8

466 21 1
                                    

Aku memandu kereta tanpa tujuan, akhirnya aku berhenti di tasik. Kami keluar dan duduk dibangku berhadapan tasik.

"Ibu cantiknya kat sini" kata Izz. Aku hanya tersenyum, memeluknya dari belakang.

Sunyi dekat sini, kosong, sepi. Oh aku lupa. Hari raya kan. Hari raya tapi kami sendirian disini.

"Ibu minta maaf sayang. Sepatutnya Izz dah bahagia."

"Izz seronok ada ibu" katanya menenangkan hatiku.

"Izz kalau bosan ke, lapar ke cakap eh" kataku. Aku kembali merenung tasik yang kosong.

Perasaan sakit berdouble2 bila orang yang kita sayang tu rupanya sayang orang lain.

Tak habis dengan Umar, keluarga aku yang lain pun kau rembat? Bagusnya kau. Buat aku tak ada sesiapa. Macam mana aku nak berhadapan dengan keluarga aku sekarang? Dengan perasaan sakit ini menjalar.

Aku tak ada kawan, tak ada family, tak ada tempat bergantung.

Kalau bukan sebab Izz, aku dah pergi jauh. Tapi aku tak boleh buat apa, sebab aku masih lagi tergantung, seorang isteri.

Aku dah tekad. Aku mesti merayu untuk dia lepaskan aku. Aku tak perlukan sesiapa kecuali Izz. Aku akan mulakan hidup baru.

"Izz, jom balik ya sayang" aku dan Izz akhirnya pulang. Dan seperti yang kami jangka, Umar pun ada sama.

Aku masuk kerumah, rupanya hanya Umar sahaja diruang tamu. Aku tak pasti kalau Luna dan anaknya ada dalam bilik atau tak.

Aku buat tak endah, aku berjalan melintasinya.

"Dian" panggilnya. Aku masih diam dan teruskan berjalan menuju ke bilik.

"Aku panggil ni! Kau jangan biar aku jadi dayus!" marahnya. Langkahku terhenti. Dia tak pernah marah aku sebegini.

"Izz, masuk bilik dulu" kataku dan Izz berlari ke bilik.

"Apa kau nak?" tanya aku. Dia menarik nafas dan menghembus beberapa kali sebelum nampak lebih tenang.

"Kenapa awak buat perangai macam tu tadi?"

"Buat perangai macam mana maksud kau?" dia hanya memandang ku, menutup mata dan menarik nafas.

"Awak pergi dengan tak dengar penjelasan semua orang, pergi mana tak bagitahu, buat semua orang risau. Mama menangis2 sebab awak"

"Sebab aku? Yang aku menangis, rasa nak gila. Ada kau peduli? Kau lah puncanya! Kau tipu aku! Kalau kau tak tipu aku dulu, semua ni takkan terjadi! Kita takkan kahwin. Dan aku takkan terikat dengan status bodoh ni!" kataku tanpa berfikir. Matanya terkilas marah dan kecewa.

"Jadi awak menyesal dengan perkahwinan ni?" tanyanya.

"Lebih dari menyesal" kataku menahan rasa. Wajahnya berubah.

"Kita pernah buat perhintungan kan, awak mintak cerai dan saya akan bawa Izz bersama saya." katanya, masih lagi mengugutku.

"Tapi kau yang buat hal"

"Apa yang saya buat? Awak yang nak balik rumah mama kan?"

"Kau yang buat mama aku suka dekat Luna, ia menyakitkan aku"

"Itu salah mama, bukan saya." katanya tak nak mengalah. Sungguh aku terkejut.

"Kau salahkan mama aku?" tanya ku tak percaya. Inikah orang yang aku sayang selama ini?

Kenapa perangainya jauh berbeza dari Umar yang penyabar dan sentiasa mengalah dulu? Ini mesti perempuan tu yang hasut!

"Saya tak salahkan mama. Saya cuma taknak awak salah faham dengan saya."

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now