Majlis pernikahanku akan bermula dalam lima minit lagi.
Aku yang memakai serba putih telah pun siap didandankan oleh jurusolek.
Aku duduk di atas katil menunggu kedatangan rombongan pengantin lelaki.
Sepupu sepapatku perempuan menemani aku di dalam bilik. Ada yang mengusik dan ada yang tak habis-habis mengambil gambar.
Ibu masuk ke dalam bilik untuk memberitahu Izhan dah sampai.
Aku diapit turun ke bawah oleh mereka. Keluargaku semua memakai baju bewarna hijau turqoise dan keluarga Izhan pula memakai baju bewarna pink lembut.
"Aku terima nikahnya Amni Najiha binti Mohd Fauzi dengan mas kahwinnya 2000 ringgit tunai"
"Sah.."
Aku mengeluarkan air mata kebahagian lalu memeluk ibu yang duduk di sampingku.
"Selamat pengantin baru ngah. Taat kepada suami angah ya", pesan ibu.
Aku mengangguk lalu mengelap air mata dengan tisu.
Izhan datang ke arahku lepas menunaikan solat sunat. Rantai disarungkan lalu cincin yang kami pilih hari tu disarungkan ke jariku yang dihias dengan corak inai.
Kemudian aku mencapai cincin silver untuk disarungkan ke jarinya pula.
Lensa kamera dari tadi tidak berhenti menangkap gambar kami.
Aku tunduk mengucup tangannya lalu Izhan mengucup dahiku.
"Selamat pengantin baru"
Ucap ahli keluarga dan kawan-kawan.Semua tetamu menjamu selera, termasuk aku dan Izhan.
"Selamat pengantin baru cikgu Gee", bisik Izhan.
"Selamat pengantin baru juga"
Selesai menjamu selera, kami sekeluarga bersalaman dengan para tetamu yang beransur pulang.
Kami pergi ke taman tema yang ditempah oleh Izhan untuk photoshoot pernikahan kami.
Kaum keluarga yang terdekat ikut sekali.
Pelamin mini turut disediakan ditaman untuk photoshoot nikah.
Pelbagai posing kami lakukan atas arahan jurukamera yang berpengalaman itu.
Gambar bersama ahli keluarga juga turut diambil. Aku rasa macam artis pula.
Tengoklah macam mana artis sekarang photoshoot kahwin yang sangat sweet gitu, bersama bridemaids.
Gambar yang aku suka ialah aku berdiri bertentangan dengan Izhan dahi kami bertemu. Tangannya dipinggangku dan aku memaut dibahunya. Manakala bridesmaid pula berdiri dibelakang seolah-olah tersenyum melihat kami.
Di saat itu kami dapat bertentangan mata dengan terukir senyuman lebar dibibir kami.
Bahagianya dapat photoshoot macam ni, rasa macam artis pula hahahah!
🌼🌼🌼
Finally diaorang kawin!! Best tak? Komen ya. Vote sekali tau😂
YOU ARE READING
SUAMI PILIHAN IBU✔
RomantizmBakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman...