"Umi?"
"Ya sayang?"
Aku menoleh ke arah anak perempuan ku, Amani yang sudah berusia 4 tahun.
"Ni abah dan umi ke?"
"Ya ni umi dan ni abah. Masa ni umi dan abah baru kahwin"
Aku turut sama melihat album perkahwinan kami.
Aku terpaksa menyusun didalam sebuah kotak kerana gambar yang diambil masa photoshoot pernikahan, majlis resepsi dan berbulan madu di Maldives beberapa tahun yang lalu begitu banyak.
Ada lagi yang tergantung di dinding bilik.
Semuanya kerja Izhan yang suka mengambil gambar.
"Umi cantik macam princess abah pula macam prince"
"Mestilah inikan umi dan abah Amani"
"Amani pun nak macam umi, jadi princess macam ni"
"Boleh sayang tapi kena tunggu besar macam umi"
Amani mengangguk.
"Okay sekarang masa untuk kita ke butik, gambar tu simpan semula dalam kotak"
"Okay"
Aku masuk ke butik pakaian muslimah milikku yang sudah beroperasi lebih empat tahun dan alhamdulillah ia menguntungkan.
"Amani duduk sini tau, umi ada kerja"
Amani duduk disofa di sebelah meja kaunter.
Aku duduk di kaunter sambil memeriksa dokumen berkaitan stok barangan.
"Farah?"
"Ya puan?"
"Awak dah check stok untuk bulan ni?"
"Sudah puan, ada kat dalam fail tu sekali"
"Okay thank you"
Farah mengangguk lalu menyambung kerjanya.
Kini aku sudah mempunyai lima orang pekerja memandangkan aku telah menambah pakaian lain untuk dijual.
Butik yang dua tingkat ini memang memerlukan pekerja yang agak ramai. Butikku sekarang sudah menjadi bualan hangat mak-mak diluar sana jadi sambutan daripada pelanggan pun cukup hangat.
Aku ralit mengira jualan dan memeriksa stok barangan.
"Hai, puan saya nak cari baju wanita untuk isteri saya ada tak?"
"Ya encik, jenis macam..."
Aku memukul bahu Izhan.
"Abang ni! Suka sangat kacau Amnilah"
"Sayang tu fokus sangat"
"Afeef mana?"
"Tu"
Aku memandang ke sofa, Afeef dan Amani seronok bermain.
"Abang bawa dia pergi mana tadi?"
"Pusing-pusing je biasalah anak lelaki abah. Amani pula buat apa tadi sampai tak nak ikut abang?"
"Dia sibuk tengok gambar kahwin kita kat rumah"
"Mesti dia puji abang kacakkan?"
"Perasan"
Hmm betul pun. Abah dia macam prince katanya.
Izhan ketawa.
"Jom lunch, semua ada hari ni"
"Really?"
Izhan mengangguk.
"Okay Amni nak bagitahu Farah"
Farah ialah pembantuku, dia akan mengambil alih jika aku tiada di butik.
"Anak-anak abah come!"
Afeef dan Amani berlari mendapatkan Izhan.
Kami menuju ke Chicken Rice Shop untuk makan tengah hari sekeluarga di restoran itu.
Ayah dan mama sibuk melayan telatah Amani dan Afeef.
Zihan pula tidak lama lagi akan menimang cahaya mata kerana Hanim sudah sarat mengandung.
Bunga pula teruja tidak lama lagi dapat adik.
Ibu pula sibuk melayan cucu-cucunya, Atira anak along dan Faris anak adik yang berusia 9 bulan.
Along juga tidak lama lagi akan dapat anak kedua, kak long mengandung tiga minggu dan sekarang mereka berdua telah berpindah ke rumah ibu. Along sudah dapat surat perpindahan kerja ke KL.
Adik pula masih dengan sifatnya yang nakal menyakat isterinya, Wani. Ada saja telatah pasangan itu yang sentiasa bergurau senda.
Alhamdulillah keluarga ini semakin membesar.
"Sayang?"
"Ya abang?"
"Apa dimenungkan tu?"
"Takda apa cuma Amni happy sangat semua ada kat sini"
"Abang pun gembira kita semua dapat berkumpul"
"Makanan dah sampai. Baca doa dulu Zihan", kata ayah.
Kami menikmati makanan masing2 sambil berbual dan bergelak ketawa berkongsi cerita.
"Iz?"
"Ya ayah?"
"Ayah dan mama dah bincang dan ayah dah buat keputusan untuk serahkan seluruh Perkasa Maju Holding kepada Iz"
"Betul ke ni ayah?"
"Iz dah lama kerja dengan ayah dan kerja Iz sememangnya bagus dan ayah tak ragu-ragu lagi untuk serahkan semuanya"
"Insyallah ayah, Iz takkan hampakan ayah"
Ayah mengangguk.
Semua tepuk tangan atas kejayaan Izhan yang kini CEO sepenuhnya dalam syarikat keluarga mereka.
"Lagipun ayah nak rehat panjang lepas ni kat rumah aje"
"Baguslah tu, mama pun lepas ni selalu holiday dah ada orang temankan", kata Zihan.
Mama ketawa.
"Congrats Tuan CEO" , bisikku
"Thank you Mrs. CEO", jawab Izhan.
Aku memberikan senyuman lebar dan Izhan menggenggam erat tanganku.
🌼TAMAT🌼
YOU ARE READING
SUAMI PILIHAN IBU✔
RomansaBakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman...