anak kau" kata aku dan masuk kedalam bilik. Ya Allah, sakit hati aku dengan dia semakin membuak2.

Aku mandi dan keluar ke dapur. Belum ada makanan dan nampak gayanya macam Luna tak masak je ni. Eh aku peduli apa.

Aku keluarkan ayam, sayur-sayuran dan mula memasak.

Zapp

Pelukan dari belakang aku mengejutkan aku.

Terus pisau diatas kayu pemotong diambil. Aku memusingkan badan sambil memegang pisau. Dia yang terkejut terus melepaskan pelukannya.

"Kau kalau tak nak kejadian berdarah berlaku kat sini, baik kau jauh dari aku. Dan jangan pegang aku lagi"

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now