33

447 14 0
                                    

Sudah 3bulan lebih dan tiada tanda2 Luna mengugut aku atau tiada ugutannya sampai kepada aku. Aku pula hidup bahagia bersama Izz. Mungkin tidak dengan papa, mama dan uncle Hadi tapi sekurangnya aku bahagia sekarang.

Mereka tak tahu apa2, yang mereka tahu hanyalah judge aku padahal aku membesar sendirian dan aku tak perlukan mereka dalam hidup aku.

Aku tak bekerja dan 100% perhatian aku tertumpu pada Izz. Dari mana aku dapatkan duit? Untuk apa duit semua itu? Aku tinggal dirumah papa, makan percuma disini dan kereta aku pula memang dah bayar cash. Aku tiada hutang dan tidak perlu guna duit.

Hujung minggu, mummy bawa Izz keluar shopping ataupun Shah yang bawa. Aku langsung tak keluarkan duit untuk beli barang baru untuk Izz. Dan aku juga langsung tak ada duit sebab semuanya dah diberikan pada Luna, si mata duitan.

Kini aku ada lebih masa dengan Izz. Aku ada dengannya 24jam.

"Mummy, Dian pergi dulu" kata aku dan seperti biasa mummy hanya ucapkan selamat jalan dan hati2. Aku keluar dan menaiki kereta untuk ke suatu tempat.

*****

Aku turun dari kereta dan tiada orang. Mustahil! Sekarang masih pagi, kenapa tak ada orang. Kalau hari bekerja pun mesti ada orang2 tua dekat sini.

Aku duduk disatu bangku menghadap tasik. Tempat ini mengingatkan aku pada Umar. Mengingatkan aku bagaimana dia melamar aku. Aku rindukan hari itu dan hari2 sebelumnya.

Tapi sekarang aku perlu sedar, aku berada dalam alam realiti dan Umar sudah bukan hak aku selamanya.

Bahu kanan aku disentuh dan aku berpaling tak ada? Aku berpaling ke kiri.

"Ya Allah!" terkejut aku bila dia dah elok duduk disebelah kiri aku. Dia ni kan, boleh aku sakit jantung!

"Ada apa suruh datang sini? Sunyi pulak tu"

"Ada je orang, tapi sebelah sana"kata dia dan menunjukkan di seberang tasik. Terlalu jauh hingga terhad penglihatan aku. Macam mana dia boleh nampak?

"Kenapa ajak saya je ke sini? Kalau Izz ada kan best, seronok dia nanti"

"Saja nak ajak awak sorang, keluar dating" katanya. Bila masa pulak nak dating ni? Couple pun tak.

"Awak ingat masa pertemuan pertama kita?"

"Kita mula2 bertemu kat club" kata aku dan dia menggeleng.

"Memang saya mula2 tegur awak dekat club tapi mula2 saya nampak awak kat sini la" kata dia dan aku mengangguk. Boleh dipercayai juga lah sebab dulu aku selalu kesini, joging sorang2. Yelah family tak ada, kawan pun tak ada.

"Saya tahu, mungkin awak trauma untuk berkahwin. Tapi boleh awak bagi saya peluang?"

"Peluang untuk?"

"Untuk jadi suami awak. Awak boleh bagi Adam peluang kedua dulu dan boleh tak kalau awak bagi saya peluang yang sama?" tanyanya. Aku rasa seperti dibom.

"Peluang yang sama untuk menyakitkan hati saya? Peluang kedua yang saya bagi itulah yang dia sia2kan dan saya tak nak ulang lagi kesakitan yang saya rasakan"

"Saya janji, saya takkan sakitkan hati awak lagi"

"Itulah yang Umar berjanji dengan saya." aku memandangnya. Nafas aku ditarik.

"Saya tak ada sebab untuk berkahwin dengan awak. Saya lebih selesa begini, saya takut kalau ada masalah dalam rumah tangga kita, ia akan melibatkan semua perkara yang tak patut terlibat"

"Maksud awak?" tanyanya dan aku megeleng dan kata tak ada apa2. Aku takut kalau aku bergaduh dengan dia, Izz yang kena tempiasnya lebih2 lagi dia tahu yang Izz berbeza status.

Aku juga tak nak disebabkan kami, hubungan papa dan mummy goyah dan hubungan mummy dengan aku pun renggang juga. Kasih ibu, siapa tahu.

"Sekali ini saja untuk saya jadi ayah terbaik buat Izz. Saya akan jadi ayah dia. Awak bayangkan, tak ada yang akan mengutuk dia tiada ayah bila dia bersekolah nanti" kata Shah. Kata2nya sedikit sebanyak memancing aku.

Betul, perkara itu juga yang aku risaukan. Izz dah 5tahun dan tahun depan dia akan bersekolah. Dia tiada surat beranak mahupun surat anak angkat. Kalau aku berkahwin dengan Shah, sekurangnya kalau apa2 jadi, Shah boleh bertindak sebagai ayah dia.

"Baiklah." jawab aku. Semua ni untuk kebaikan Izz. Sekurangnya dia berasa seperti ada ayah, menggantikan Umar yang dia anggap papa dia.

Shah senyum sampai ke telinga dan aku balas senyumannya. Mungkin ini terbaik. Umarpun kahwin dengan Luna dulu tanpa rasa bersalah kepada aku dan sekarang aku akan berkahwin dengan Shah tanpa perlu memikirkan dia.

"Kita balik dan sampaikan berita gembira ini pada semua orang, okey?" katanya teruja dan aku hanya mengiakan sahaja.

Biarkan aku berkorban demi Izz. Sekurang2nya, ada yang melindungi kami dan aku boleh meminta tolong daripada dia kalau ada sesuatu berlaku.

Dia menarik tangan aku bangun dan kami berjalan beriringan kekereta.

*****

"Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam"

"Izz, ibu dah balik" kata aku dan Izz berlari kearah aku. Aku berjalan kearah mummy dan rupanya mummy tak berseorangan. Ada seorang perempuan cantik sebaya aku dihadapannya.

Aku bersalaman dengan perempuan tersebut.

"Intan?" aku berpaling, Shah nampak sungguh terkejut melihat perempuan tersebut. Siapa ni? Kekasih lama ke?

"Siapa?"

"Kawan lama saya" kata Shah dan senyum pada aku. Mereka diam dan memandang satu sama lain. Kenapa senyap je semua ni? Nak aku pergi ke? Tapi ni rumah papa aku.

"Izz, jom" panggil aku dan memimpin tangan Izz ke bilik.

Aku menggeliat dan bangun dari pembaringan. Oh rupanya aku tertidur ketika mengajar Izz membaca. Izz masih tidur, aku turun ke tingkat bawah. Kosong.

Perempuan yang bernama Intan tadi, mummy dan Shah tak ada diruang tamu. Lantaklah. Aku berjalan ke dapur, sekarang aku lapar.

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now