Kami semua berkumpul di ruang tamu di rumah keluarga Izhan.
Ibu turut ada sekali. Shery dan ibunya juga ada.
"Kita berkumpul ni sebab nak bincangkan hal Izhan dan Shery", kata ayah yang memulakan perbincangan.
"Saya nak Izhan kahwin dengan Shery", kata mak long tegas.
"Long, kita bincang dulu jangan main kahwinkan aje", kata mama.
Aku hanya diam diantara Izhan dan ibu. Ibu menggenggam tanganku.
"Habis tu nak tunggu perut Shery membesar? Along malu tau!"
"Shery apa yang awak cuba buat ni? Kita tak pernah buat apa-apa pun", Izhan mula bersuara.
"Abang dah lupa ke malam tu?"
"Malam yang mana? Kita tak pernah berjumpa lagi selepas awak datang sini dan ketika itu awak baru balik dari UK"
"Abang janganlah macam ni", Shery mula teresak-esak menangis.
Izhan mengeluh.
"Shery janganlah reka cerita. Apa salah abang dan Amni sampai fitnah macam ni?", kata Izhan lagi.
"Shery tak fitnah abang"
"Tapi abang tak pernah buat apa-apa dengan Shery!"
"Izhan", tegur ayah apabila Izhan meninggikan suara.
"Maaf, tapi Iz stresslah macam ni"
"Sekarang Izhan tak dapat nak buktikan so penyelesaiannya kahwin dengan anak mak long", kata mama Shery.
"Long.."
"Apa lagi? Along nak Iz kahwin untuk bertanggungjawab kat Shery ni"
"Saya pun tidak tahu nak cakap apa lagi semuanya terletak ditangan Izhan", kata ayah apabila Mak Long mendesak untuk kahwinkan Shery dengan Izhan.
"Majlis kahwin cepatkan sikit jangan sampai perut Shery dah membesar",
tambah mak long lagi."Tapi long saya tak rasa Iz buat semua ni", mama membelah Izhan.
"Apa lagi yang kau nak cakap ni, sudah terang yang Shery ni mengandungkan anak Izhan", mak long mula marahkan mama.
"Saya tahu anak saya macam mana long, saya yakin Iz tak buat macam tu lagipun isteri dia bukan tunggul kita kahwinkan suami dia macam tu aje"
Mak long merengus.
"Anak saya ni tengah mengandung saya tak nak dia tertekan, kalau betul Izhan yang salah saya serahkan semuanya kat Amni apa yang dia hendak lakukan", kata ibu yang dari tadi diamkan diri.
"Ibu, Iz tak salah", kata Izhan.
"Ibu percayakan Iz tapi ibu tak mampu nak cakap apa lagi"
"Saya tak kira Izhan kena kahwin dengan Shery minggu ini juga. Muktamad"
"Please abang", rayu Shery.
"Betul Shery mengandungkan anak abang Iz?", aku memandang Shery yang duduk dihadapanku bersama mamanya.
"Betul kak dan Shery nak abang Iz bertanggungjawab"
"Saya izinkan abang Iz nikahi Shery"
Mereka semua memandang aku. Ibu, mama dan ayah tergamam. Izhan pantas menoleh ke arah aku."Sayang? Why?", Izhan mencapai tanganku.
"Abang tak boleh sayang", tambahnya lagi.
Aku diam.
"Okay tapi kita buat check up anak siapa kat dalam perut Shery tu, semua boleh dengan DNA test. Semua dah canggih dan untuk dapatkan bukti", kata Izhan lagi
Aku menoleh ke arah Izhan. Kenapa aku tak fikir cara ini?
"Anak mak long ni tak menipu tau"
"Maafkan Iz mak long, Iz nak semuanya terbukti. Iz tak nak bertanggungjawab atas salah yang Iz tak buat"
"Kita buat DNA test dulu sebelum abang Iz kahwin dengan Shery", aku sokong Izhan.
"Kak, Shery betul-betul pregnantkan anak abang Iz sebab hanya dia lelaki yang pernah bersama dengan Shery"
"Okay kita buat DNA test sekarang juga. Jom ke hospital", kata mama.
"Semua kena ikut", kata ayah.
🌼🌼🌼
Jeng jeng jeng... Masalah akan selesai dalam next part❤
![](https://img.wattpad.com/cover/183059160-288-k524301.jpg)
YOU ARE READING
SUAMI PILIHAN IBU✔
RomanceBakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman...