28

368 12 0
                                    

Aku buka pintu tetamu bilik bawah. Lampu dibuka. Lega terbit dihati aku. Ya Allah, syukur. Izz sedang tidur nyenyak dipeluk Shah. Sejuk hati aku. Eh kejap, shah?!

Aku terus ke katil, bahu Shah ditolak2 untuk mengejutkannya dan aku panggil nama dia pelahan agar Izz tak terbangun.

"Apa?" jawab dia yang masih mamai.

"Macam mana awak ada kat sini? Mummy suruh awak tidur sini ke?"

"Ha? Ye ye" jawab dia lagi. Eh ni betul ke mamai sedar tak sedar.

Aku cubit bahu dia kuat. Hingga dia menjerit. Dia angkat kepala memandang aku.

"Macam mana boleh ada kat sini? Kalau orang tahu awak tidur kat sini, apa orang kata nanti. Kang kena tangkap basah. Dahlah saya ni bini orang"

"Janganlah fikir bukan2. Mummy call kata nak tidur sini. Saya dan papa pun join sekali. Diorang tidur bilik atas, saya tidur bilik bawah. Puas?" katanya dan aku tersengih. Hahaha over pulak kita.

Dia memhempaskan kepala ke bantal sebelum mengangkatnya semula.

"Tapi best jugak kena tangkap basah kan?"

"Haish! Mengarut!" kata aku dan tutup lampu dan pintu biliknya. Biarlah Izz tidur disitu, tak sampai hati nak kejut Izz semata2 pindah bilik.

Aku naik ke bilik semula. Eh aku hampir lupa yang aku kena cari 10k tu dalam waktu terdekat. Kat mana aku nak cari hah?

Ini semua sebab Luna! Boleh2 dia call aku maghrib tadi dan mintak 10k dalam masa sehari. Ya Allah, mana aku nak cekup duit sebanyak tu?

Duit dalam bank aku sampai ke 10k? Gaji dulu dah habis. Aku pun baru sebulan kerja, baru dapat gaji sikit tapi tak sampailah 10k. Aku nama je CEO, alah setakat nama yang melekat di pintu bilik tapi papa buat aku macam office girl.

Takkan nak minta papa? Papa boleh bagi tapi nanti dia soal macam2 pulak. Shah pun sama.

Mintak kat mummy? Aku dah banyak menyusahkan dia. Dahlah aku ni buat perangai dengan dia dulu.

Minta dekat uncle Hadi? Eh tak nak la aku, dahlah dia tu risaukan syarikat dia je. Mama? Mesti dia tanya bukan2, dahlah aku tak minta maaf lagi ni.

Along? Along pun macam polis juga. Lebih2 lagi 10k tu bukan sikit. Along dah usaha keras untuk bangunkan syarikat dia, takkan aku nak minta senang2 je? Lagipun kak Ana dah nak bersalin, banyak dah duit along berhabis untuk baby dia.

Dengan siapa aku nak pinjam?

Aku baringkan badan keatas katil. Aku terpandangkan frame gambar perkahwinan aku dan Umar. Sejak bila aku jadikan frame gambar? Ni mesti Umar yang gantung kat situ.

Ha Umar! Aku boleh pinjam dekat dia tapi kalau Luna tanya, pasti dia akan jawab. Mesti Umar syak bukan2 dan mesti Umar akan buat syarat pelik2.

Dengan siapa aku nak pinjam duit? Ha! Duit bulanan yang semua masukkan dalam akaun aku.

Kalau papa masukkan lebih kurang 3k sebulan dan uncle Hadi masukkan lebih kurang 5k sebulan. Duit aku dah lebih pada cukup! Tambah lagi Umar pun masukkan 3k sebulan keakaun aku. Ya Allah terima kasih.

Dengan ini, aku boleh tidur dengan aman.

*****

Mummy ada dekat rumah jadi aku terus ke pejabat tanpa perlu singgah rumah papa.

Pada mulanya Shah ajak kongsi kereta tapi tak apalah sebab aku nak pergi bank.

Aku ke mesin ATM, kosong, tak ada orang. Aku check akaun yang papa dan uncle Hadi masukkan. Ada 35k?! Banyak jugak rupanya tapi aku jenis yang tak tengok baki pada resit bila aku berbelanja. Main hulur2 kad je.

Aku check pula akaun khas dari Umar kepadaku. Ada 15k? Not bad. Aku transfer 10k dari akaun aku keakaun Aluna Muhamad. Sakitnya hati aku rasa!

Duit dah tinggal 5k dalam nafkah bulanan Umar bagi. Aku transfer pula 35k dalam akaun family tu ke akaun private aku yang aku sorang saja tahu. Okey siap.

Aku ambil gambar dan send pada perempuan mata duitan tu. Tiba masanya, aku akan ambil balik duit aku.

Dan aku drive seperti biasa ke pejabat. Berat hati aku nak bekerja sebenarnya sebab memikirkan 10k melayang macam tu saja. Apalah nasib aku bagi orang 10k?

Aku terimbas masa lalu, ketika aku dan Luna masih belajar sama2 dan sebilik. Aku selalu bagi dia rm50 bila nak balik kampung. Sekarang dia peras ugut aku 10k. Kau memang kacang lupakan kulit la!

"Lambat lagi. Papa panggil" kata Shah. Aku mendongak memandangnya. Dia ni tak ada kerja ke? PA aku boleh je kot bagitau aku. Yang dia nak menyebok tu apasal? Ha kang dah kena bebel dalam hati.

Aku berjalan ke bilik papa. Adu bilalah papa nak bagi pejabat mewah dia pada aku? Ahahahah

Aku ketuk pelahan.

"Papa panggil Diandra?"

"Ya. Papa saja nak ajak berbual" katanya. Aku mengerutkan dahi. Aik? Selalunya dia yang paling pantang orang berbual kosong dalam pejabat.

"Selalunya papa tak suka staff berbual waktu kerja, ni kenapa terbalik pulak?" tanya aku dan dia ketawa kecil.

"Papa nak berbual dari hati ke hati dengan kamu"

"Pasal apa? Kenapa tak berbual kat rumah?" tanya aku dan aku dah pun duduk dihadapan meja kerjanya.

"Kat rumah ramai orang." katanya. Ramai orang kebendanya, mummy dengan Shah je yang ada selalu.

"Okey, papa nak berbual pasal apa?"

"Dian nampak cekung sekarang. Dian okey?"

"Okey papa. Macam ni jela Dian"

"Dian mesti sakit hati sangat dengan Umar kan?" tanyanya dan aku mengangguk. Benda tu, tak ada yang boleh menafikan.

"Apa keputusan Dian lepas ni? Teruskan hidup bermadu?" tanya papa. Oh papa, dulu mungkin Dian boleh pertimbangkan untuk bermadu, tapi sekarang? Dia dah tunjuk taring. Apa patut Dian buat?

"Kalau papa, papa buat apa?"

"Papa akan cuba hidup berpoligami. Itu bukan perkara yang teruk dan ianya sunnah" kata papa. Ayatnya membuatkan aku rasa panas.

"Kenapa lelaki, kalau pasal poligami terus jadi sunnah? Padahal solat sunat pun jarang. Solat sunat tu juga sunnah Nabi"

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now