19

413 12 0
                                    

Setelah mama keluar. Shah dan mummy masuk kembali kedalam bilik.

"Mummy dah bagitahu Shah?"

"Haah, dokumen apa yang Dian nak ambil?" kata Shah. Maknanya mummy tak beritahu hal sebenar. Terima kasih mummy.

"Dokumen pentinglah, dokumen Izz, dokumen Dian. Dian kan dah tak nak pergi rumah tu lagi. So kenalah ambil semua benda terus"

"Ooh macam tu."

"So Shah ada idea?" tanya mummy. Shah menggeleng.

"Buat masa ni, tak ada. mummy boleh keluar dulu tak? Shah ada benda nak bincang dengan Dian" kata Shah dan hanya tersenyum.

"Bincang pasal apa ni? Hah Shah?"

"Pasal hati" kata Shah dan memandang aku. Hah? Mummy hanya mengangguk dan tersenyum sebelum keluar dari bilik aku meninggalkan kami bertiga plus Izz dah nyenyak tidur.

"Nak bincang apa?"

"Soal hati"

"Shah!"

"Saya serius, soal hati. Tak boleh ke bercerai dengan Adam dan kahwin dengan saya?"

"Shah! Keluar sekarang!" laung aku padanya.

"Kalau awak tak boleh lupakan kejadian lalu, saya betul2 minta maaf. Bagilah saya tebus kesalahan saya pada awak Dian."

"Kalau awak nak tebus kesalahan awak, ikut cakap saya. Berkahwin dengan saya tak menjanjikan semua kesalahan awak pada saya dimaafkan. Faham?" Dia terdiam, menunduk.

"Keluar dulu, saya nak berehat" kata aku dan dia mengangguk sebelum keluar dari bilik aku.

Aku kembali membaringkan diri dan menarik Izz mendekati aku, dan memeluknya. 3hari aku tak tidur bersama anak aku, oh rindunya.

Nak marah2, cakap banyak2, tak kesian ke kat aku hah? Aku ni dahlah sakit2, demam2 pulak ni. Demam? Alamak! Aku cepat2 bangun dari tidur. Mana aku boleh dekat dengan Izz, nanti dia berjangkit dengan aku.

Aku keluar dari bilik, mana bilik Shah ye? Siapa2 je, tolong please!

Satu susuk tubuh berlegar2 diruangan atas. Siapa tu? Dia kemudian berpaling dan ternampak aku.

"Akak kenapa keluar bilik?" tanyanya. Aku amati mukanya, eh Dani la! Aku cam sangat muka dia ni.

"Dani boleh tolong angkatkan Izz dan bawa dia ke bilik lain?"

"Kenapa?"

"Akak demam, takut berjangkit pada Izz"

"Takpe Dani, abang boleh uruskan" kata satu suara dari belakang. Aku berpaling, Shah masuk ke bilik aku dan angkat Izz. Tanpa banyak bicara, dia bawa Izz kesatu bilik dihujung laluan. Aku hanya mengikutinya.

"Bilik siapa ni?"

"Bilik saya. Izz boleh tidur dengan saya sehingga demam awak sembuh" katanya.

Aku hanya berdiri di pintu, biliknya aku perhatikan. Dinding berbunga kecil koko dan syiling blueblack dan ada bintang2. Semua perabot putih, Macam bilik perempuan pun ada, mat bunga ke dia ni? Hahaha tak dapat bayang la.

Dahlah sado, berjambang, tiba2 mat bunga pulak? Aduh hancur semua.

"Tengok apa? Awak scan bilik saya eh?"

"Tak de lah, cantik bilik. Berbunga." kata aku dan ketawa kecil.

"Tersalah order sebenarnya, masa tu saya keluar negara ketika dia pasang dinding ni. Saya order yang bear2 punya"

"Hah? Bear? Serious?" kata aku dengan nada terkejut.

Okey tak dapat bayang bilik ni dipenuhi dengan bear2 semua. What? Jambunya!

"Kenapa? Salah ke? Saya manusia juga, kalau perempuan boleh suka teddy bear, kenapa saya tak? Kan?" katanya dan aku mengangguk sahaja. Betul jugak kan? Aku ni terpengaruh dengan pemikiran masyarakat agaknya.

Yelah, pink untuk perempuan, biru untuk lelaki, lelaki minat kereta, motor, games dan perempuan pula minat makeup, dress dan cermin. Eukk, cliche sangat! Ada je yang tak suka pink, contohnya aku.

Okey, berbalik kepada story aku tadi.

"Takpe ke Izz tidur dengan awak? Saya sebenarnya nak suruh mummy jaga"

"Takpe. Kalau awak nak tahu, Izz tidur dengan saya la sepanjang awak tak ada. Dia okey, jangan risau."

"Betul ni?"

"Betul. Pergi masuk bilik, berehat" katanya dan aku berjalan kembali ke bilik aku.

Sebenarnya aku taklah risau sangat Izz tidur dengan sesiapa even siapa nak jaga dia pun sebab anak aku tu jenis yang tak kesah siapa disekeliling dia. Dia bukan jenis 'nak ibu, nak ibu' dan menangis malam2.

Aku nampak lagi satu susuk tubuh yang sama masih berlegar2 dilaluan bilik.

"Dani cari apa?"

"Cari cincin. Akak masuklah bilik" katanya.

"Cincin siapa?"

"Cincin Dani la" katanya. Eh kau pakai cincin dik? Umur berapa dah sekarang nak pakai cincin? Tahu tak yang lelaki haram pakai apa2 perhiasan.

"Lelaki tak boleh pakai la cincin, tak elok" kata aku. Dani yang tunduk melihat bawah sofa ruang tamu tingkat dua, bangun.

"Akak, memang Dani punya tapi Dani nak bagi seseorang." Katanya dan sambung mencari. Bagi seseorang eh kau dik? Dia dah masuk universiti dah maksudnya dan 20an la gitu. Dah dewasa dah adik kandung aku sorang ni.

Dah nak ada awek, yelah awek. Takkan beli cincin nak bagi hadiah kat pensyarah pulak kan?

"Gud luck la dik. Tak jumpa, beli jela yang baru. Kau tu bukan miskin" kata aku.

"Yelah akak, terima kasih jela atas nasihat berguna tu" katanya dan terus mencari.

Aku berjalan kembali masuk dalam bilik aku. Lantak kaulah adik oii. Memang taklah aku nak tolong cari dengan aku rasa dah satu badan ni sakit semua.

Akhirnya, Boleh juga aku berehat dengan aman. Yeah! Bed, i coming!

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now