BAB 38

9.3K 290 3
                                        

"Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam, along dah sampai"

"Ya ma, Bunga mana?"

"Ada kat atas, lepas makan dah tidur"

"Along naik dululah"

"Nak makan ke?"

"Kejap lagilah ma"

Mama mengangguk.

Aku dan mama meneruskan aktiviti menonton tv sambil minum petang.

"Along kalau dah kerja tak reti nak makan sebab tu mama kena selalu tanya nak makan ke dah makan ke"

"Dia komitmen betul dengan kerja dia ma, doktor memang macam tu"

"Dia pun kena jaga makan dia nanti sakit, kesian kat Bunga"

"Bunga tak kisah ke ma papa dia selalu balik lewat tu?"

"Kadang-kadanglah tapi dah biasakan. Elok juga dorang tinggal sini mama boleh jagakan Bunga kalau along takda. Kalau tinggal kat kondo along tu mama risaukan Bunga dan along pula terpaksa ulang alik hantar dan ambik Bunga"

"Baguslah kalau Bunga tinggal sini terus, ada mama dan ayah uruskan dia kalau along dapat emergency call"

"Itu yang mama cadangkan tinggal sini terus je tak payah tinggal kat kondo tu, tapi along tu degil. Kalau nak datang sini tu sebab Bunga yang pujuk"

"Amni kesian dengan Bunga tu ma"

"Mama pun sama. Tak lama rasa kasih sayang ibu, along pula bukan setiap masa ada layan dia"

"Itu yang abang Iz suruh dia cari pengganti"

"Tapi dia degil. Alasannya takda masa nak cari"

Aku hanya senyum.

"Mama nak ke dapur dululah nak panaskan lauk, Mak Yam bagi rehat kat dia dulu"

"Okay ma"

"Minum susu tu"

Aku mengangguk.

"Dah makan ke?"

Aku memandang ke arah Zihan yang berdiri di sofa sebelah sana.

"Dah, awak pergilah makan. Mama dah panaskan lauk"

"Kejap lagilah. Ni drama apa?"

"Saya pun main tengok aje. Saya nak tanya sikit"

"Apa dia?"

"Hari tu masa kat luar awak ada cakap sesuatu pasal Izhan tapi tak sempat. Apa yang awak nak cakap?"

"Owh hal tu tapi baguslah Izhan layan awak dengan baik"

"Apa yang awak tahu pasal dia?"

"Tak, macam ni Iz sebenarnya dulu ada masalah sikit"

"Masalah?"

"Dia suka memukul orang dan dia dulu pernah hampir nak membunuh"

Aku terkejut.

"Dia tak suka perempuan sebab dia dulu break up dengan girlfreind dia. Saya just nak awak berhati-hati"

"Tapi dia nampak okay je"

"Dia dah sihat tapi just take care mana tahu sakit lagi dan dia pukul awak ke apa"

"Along! Mari makan", laung mama dari dapur.

"Owh yeah, just call me along. Kalau berawak-awak ni macam janggal pulak dengan adik ipar. Along ke dapur dulu"

Aku tidak menjawab apa-apa.

Aku terkejut.

Kenapa aku tak tahu semua ni? Adakah Izhan masih seorang yang berbahaya? Takkan dia pernah hampir membunuh sebab break up dengan kekasih dia dulu dan sebab tu dia tak sukakan perempuan.

Mungkin dia dah sihat.

Aku masih berdebar laju mendengar berita ini.

🌼🌼🌼
If anything wrong just write down in comment okay, please vote😂

SUAMI PILIHAN IBU✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang