24

393 14 0
                                    

"Apa kau nak?"

"Eh bukaklah pintu ni. Taknak bagi tetamu masuk ke?"

"Aku tak anggap kau sebagai tetamu dan aku tak pernah jemput kau datang rumah aku."

"Semakin rude kau ni. Aku nak bercakap pasal anak kau. Tapi kalau kau tak nak, tak apalah" kata dia menggugut. Kurang ajar. Aku buka juga gril dan dia masuk tanpa diundang.

"Wah wah wah, cantiknya rumah kau kan. Mesti laki aku berhabis banyak untuk rumah ni" kata dia.

"Cantik kan? Well lebih cantik dari rumah kau yang macam tadika mesra tu" kata aku kembali. Dia memandang aku tajam. Kenapa dude?

"Kau nak air apa? Air kosong? Okey" aku tanya aku jawab. Aku berjalan kedapur. Gelas plastik dicapai, cukuplah gelas plastik. Kalau gelas kaca, boleh2 minah tu pecahkan gelas aku. Bukan boleh percaya.

Aku keluarkan telefon. Kan aku dah kata aku bawa telefon masuk dapur. Aku 'on'kan recorder. Aku nak bongkarkan yang kelembutan dia tu palsu semata.

Aku silent dan masukkan balik dalam poket seluar. Aku keluar dengan segelas air kosong ditangan dan letak atas meja.

Sungguh, benci betul aku tengok muka dia. Muka yang hipokrit.

"Apa yang kau nak bincang sangat pasal anak aku?"

"Kejaplah. Aku nak tengok2 dulu rumah kau, mana tahu aku boleh pujuk laki aku deko macam ni jugak untuk rumah kami" katanya. Saja dia nak menyakitkan hati aku la betina ni.

"Kau dah tak ada kerja sangat ke hah? Anak kau campak mana? Suami kau campak mana? Malam2 datang buat hal rumah orang, tak malu ke?"

"Well im a doctor. Aku boleh kata aku ada emergency dan emergency tak kira masa tau. Aku boleh keluar rumah suka hati aku dan bila2 masa yang aku nak" kata dia.

"Kau tipu laki kau? Apalah nasib dia, percaya sangat pada kau kan?"

"Dia yang bodoh plus dia sayangkan dan percayakan aku lebih dari kau" darah aku dah nak mendidih dah ni. Kurang hajar betul dia ni.

"Anak aku sedang tidur. Baik kau berambus"

"Kenapa aku nak berambus? Rumah ni pun rumah laki aku jugak kan? And rumah ni bakal jadi milik aku nanti"

"Mimpilah kau sampai mati"

"Mimpi aku akan jadi kenyataan. Dia pun ada janji dengan aku dan dia takkan kecewakan aku. Dia sayang aku betul2 tau" kata dia lagi. Boleh tak beri aku kuasa Ultraman untuk tarik rambut dia keluar dari rumah aku?

Dian wakeup! Kau bukan lemah. Dia saje je tu nak sakitkan hati kau, buat kau down. Dia tak ada apa2 pun sebenarnya. Kau boleh lawan dia sebab kau the best women ever!

"Wah aku tak sangka"

"Apa?"

"Cepatnya kau tunjuk  taring kau. Aku ingatkan kau takkan tunjuk langsung, dalam erti kata lain, kau memang baik. Tapi nampaknya salah"

"Heh, aku sebenarnya memang baik. Tapi kau yang buat aku macam ni. Jangan ingat sebab aku selalu tak lawan kau, aku selalu mengalah, kau boleh pijak aku! Bukan semudah itu!" katanya kuat.

"Hahaha, kau pernah dengar tak yang orang selalu sebut best men win? Ni aku nak cakap, best women win la sis" kata aku dan ketawa jahat.

"Okey kita tengok. Dan aku akan pastikan yang women tu adalah aku!" wah confident tinggi nampaknya sis.

"Kau tahu, dalam drama, penjahat akan terbongkar juga akhirnya dan aku akan pastikan kau sama macam penjahat dalam drama tu"

"Oh kau ingat hidup kau macam drama? Hahaha lawak apa kau ni? Aku ingat belajar tinggi2 dah pandai tapi, masih berimaginasi lagi?" dan dia ketawa dan ketawa. Aku bukan nak rakam kau ketawa lah bodoh!

"Okey, best women akan dapat Umar. Kalau aku menang, pergi kau dari hidup dia." kata aku. Tapi sebenarnya aku tak pasti kalau aku akan terima lagi ke Umar dalam hidup aku.

"Dan kalau aku menang pula, kau yang perlu berambus. Dan syarikat kau, akan jadi milik aku" kata dia dan tersenyum jahat.

Jap! Aku tak salah dengarkan? Dia betul2 cakap pasal syarikat kan? Syarikat? Syarikat mana? Syarikat papa? Ke syarikat uncle sebab Umar uruskan syarikat uncle?

Perempuan ni tak main2, dia dah rancang dari awal. Kenapa aku langsung tak terfikir?

Jap! Kalau aku menang aku dapat Umar, sepatutnya dia cakap dia akan dapat Umar juga kalau dia menang. Tapi dia taknak Umar. Motif dia adalah syarikat family aku!

Maksudnya, dia memang dari mula nakkan syarikat aku. Maksudnya dia kahwin dengan Umar bersebab dan bukan sebab cinta?

"Kau kahwin dengan Umar sebab syarikat aku?"

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now