22

413 12 0
                                    

"Disebabkan ini, nama syarikat terjejas" satu suara bersuara dari jauh. Kami semua berpaling memandangnya, Uncle Hadi.

Nama syarikat terjejas? Apa maksud dia dengan semua ni?

"Jadi selama ni, semua sibuk tanya dia ookey tak dan uncle hanya risaukan syarikat tu?" kata aku dan dia hanya berdiam diri.

"Bukan macam tu Dian" mama membelanya.

"Macam mana lagi? Tak sangka kan? Ingatkan bapa tiri yang selama ini baik rupanya bermuka dua, samalah dengan madu Dian yang bermuka dua tu. Boleh la geng, kan?" kata aku. Semua diruang tamu itu diam.

Tak berani semua bersuara, mungkin takut aku akan kalahkan mereka dalam perdebatan dan memakan diri sendiri.

"Saya hanya mahu Dian pulang" kata Umar setelah lama semua berdiam. Dia kenal Umar. Bercerai bukan caranya untuk aku lepas dari dia. Walau apapun jadi, dia takkan malu untuk berdepan dengan semua orang even keluarga aku sekalipun untuk dapatkan aku kembali.

Dia takkan seksa aku sebab aku adalah segalanya, aku adalah kunci kepada sumber banknya selama ini dan dia sayang pada aku.

Kau pasti Dian? Kau pasti dia sayang pada kau? Atau semua ini hanyalah kerana duit? Jangan jadi bodoh Dian, kau asal dari keluarga kaya. Tambah lagi dengan along dah ada sumber kewangan sendiri, semua harta akan jadi milik kau. Dan itulah tujuan mereka. Kau kena hati2.

Kau nak harta aku? Okey baiklah. Harta itu boleh jadi milik kau tapi hanya boleh digunakan untuk aku sahaja. Aku senyum sendiri.

"Baiklah, dengan syarat"

"Apa?"

"Salah satunya adalah aku nak sebuah rumah, sewa atau beli. Itu urusan kau" kata aku. Dia diam dan hanya memandang aku, mungkin berkira2 atas syarat aku tersebut.

Cepat Umar, tik tok, tik tok. Aku tahu kau takkan lepaskan aku. Apalah sangat sebuah rumah dengan gaji beribu yang masuk dalam akaun kau setiap bulan, kan?

*****

Umar mengangkat bagasi2 ke tingkat atas. Aku menarik tangan Izz kesofa dan memasang televisyen. Rumah ni agak mahal, sebab kedudukannya yang dekat dengan mall dan kawasan perumahan moden.

Rumah aku lebih besar dan moden daripada rumah Luna. Itu dah puaskan hati aku sikit. Dan tambah lagi sewa, bil semua Umar yang tanggung. Ha nak tanggung sangat kan? Amiklah kau.

"Beg saya dah letak dalam bilik. Nanti kita pergi beli barang dapur eh"

"Dah siap? Balik la"

"Saya tidur sini malam ni"

"Siapa izinkan?"

"Kenapa kena izin semua?"

"Rumah ni memang kau bayar tapi ni rumah aku. Yang satu lagi, baru rumah kau. So pergi balik"

"Saya akan tidur sini"

"Okey. Tapi kau tidur bilik bawah. Selangkah kau jejak tingkat atas, aku akan balik rumah papa" ugut aku. Dia mengeluh dan mengangguk. Senang rupanya nak tundukkan dia.

"Dekat rumah ni, ada beberapa syarat. First, jangan naik tingkat atas terutamanya bilik aku. Second, aku tak nak first wife kau jejak kaki rumah aku" kata aku. Dia memandang aku.

"Okey, dan syarat saya pula. Jangan ada lelaki yang bukan mahram awak jejak kaki dalam rumah awak ni" katanya. What itu je? Nak cakap lelaki tu Shah ke? Jangan risau, aku belum gila nak jemput Shah masuk dalam rumah aku berdua je.

"Deal"

"Awak siap2, kita keluar shopping barang dapur" katanya dan berjalan ke dapur. Aku terus mengajak Izz keatas.

Biliknya berwarna putih dan gold. Luas bilik utama yang agak luas dari bilik2 aku yang lain. Ada almari besar, meja solek, tv, sofa dan banyak lagi.

Okey meja kerja tu aku akan pindahkan bilik lain untuk jadikan pejabat mini macam kat rumah Umar. Buat satu bilik untuk buku dan mainan Izz.

Banyak rupanya nak ubah dan deko rumah ni. Tak sabarnya! Aku nak beli semua deko yang mahal2 biar bankrup dia, alah duit bapak mertua dia jugak.

Lepas tu aku nak suruh dia alihkan macam2 perabot. Adalah misi kerahan tenaga Umar kejap lagi. Hahaha.

Aku mandikan Izz dan bersiapkan diri. Kami keluar tak lama setelah itu dan Umar tertidur disofa. Malas untuk kejut dia sebenarnya tapi dialah ATM aku. Aku ni baru kerja beberapa minggu dan cuti panjang pulak. Gaji tak masyuk lagi.

Kami keluar ke mall dengan kereta dia. Umar mendukung Izz dan kami berjalan seiringan ke satu per satu kedai.

"Papa, lapar lah" kata Izz. Aku memandangnya. Ololo kesiannya anak aku. Sampai lapar dia tunggu aku shopping. Dahlah barang dapur sehabuk pun tak beli. Terlalu fokuskan deko untuk ruang tamu dan bilik dulu.

"Nak makan kat mana?"

"Suka hatilah" jawab aku dan aku hanya mengikutinya. Beg2 plastik dalam troli diambilnya dan aku memimpin tangan kecil Izz mengikuti Umar.

Kami sampai di'Chicken Rice Shop'. Okeylah makan nasi, tekak melayu kan.

"Ibu bestkan dapat keluar macam ni selalu"

"Iya sayang. Nanti kita keluar lagi hujung minggu. Nak?"

"Nak2. Papa ikut?" tanyanya. Aku memandang Umar.

"Tentulah papa ikut. Papa janji akan sentiasa ada dengan ibu dan Izz." kata Umar. Jangan berjanji Umar. Sebab aku takut janji makan janji.

Lepas makan, kami shopping kali kedua sebelum pulang kerumah. Umar hantar kami pulang kerumah sebelum dia pergi kerumah dia semula. Katanya nak ambil barang dan baju ke pejabat. Buat leceh je, tidur jela kat sana terus.

Aku naik ke tingkat atas dan mandi serta aku terus tidur. Aku tak terlalu kisah Umar nak masuk macam mana. Pandai2lah dia, mungkin ada kunci spare. Kalau tak ada, duduk jela kat luar tu, jadi pak guard je.

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now