5

495 12 0
                                    

"Saya sayang awak" ayat yang keluar dari mulutnya setelah lama berdiam.

"Aku jijik dengan perkataan tu. Kau dah tipu aku, bukan tipu main2 tau, bukan tipu sunat, bukan tipu kecik. Macam ni lah, kau biarkan aku dekat sini, dengan Izz. Kau balik la semula dekat KL, duduk bahagia dengan bini pertama kau, biar aku bahagia kat sini dengan Izz. Settle! Jangan jumpa kami lagi" kataku beri kata putus.

Aku berjalan ingin menuju ke bilik tapi dihalang dengan badannya.

"Saya suami awak, saya takkan tinggalkan awak dengan Izz kat sini sendiri."

"Yang kau tinggal bini pertama kau kat sana sendiri tu? Dahlah, tak payah hipokrit. Baliklah"

"Saya akan balik. Tapi dengan awak. Saya akan bawa awak balik KL, duduk dengan saya kat sana. Awak isteri saya, tempat isteri adalah disisi suami"

"Kau memang suka kan agong2kan diri kau sebagai seorang suami. Macama nilah-" aku pandang dalam anak matanya.

"-ceraikan aku. Dengan itu, kau tak payah kisah pasal aku lagi" kataku dan menolaknya dan ke bilik. Aku kunci bilik dan menirap, menyebamkan muka di bantal.

Ya Allah, maafkan aku. Aku sayang dia, tapi aku juga sakit. Apa yang aku harus buat Ya Allah.

Malam itu, aku tidur dengan air mata dan esakkan yang ditahan agar tidak berbunyi. Tidak mandi dan tidak makan.

*****

Esoknya kepala aku berat sangat. Tapi aku gagahkan jua untuk ke pejabat. Aku takut dan malas untuk bertentang mata dengan Umar.

Aku keluar dari rumah lebih awal dari sebelumnya, Izz pun belum bangun.

Aku dan Umar bertembung di dapur ketika aku sedang memasak dan aku ingin minum air, tetapi kami hanya diam seribu bahasa.

Masuk dalam kereta, baru aku sempat check telefon aku. Satu mesej dari Nisa.

From: Khairunisa
Suami kau kan ada, suruh la dia jaga. Lagipun aku tak rasa yang suami kau kerja kapal. Eh membawang pulak!

Eh kenapa tah dia ni! Sakit pulak hati aku. Lantak kau lah! Aku ni masih ada masalah kat sini, kena tambah kau pulak satu masalah.

Di pejabat, Nisa memang mengendahkan aku atau lebih kepada mengelak daripadaku. Kami bertembung di dapur tapi dia tidak menegur aku dan cepat2 keluar. Ahh aku malas nak layan.

Balik kerumah pula, aku terus mandi dan berkurung dalam bilik, yang kerja sebenarnya boleh je buat kat pejabat, tapi aku bawak pulang. Saja nak elak dari bercakap dengan Umar. Biarlah Umar pula ambil tugas mengajar Izz.

Aku akan tidur selepas siap kerja dan ajak Izz tidur sama. Umar? Aku biarkan dia jadi tunggul dalam rumah tu. Tak apalah asal anak aku terjaga.

*****
Situasi sebegitu berulang hari demi hari, minggu demi minggu. Sehinggalah suatu hari, Umar menegurku untuk bawa berbincang kali kedua dan putuskan segalanya.

Aku masih lagi tidak bersedia. Apa yang kau tak bersedia Dian? Tak bersedia untuk bercerai? Tapi kau yang nak kan?

Hati aku dalam dilema. Untuk nampakkan aku tidak lemah aku kuatkan juga bersetuju berbincang dua mata dengannya.

Aku pulang kerumah hari itu dan Izz dah pun tidur, awal dia tidur.

Aku bersihkan diri dan keluar ke ruang tamu. Umar sudah duduk disofa dengan dua mug dimeja.

Aku duduk disofa bertentangan dengannya. Diam, sunyi sepi.

"Nak bincang apa?" tanya ku setelah lama berdiam.

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now