BAB 9

13.8K 450 6
                                    

"Assalammualaikum cikgu Gee"

"Waalaikumsalam. Kenapa panggil saya cikgu Gee? I am not your teacher, Izhan"

"Tapi comellah nama tu, sesuai dengan awak"

"Ada-ada saja awak ni kan"

"Awak balik sekolah hari ni jam berapa?"

"Dalam jam 12 setengah. Why?"

"Saya nak lunch dengan awak boleh?"

"Kalau tak boleh?"

"Awak busy ke? Its okay saya jenis yang tak suka memaksa"

"Kat mana?"

"Apa?"

"Kata nak lunch dengan saya"

"Ingatkan tak sudi. Nanti saya share location"

"Okay"

"Ke nak saya jemput?"

"Its okay nanti saya drive sendiri"

"Okay. I have to go kejap lagi ada meeting"

"Okay bye"

"Take care", pesannya.

Seperti yang dirancang tadi aku menuju ke restoran yang Izhan bagitau melalui mesej Whatsapp.

Aku memarkir kereta sebelum keluar aku membelek mukaku lalu bedak aku sapu sedikit dan sedikit gincu pink aku calit sikit dibibir.

Shawl yang terlilit elok dikepalaku aku betulkan. Enjin kereta dimatikan dan kunci dimasukkan dalam beg lalu aku keluar. 

Baju kurung kain cotton warna merah bercorak bunga kecil aku betulkan lalu aku melangkah masuk ke dalam restoran.

"Assalammualaikum", ucapku.

"Waalaikumsalam", dia memberikan senyuman lalu menjemput aku duduk berhadapan dengannya.

Boleh jadi angau aku jika diberikan senyuman manis oleh Izhan setiap hari.

"Maaf saya lambat"

"Its okay, cikgu Gee cikgu berkaliber memastikan urusan disekolah selesai baru keluar"

"Hish takdalah! Tadi jammed"

"Gurau je"

"Order encik, cik?", tanya seorang pelayan lelaki.

Kami menunggu makanan sampai. Kami berbual.

"Macam mana awak kenal Bunga?"

"Masa orientasi budak form 1, saya tengok-tengok je ke dalam dewan. Masa tu saya nampak Bunga menangis tak nak kena pujuk dengan cikgu dia sebab nak balik"

"Owh I see. Sebab kat rumah dia selalu puji awak. Balik-balik cikgu Gee"

"Biasa budak-budakkan"

"Cepat betul dia mesra dengan awak"

"Sayakan cikgu kaunseling bijak berkata-kata"

"Bolehlah ni awak kaunseling untuk saya?"

"Awak ada apa-apa masalah ke?"

"Sebab saya ada masalah hati?"

"Hati? Sakit hati? Sebab kena buli dengan staf?"

Dia ketawa.

"Banyak betul soalan awak ni. Kita makan dulu"

Kami menjamu selera.
Perut pun sudah lapar, minta diisi.

"Okay kita dah habis lunch, saya nak cakap something dengan awak boleh?"

"Boleh"

"Saya tak tahu nak mula macam mana"

"Its okay, straight to the point itu lebih baik"

"Okay macam ni, kita dah berkenalan hampir seminggu dan saya rasa ..."

"Its okay kalau awak cakap awak tak serasi dengan saya. Saya faham"

"No, bukan macam tu"

"Habis tu? Apa yang awak nak cakap kalau bukan itu?"

"Jadi itu ke yang awak harapkan?"

"Ibu pernah kenalkan saya dengan lima orang lelaki, dua orang saya sendiri tolak dan tiga orang yang lain cakap yang saya tak serasi dengan mereka. So saya rasa awak orang keempat tu"

"No. Saya bukan keempat daripada lelaki yang tolak awak tu. Awak sebenarnya serasi dengan saya. Saya mula kenal dengan awak dan hampir seminggu dah"

Aku terkejut.

"Saya suka dengan cara awak dan jujur awak memang gadis seperti yang saya idamkan. Bertudung, lemah lembut dan sweet"

"Sweet?"

Aku sembunyikan senyuman. Dia puji lebih-lebih pulak dah.

"Your face"

"Thank you. Actually, saya pun senang dapat berkenalan dengan awak tak banyak cakap, tak poyo"

Dia ketawa mendengar perkataan poyo.

"Kalau macam tu, saya nak rapatkan hubungan kita. Boleh?"

"Maksud awak?"

"Be my girlfriend. Kita boleh kenal dengan lebih dalam"

Aku kaku.

"Sudi tak?"

Gila tak sudi dah lah kacak, beradab pulak tu.

Aku mengangguk.

"Alhamdulillah. Terima kasih"

"Tapi saya nak awak selalu jujur dengan saya, saya tak suka orang tipu saya"

"Insyallah, saya takkan tipu awak"

"Dan saya nak awak terima saya seadanya"

"Saya telah terima awak seadanya dan saya harap awak pun begitu tanpa mengambil kira pasal masa lalu saya"

"Why? Your past?"

"Masa lalu saya tak lah buruk sangat. Dulu saya jenis yang lepak malam tapi dah taubat"

Aku tersenyum.

"Awak tak kisah ke saya kerja hanya sebagai seorang cikgu?"

"I like it! Guru pekerjaan yang mulia dan saya tahu setiap cikgu tu ada sifat penyayang. Dan saya nak awak sayang saya"

Aku hanya senyum.

"Mama pasti happy bila saya ada girlfriend iaitu anak kawan dia sendiri"

"Saya rasa ibu saya pun rasa yang sama"

"Saya harap hubungan kita ini sentiasa diredhai Allah sehingga ke jinjang pelamin"

Amin.

🌼🌼🌼
How u feel? Hero n heroin dah couple yeay! Hahahah. Apa2 komen ya. 💭😊
Vote dan like jgn lupa.

SUAMI PILIHAN IBU✔Where stories live. Discover now