38

605 16 1
                                    

"Dian, makan" kata mama. Aku hanya memandangnya. Mama menyedukkan sup dan nasi kepada aku tapi aku hanya memandang sudu tersebut.

Aku cuba mengambil sudu dari tangannya tapi dia elak.

"Biarlah mama yang suapkan. Mama nak ganti kasih sayang yang pernah hilang dulu" kata mama. Apa?

"Tak perlu. Kasih sayang awak dah basi" kata aku. Dia hanya memandang aku dengan muka yang kecewa.

"Saya tahu kenapa saya sangat sayangkan Izz walaupun dia bukan anak saya. Rupanya saya terlalu banyak kasih sayang dalam diri yang saya tak dapat kongsi dan luahkan. Kini saya ada Izz untuk saya bagikan kasih sayang saya yang mencurah2 bagai air pancut yang takkan kering, tapi Izz dah pun meninggal juga. Sekurang2nya Izz pergi dengan kasih sayang yang cukup" kata aku.

Dia masih lagi memegang sudu sup. Aku menolak meja makan beroda ke hujung katil. Aku dah taknak makan walaupun aku lapar. Nak bersuap sangat kan, kau makanlah sendiri.

"Boleh semua keluar? Aku nak tidur" kata aku. Mereka mengangguk dan berjalan ke pintu. Tiba2 pintu dibuka kuat dari luar.

"Semua, abang Shah dah sedar" kata Dani. Terus tegak badan aku.

"Dian nak jumpa Shah" kata aku. Mereka semua serentak memandang aku.

"Kalau Dian nak jumpa Shah sebab nak tanya macam2, papa tak izinkan. Biarkan Shah rehat dulu lepas sedar dari koma." kata papa dan keluar. Semua keluar dari bilik dan tinggallah aku sorang2.

Mesti semua jenguk Shah. Izz, datanglah jenguk ibu. Izz kata nak jenguk ibu. Ibu bosan ni.

*****

"Diandra boleh jalan tak?" tanya papa dan aku mengangguk. Aku turun dari katil dan kami ramai2 bergerak ke unit ICU.

Pelik, kenapa aku masih waras? Kan dia kata aku selalu hilang ingatan. oh aku lupa, aku akan hilang ingatan kalau Izz datang jumpa aku.

Ahh aku tak kisah semua tu, aku rela 1000 kali hilang ingatan sekalipun asal Izz datang melawat aku.

Tapi, sudah beberapa hari Izz tak datang melawat aku. Kenapa Izz? Busy ke Izz kat syurga tu? Izz berbahagialah kat sana.

Papa buka pintu bilik.  Mata Shah terbuka cuma dia masih berbaring. Kami datang dan dia masih tak nak bangun? Ke Shah dah jadi mayat hidup? Mayat hidup mana boleh cakap.

"Shah, Dian datang ni" kata papa. Kerusi disebelah katil sengaja dikosongkan untuk aku.

"Diandra" panggilnya. Shah boleh cakap? Aku memandang papa.

"Shah patah tulang rusuk sebelah kiri. Yang lain okey. Dia cuma tak boleh jalan lagi" kata papa yang seperti mengerti dengan pandangan aku.

"Boleh Dian bercakap dengan Shah? Berdua" kata aku. Mereka semua sorang demi seorang keluar dari bilik.

"Jangan bagi dia tertekan" bisik papa dan menggosok bahu aku sebelum dia keluar dan menutup pintu.

"Awak ada masalah jiwa ke sampai semua tak bagi awak tertekan? Sepatutnya saya yang tak boleh tertekan sebab saya gila" kata aku pelahan. Shah memusingkan kepalanya memandang aku. Oh iya, dia boleh buat semua benda kecuali bangun.

Shah memandang aku dan aku memandangnya. Aku tak tahu nak mula bertanya dari mana sebenarnya.

"Saya tahu yang awak tertanya-tanya tentang Izz." Katanya.

"Izz dah meninggal, tapi saya masih nak tahu kenapa papa cakap dia anak awak?" tanya aku. Shah memandang kehadapan. Air matanya jatuh ditepi kepala sebelum dia mengelapnya sendiri.

"Masa awak pergi Jepun, saya masih dengan perangai saya. Dan saya terlanjur dengan Intan. Semuanya salah saya, kami mabuk teruk. Intan tiba2 hilang dan saya hidup seperti biasa. Saya tak tahu yang dia mengandung." cerita Shah.

"Masa Intan datang rumah haritu, saya dah terkejut gila. Dia kata Izz adalah anak saya dan mummy pun tahu semuanya dari awal. Mummy dah siap buat DNA saya dengan Izz dan memang Izz anak saya yang sah" Shah berhenti seketika, dia menarik nafas panjang.

"Intan nakkan Izz balik dan saya memang berkeras melawan habis2an tapi dia ugut untuk buat laporan polis yang saya rogol dia dan culik Izz. Saya tak dapat buat apa2 dan pada masa yang sama, awak nak pindah. Kalau awak pindah, itu akan teruk kan keadaan. Mummy bagi nasihat yang kami perlu bawa Izz keluar dari rumah dan mummy akan cakap yang ibu kandung Izz datang ambil dia balik"

"Tapi rancangan kami tak menjadi sebab awak balik awak dan ternampak semuanya" katanya. Aku terdiam seketika. Jadi itu semua bukanlah mimpi? Mereka memang merancang larikan Izz daripada aku?

"Habis tu apa yang saya buat?"

"Awak tak ingat apa yang awak buat?"

"Saya langsung tak tahu apa2"

"Awak kejar kami balik dan terlanggar belakang kereta kami semasa di selekoh. Dan saya dah tak ingat apa2" kata Shah lagi. Aku diam, sekarang semuanya terjawab.

Apa yang aku nak buat sekarang? Aku dah bebas dari umar dan Luna, aku juga dah tak perlu fikirkan Izz. Tapi kenapa aku rasa kosong?

"Saya salah sebab larikan Izz dan tak ceritakan hal sebenar. Saya minta maaf" kata Shah.

"Saya minta maaf sebab langgar kereta awak dan menyebabkan Izz dan Intan terkorban" kata aku pula. Shah mengangguk. Mungkin inilah penamatnya. Semua masalah aku sudah selesai dengan sad ending.

"Saya yang patut minta maaf sebab semuanya angkara mummy saya. Saya betul2 minta maaf." kata Shah. Aku mengangguk dan berdiri.

Shah memanggil2 nama aku tapi aku tetap berjalan keluar dari wad Shah. Diluar wad, semua sudah ada. Mereka bberdiri tegak setelah nampak aku tapi aku tetap meneruskan berjalan.

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now