Bab 1

34.2K 786 8
                                    

"Sampai bila nak hadap budak-budak kat sekolah tu?"

Aku angkat kening dengar soalan ibu.

"What do you mean bu?"
Macam lagu Justin Beiber pula, What do you mean ohhh....

"Lepas graduat tiga tahun lalu terus dapat offer kerja kat sekolah rendah tu. Sampai bila jadi cikgu?"

Aku pandang ibu sekali lagi.

"Takkan terus nak jadi cikgu? Taknak cari kerja lain ke?"

"Angah dah selesa kerja jadi cikgu sekolah rendah tu bu. Angah suka ajar budak-budak tu"

"Taknak cuba kerja lain ke? Dulu sambil jadi cikgu sibuk belajar sampai Master dan tak lama lagi angah nak sambung phD kan?"

"Takpalah bu angah selesa jadi cikgu kat sekolah tu dan pasal phD tu angah tengok la dulu macam mana"

Ibu mengangguk.

"Dah ada boyfriend?"

"Soalan apa ibu ni?"

Aku ketawa.

"Jangan nak ketawa sangatlah. Umur angah tu dah nak 27 tahun tau takkan boyfriend tak dah?"

"Ibu tahu kan angah tak biasalah bercinta cintun ni sejak di bangku sekolah lagi"

"Bukan apa, angah tu anak perempuan tak elok lambat kahwin. Along dan adik dah pun kahwin"

Aku hanya mengangguk.

Along yang berusia 30-an sudah berkahwin dan mempunyai anak seorang dan adik yang muda setahun dari aku pun sudah selamat menikah hujung tahun lalu. Aku? Masih sibuk bekerja.

"Macam mana angah nak kahwin bu calon tak dah. Orang yang nak dibuat suami bukannya ambil macam tu je"

"Nak ibu tolong ke?"

"Boleh juga tapi kenal-kenal je dulu ya. Taknak terus meminang. Angah nak kenal dan kawan dengan dia dulu"

"Betul ni?"

Aku mengangguk setuju.

"Beres!"

Aku tersenyum.

"Angah masuk bilik dulu, buku latihan pelajar angah belum semak lagi"

Bosan juga duduk rumah hujung minggu macam ni.

Along dah berumah sendiri dan adik pula dah balik rumah mertua dia. Lama lagi rumah ni bising macam dulu.

Sekarang hanya ada ibu. Ayah dah lama meninggal dunia dua tahun yang lalu. Ibu juga kadang-kala sibuk sebab mengambil alih syarikat perniagaan kain ayah.

Rumah pula yang dibina jauh dari rumah lain. Kalau ada jiran bagus juga boleh saling menziarahi.

🌼🌼🌼
Selamat membaca! Harap uolss suka dengan cerita pertama Asy_lmh dlm wattpad ni. Maaf kalau ada yang salah, buat uolss boring ke. Apa2 komen 💭😊 vote and like!

SUAMI PILIHAN IBU✔Where stories live. Discover now