"Abang? Bangunlah solat subuh"
"Hmmmm five minutes please"
"Janganlah macam ni nanti lewat pulak"
"Okay-okay. Sayang dah mandi?"
"Dah, abang mandilah dulu Amni tunggu kita jemaah okay?"
Izhan mengangguk.
Lepas solat subuh aku turun ke bawah untuk menyediakan sarapan.
"Selamat pagi Mak Yam"
Aku menyapa pembantu rumah yang berusia 40-an itu
"Selamat pagi, kenapa cik Amni awal sangat turun ni?"
"Janganlah bercik-cik dengan saya panggil Amni je. Saya turun nak buat breakfast"
"Eh tak payah. Tu semua kerja Mak Yam apa nanti kata Puan dan Tuan"
"Mak Yam janganlah risau. Mak Yam duduk je kat situ. Pagi ni biar saya yang buat"
"Yelah kalau minta apa-apa tanya Mak Yam je"
"Okay"
Aku mula menyediakan bahan untuk masak mi goreng.
Pagi ni aku masak mi goreng ayam dan roti bakar.
Mak Yam membantu aku menghidang makanan di atas meja.
"Mak Yam selalunya orang kat rumah ni minum apa kalau breakfast?"
"Sediakan susu segar Dutch Lady tu dan teh O panas je"
Aku mengangguk.
Aku naik untuk bersiap ke sekolah.
Semua sudah turun.Mama memuji masakan ku yang harum semerbak itu.
"Bunga makan coco crunch dengan susu ye baru ada tenaga ke sekolah"
"Okay cikgu Gee"
"Bunga, lepas ni kat rumah jangan panggil cikgu Gee dah tapi panggil aunty okay?", pesan Izhan.
"Okay uncle, okay aunty"
Zihan hanya memandang telatah kami yang melayan anaknya.
"Kalau tak keberatan Amni boleh bawa Bunga sekali ke sekolah?", kata mama.
"Amni okay je ma, sekali nak ke sekolah yang sama apa salahnya bawa Bunga sekali"
"Eloklah tu senang sikit. Zihan pun kadang-kadang busy", kata papa.
"Along tak kisahkan?", tanya Izhan.
"Okay juga tu, sekalilah terus", jawab Zihan.
Selepas makan kami meminta diri untuk pergi kerja. Papa dan Zihan masing-masing ke tempat kerja.
"Amni pergi dulu abang"
Aku menyalam tangan Izhan. Dahiku pula dikucup.
"Hati-hati tau"
"Abang juga"
"Bunga mari salam uncle. Jangan nakal-nakal kat sekolah"
"Okay uncle"
Aku dan Bunga masuk ke dalam keretaku.
🌼🌼🌼
Apa khabar uols? Suka ke idok dgn cerita ni. Apa2 komen ye. Kalau suka vote🌟
YOU ARE READING
SUAMI PILIHAN IBU✔
RomansaBakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman...