"Sayang, abang tak balik lunch hari ya"
"Okay, nak Amni hantarkan ke office ke?"
"Boleh juga sebab abang busy hari ni tak sempat keluar makan"
"Okay nanti Amni masak dan hantar ke office abanglah nanti"
"Thanks sayang. Love you"
"Love you too"
"Okaylah sayang abang tak boleh lama nanti kerja tak jalan"
"Yelah, assalammualaikum"
"Waalaikumsalam"
Aku cepat-cepat balik lepas waktu mengajar tamat dalam jam 12.30 petang.
Ibu pula masih di kedai kain.
"Hello ibu? Ibu kat mana?"
"Kat kedai ni, kenapa angah?"
"Ibu dah makan?"
"Belum lagi, kejap lagi ibu beli makanan"
"Angah nak hantarkan abang Iz lunch, nanti angah singgahkan untuk ibulah sekali"
"Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu"
"Ibu tunggu ya"
"Yelah"
Sampai saja di rumah, aku rendam ayam dan ikan. Lepas tu mandi dan solat zohor.
Aku masak nasi lalu masak ayam merah dan ikan goreng berlada.
Selesai masak dan bungkuskan makanan untuk ibu dan Izhan lalu aku naik bersiap.
Aku singgah dulu untuk berikan ibu makanan.
"Ibu, dalam beg ni ada makanan dan jus oren ibu makan ya"
"Terima kasihlah angah hantarkan makanan"
"Sama-sama. Angah nak ke office abang Iz dulu"
Tangan ibu aku salam.
"Hati-hati"
Aku naik ke tingkat paling atas dalam bangunan syarikat milik papa Izhan untuk bertemu Izhan di pejabatnya.
Aku memandang sekitar pejabat mana tahu nak buat temu janji ke dulu. Takut pula terus masuk ke bilik Izhan.
Nampaknya aku kena terus masuk sebab PA nya tiada disitu.
Aku ketuk pintu lalu memulas tombol.
"Assalammualaikum"
Aku melihat seorang perempuan terus duduk diriba dan memaut leher Izhan.
"Hey apa you buat ni?", Izhan menolak tubuh perempuan itu tadi.
"Waalaikumsalam. Sayang?"
Aku masuk dengan muka yang tenang.
"Abang, siapa perempuan ni?"
"Dia PA abang. Tadi abang minta dia buatkan kopi"
Aku mendekati perempuan tu. Muka dia selamba melihat aku.
"Syafika, you buat apa tadi? I suruh you lap sisa kopi yang you tumpahkan tadi tu aje"
"I memang lap pun boss"
"Habis tu you tiba-tiba duduk atas I kenapa? Saja nak buat isteri I cemburu?"
"Saya tahu awak suka boss awak ni", kataku.
Memang perempuan akan tertarik Izhan sebab ketampanannya dan auranya sebagai lelaki bermaskulin.
Syafika terkejut.
"Sorry sayang", pinta Izhan.
"Kalau awak nak cari lelaki kaya, kacak, ke apa ke pergi cari lelaki lain bukan suami saya"
"Kalau you nak tahu suami you ni ..."
"Suami saya apa? Jangan nak memandai buat cerita supaya dia bencikan saya dan saya takkan biarkan suami saya dirampas"
"How dare you?"
"Syafika! Jangan kurang ajar dengan isteri boss awak, hormat sikit", marah Izhan.
"How dare you apa? Awak duduk atas riba suami saya tu kenapa? Nak goda dia?", kataku lagi.
Syafika terdiam.
Dia ingat aku tak berani lawan dia. Kau silap orang.
"Awak tahu dia dah ada isteri nak goda dia buat apa? Mana sifat berperikemanusian awak nak hancurkan rumah tangga orang lain? Awak juga seorang perempuan apa awak rasa jika saya ditinggalkan oleh boss awak ni disebabkan awak goda dia?"
Ayat kaunseling aku dah keluar. Nak bagi insaf sikit.
"I sebenarnya ..."
"Awak kerja sini nak cari rezeki halal so just do your work jangan buat benda lain. Tak takut karma? Jika suatu hari nanti awak ada suami dan suami awak tinggalkan awak sebab kena goda, awak nak?"
"Tak. Saya minta maaf puan"
"Saya harap awak jangan buat lagi"
Dia mengangguk.
"Syafika please get out!", kata Izhan dengan muka bengang.
Dia cepat-cepat keluar.
"Sayang, abang minta maaf pasal Syafika tu tadi"
"Sayang maafkan abang. Tapi betul ni abang tak tahu dia buat macam tu?", aku saja menduganya.
"Betul sayang dia tiba-tiba duduk atas abang bila sayang datang", Izhan bersungguh-sungguh menerangkan kejadian yang sebenar.
Aku buat muka berfikir.
"Tadi abang suruh dia buat kopi tapi dia tertumpahkan kopi kat atas meja tu"
Aku melihat kain lap dan secawan kopi di atas meja.
"Tiba-tiba aje dia duduk atas abang"
"Okay I trust you"
"Jangan salah faham erh?"
Aku mengangguk.
"Terror arh sayang ni sampai insafkan Syafika tu"
"Supaya dia sedar kesilapan dia"
"Okay dah, abang lapar ni"
"Owh ya lupa pulak. Jom duduk"
"Sayang dah makan?"
Aku menggeleng sambil membuka mangkuk tingkat.
"Kita makan sama-samalah"
Aku menghidangkan makan tengah hari untuk kami berdua.
Lepas apa yang terjadi tadi aku mulai risau. Aku harap perkahwinan kami dilindungi Allah daripada sebarang dugaan yang membawa kepada perpisahan.
"Abang lepas ni hati-hati tau"
"Why sayang?", Izhan memandang aku sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.
"Abang tu handsome lepas tu kaya pulak tu mesti ramai yang terpikat sampai sanggup jadi penggoda"
"Sayang takut abang tergoda?"
Aku mengangguk laju.
"Insyallah sayang, abang takkan tergoda oleh sesiapa kecuali sayang"
"I hope so too"
"Jangan risau sangatlah, kita doa je banyak-banyak okay"
Aku membalas dengan senyuman.
🌼🌼🌼
Korang percayakan Izhan tak?😂😂
YOU ARE READING
SUAMI PILIHAN IBU✔
RomantizmBakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman...