34

445 13 0
                                    

"Pergi!" laungan tersebut membuatkan aku pantas keluar dari bilik dan turun tangga.

Dari tangga aku dengar suara tanggisan, aku dah agak. Papa mesti memarahi Izz kalau Izz dekat dengan dia.

"Tak boleh ke kalau cakap baik2?" kata aku. Aku kearah Izz dan memeluknya. Memujuknya untuk berhenti menangis, Izz masih kecil untuk dijerkah sebegini. Dia pasti takut.

"Dia bukan cucu aku. Dan kau keluar kerja dan keluar dari rumah aku!" marah dia dan duduk disofa dan membuka surat khabar.

"Saya sedar, saya tak patut kerja dengan keluarga sendiri. Sebab mereka akan berasa berkuasa atas kita untuk mengarahkan kita segalanya dan kita tak boleh membantah kerana dia adalah bos dan ahli keluarga." kata aku, papa masih tak berganjak atau melihat aku.

"Saya juga sedar yang saya tak boleh bergantung kepada orang dalam seperti keluarga kerana sekali dia meninggalkan kesakitan. Itu akan meninggalkan parut yang amat dalam dan takkan hilang." aku menarik nafas, sebak didada ditahan.

"Saya sedar yang hanya saya yang malang dalam institusi kekeluargaan. Saya tak dapat percaya keluarga sendiri. Saya dengki dengan orang lain yang berlimpah2 dengan kasih sayang keluarga. Saya pandai, saya kaya, saya cantik, saya tinggi, saya putih. Fizikal saya cukup menarik dan membuatkan ramai dengki tapi mental saya sudah berkarat."

"Kasih sayang yang sepatutnya diberikan suatu ketika dulu telah tiada. Sekarang segalanya terlambat. Masa tak boleh diundur kembali dan saya pun taknak masa diundur kembali kerana saya takut kesakitan kali kedua. Biarlah ada golden tiket untuk kembali ke masa lalu dan ubah segalanya, saya tak akan pergi. Kerana kalau saya pergi, belum tentu saya akan jumpa Izz semula. Dan saya takut hidup dalam kepuraan, sangat takut." sambung aku. Papa masih dalam posisi tadi.

"Saya tak cari kemewahan dunia seperti yang semua cari sehingga menyebabkan hidup orang lain sengsara. Saya hanya cari perkara yang bunyi mudah tapi susah untuk didapatkan. Saya hanya nakkan kasih sayang dari semua orang. Kasih sayang yang saya hilang sejak kecik."

"Salah saya ke semua ini terjadi? Mana salah papa dan mama dulu? Salah saya sebab jadi liar macam yang orang perkatakan? Jadi mana salah papa yang sibuk kerja dan abaikan tugas mengajar saya hidup sempurna?"

"Awak yang nakkan hak menjaga saya tapi awak biarkan saya hidup sendiri, membesar sendiri. Apa awak ingat duit bulanan yang awak kasi itu tanda awak sudah jalankan tanggungjawab awak?"

"Duit itu tak boleh beli kasih sayang, tak boleh beli keluarga, tak boleh beli masa. Jadi saya hanya gunakan apa yang boleh dibeli dengan duit tersebut, saya beli keseronokan. Hanya itu yang saya dapat buat. Awak yang hancurkan hidup saya dan awak salahkan saya sebab ambil keputusan salah?" kata aku terakhir. Aku sapu air mata aku.

"Saya akan keluar dari rumah ini, lusa. Esok saya perlu cari rumah dulu. SSaya boleh je hidup bawah jambatan, tapi saya kena fikirkan anak saya. Saya tak nak hidup anak saya jadi macam saya" kata aku dan berpusing. Aku terhenti seketika ketika semua ada dibelakang aku.

Mama, uncle Hadi, along, mummy, Dani, Zul dan Shah pun ada. Jadi mereka semua dengarlah apa yang aku luahkan? Baguslah kalau macam tu.

"Saya call semua sebab nak bagitahu yang kita merancang untuk berkahwin" kata Shah tiba2. Mungkin dia faham yang aku tertanya2 akan kehadiran semua orang kat sini.

"Apa?!" jerit mama kuat. Pasti mama tak setuju.

"Awak uruskan jela" kata aku dan menarik Izz keatas. Kalau Izz berlama disitu pun, tiada yang nak bermain dengan dia. Lagipun dia takkan faham perbualan orang dewasa.

Aku membuka buku Izz.

"Ibu, kenapa Izz selalu kena membaca?"

"Izz penat?"

"Tak. Izz hanya tertanya2"

"Tahun depan kan Izz sekolah, nanti Izz akan jadi pandai sebab semua Izz tahu"

"Kalau macam tu, baik Izz tak payah sekolah sebab Izz dah tahu semuanya" jawabnya. Aduhai terlebih pandai la pulak anak aku ni.

"Izz tak nak sekolah? Tak nak ada kawan"

"Nak. Izz nak sangat ada kawan, boleh Izz bermain dengan kawan2 Izz ramai2" kata dia dan buka buku.

Izz, persahabatan tak selalunya indah. Ibu pernah rasa, ibu berkawan dengan dia sebab ibu kasihankan dia tapi dia rupanya tikam belakang ibu.

Kawan2 ibu yang lain tinggalkan ibu selepas ibu dihalau keluar dari rumah. Dihalau keluar maknanya ibu dah pokai dan diorang dah tak nak lepak dengan ibu sebab ibu tak ada duit.

Ada kawan miskin pulak tikam belakang ibu sebab harta. Apalah nasib ibu sayang?

"Diandra?" panggil Shah. Aku meninggalkan Izz sekejap diatas katil dan bertentangan mata dengannya diluar bilik.

"Awak nak cari rumah esok?" dan aku mengangguk.

"Awak dah ada duit pendahuluan?" tanyanya lagi dan kali ini aku menggeleng. Aku langsung tak ada duit. Tapi aku perlu juga cari tempat tinggal untuk aku dan Izz.

"Saya boleh bayarkan. Awak keluarlah cari rumah esok. Okey?" katanya dan aku mengangguk. Aku mahu menolak sebenarnya tapi apakah daya? Lagipun Shah akan berkahwin dengan aku, kiranya nanti aku juga akan jadi tanggungjawab dia.

"Satu lagi, biar Izz duduk rumah je. Mummy jaga"

"Eh kenapa? Saya nak tanya pendapat Izz, mana tahu dia suka rumah yang kami tengok nanti"

"Dia kecil lagi, mana tahu pilih. Lagipun panas, kesian Izz." katanya. Aku mengangguk. Aku lupa yang sekarang musim panas. Lebih baik Izz duduk kat rumah sahaja.

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now