39

639 16 0
                                    

Aku berdiri tegak dan memandang kehadapan. Angin sepoi2 bahasa lembut menampar wajah aku.

Zapp

Lengan aku ditarik kasar dan aku terjatuh kebawah. Lutut dan siku aku terasa pedih. Aku melihat siapa yang berani menganggu ketenteraman aku!

Seorang lelaki yang berkulit putih dan tidak nampak melayu memandang aku. Dia turut menggosok sikunya dan memandang aku.

"Bunuh diri tidak akan selesaikan masalah" katanya dengan pelat.

Aku menggeleng. Mana kau tahu? Pernah cuba?

Dia menarik tangan aku bangun dengan kasar hingga aku terbangun dan dia tolak aku turun tangga.

"Mana bilik awak?" tanyanya dan aku mengangkat bahu. Aku tak tahu, selama ini aku hanya tidur je mana2 yang aku nak.

Dia menarik pergelangan tangan aku dan memusing2kan gelang plastik berwarna pink yang entah dari bila ada ditangan kiri aku.

"Diandra Amin Dato Hashim? Jom" katanya dan menarik lagi tangan aku kekaunter.

"Nurse, where is Diandra Amin's room?" tanyanya. Nurse yang duduk menghadap telefon memendang lelaki tersebut dan wajahnya terus bercahaya.

"Room 434 doctor. Kenapa cik Diandra dengan doctor?"

"Dia sesat"

"Oh. Cik Diandra ni memang dah banyak kali hilang. Kalau pintu lupa nak kunci, ha jenuhlah mencari dia ni" kata nurse lagi. Bila aku selalu keluar bilik? Mana ada, aku duduk je dalam bilik tu. Kadang2 je aku nak cari ketenangan.

"Thanks nurse" balas lelaki itu dan tangan aku ditarik lagi.

Sampai diroom434, dia membuka pintu dan semua wajah yang ada didalam memandang kami dengan wajah yang risau. Termasuklah seorang doktor lelaki yang selalu merawat aku.

"Nick? Kat mana Nick jumpa Diandra? Puas kami cari dia, tak jumpa"

"Nick jumpa dia dekat bumbung uncle. Dia berdiri atas bumbung, macam nak terjun" katanya dan wajah yang lain dah terkejut gila.

"Apa yang Dian nak buat ni? Dian cuba bunuh diri? Dian tahu tak orang yang bunuh diri tu dimasukkan ke neraka yang paling dalam" kata papa. Aku masih diam. Genggaman lelaki tersebut ditangan aku masih tidak dilepaskan.

"Hashim, sabar. Diandra, kenapa Diandra ke bumbung? Ke ada bayang2 yang menyuruh Diandra kesana?" kata doktor itu lagi dan aku masih diam.

Aku tak ingat dan aku dah lupa macam mana aku tiba2 ada kat atas bumbung tu. Siapa yang bawa aku pergi sana? Aku pergi sendiri ke? Tapi aku dah lupa jalan ke bilik semula.

Aku tarik tangan aku dari genggamannya dan duduk di katil. Aku amik apel didalam pinggan plastik dan gigit nya sambil memerhatikan semua orang. Mereka masih lagi memandang aku yang tidak berperasaan.

Ala jangan la pandang2, malu la.

"Saya rasa kita kena bagi rawatan pada Diandra secepatnya. Dia mungkin boleh ulang lagi perbuatan dia tanpa sedar" kata doktor dan yang lain hanya setuju.

"Diandra Amin ada masalah psychopath?" tanya lelaki yang bawa aku kesini tadi.

"Dia berimaginasi teruk" kata doktor lagi.

"Siapa ni?"

"Oh inilah anak Sahak."

"Oh anak Sahak? Ya Allah, dah besar dah anak Sahak. Dulu uncle dengan ayah kamu belajar sama2" kata papa. Aku gigit apel yang terakhir sebelum aku baringkan diri dan selubungkan diri aku dengan selimut.

"Jomlah keluar" kata papa. Mereka dah arif dengan perangai aku, kalu aku buat macam tu, tandanya aku nak tidur dan semua sila keluar.

*****

Aku bangun dari tidur dan bilik aku dah berwarna biru dan putih. Ini bukan bilik yang selalunya. Siapa yang bawa aku kesini?

"Dian dah bangun?" tanya seseorang disebelah aku. Aku memandangnya.

"Dian kenapa tengok2 bilik ni? Tak biasa?" tanya dia dan aku masih lagi tak Jawab. Aku pandang baju aku, Warna biru.

"Dian lupa yang Dian kita kesini sama2 semalam?" tanya dia lagi dan aku menggeleng. Sejak bila kau datang sini? Ini kali pertama aku tengok bilik ni.

"Semalam kita datang sini ramai2 hantar Dian. Ini bilik Dian sekarang. Dian akan duduk sini dan terima rawatan 2tahun." katanya. Oh mu god! 2tahun?

2tahun tu kira lama ke sekejap orang orang yang gila macam aku.

"Dian makan ubat dulu ya" katanya dan menghulurkan ubat butir kepada aku. Apa yang ubat ini boleh buat? Buat aku tak gila? Aku ada sakit mental, bukan sakit gigi kena makan ubat.

Aku masukkan dalam mulut dan minum air. Dia tutup botol mineral dan aku keluarkan balik ubat yang diberi pada aku. Aku tak telan. Aku tak nak.

Aku letakkan dalam genggaman dan nanti aku akan buang dalam sinki. Itulah yang aku selalu buat. Aku tak pernah makan ubat yang diberi dan aku masih waras.

Dah lama Izz tak melawat aku, mungkin dah tak melawat dah. Aku pernah baca post ig yang berkata, 'mereka yang dah masuk syurga akan sentiasa sibuk. Sibuk dengan nikmat syurga yang berganda2 dan tak terhingga.'

Aku tersenyum sendiri, akhirnya anak aku dah jumpa kegembiraannya iaitu dalam syurga yang selamanya. Aku turut gembira untuknya.

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now