BAB 40

9.8K 320 2
                                    

Aku bersendirian di rumah. Ibu terpaksa ke kedai sebab ada masalah dan Izhan masih di pejabat.

Aku duduk di meja makan sambil minum jus oren. Kata-kata Zihan tempoh hari masih menghantui aku.
Kenapa Izhan tak pernah beritahu aku?

Mama pun sama. Kenapa mesti dirahsiakan? Mungkin mereka takut kalau aku tahu lebih awal aku tak akan terima Izhan sebab perempuan yang tahu tidak mungkin akan terima dia. Pastikan akan rasa takut jika kisah silam dia berlaku kembali.

"Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam"

Aku bangkit dari tempat duduk lalu ke pintu utama.

"Abang dah balik"

Aku menyalam tangannya.

"Sunyi je rumah, ibu mana?"

"Ibu kena pergi kedai sebab ada masalah sikit"

"Sayang buat apa tadi sendiri kat rumah ni? Buat kerja rumah?"

"Takdalah, semua dah bersih ibu yang buat sebelum keluar tadi"

"Jangan cuba buat kerja rumah"

"Yes I know"

Kami berdua duduk di atas sofa.

"Abang nak minum apa-apa tak?"

"Nanti abang buat sendiri"

"Biar Amni yang buatkan ringan je setakat nak buat air. Abang nak minum apa?"

"Just sit here abang ke dapur"

Aku memaut lengannya menyebabkan Izhan tidak jadi berdiri.

"Let me make it abang, buat minuman je. Abang rehat sini biar Amni layan abang"

"Abang nak something yang sejuk"

"Okay"

"Hati-hati jalan tu"

"Ya abang, janganlah risau sangat"

Aku menghulurkan segelas jus untuk Izhan.

"Untuk sayang?"

"Dah minum tadi, abang minumlah"

Izhan meneguk air.

"Alhamdulillah, lega tekak"

"Amni nak tanya sikit boleh?"

"Apa dia?"

"Janji jangan marah?"

"Baiklah sayangku"

"Dulu... Hmmmm masa abang bercinta dengan girlfreind abang kat U berapa tahun?"

"Lama jugalah tapi jodoh tak panjang so just move on and now I get better then her, you"

Aku tersenyum.

"Macam mana boleh broke up?"

"Kenapa sayang tanya hal ni?"

"Saja tahu, tak salahkan?"

"Abang malaslah nak cakap benda yang lama"

"Cerita je lah"

"Nantilah abang nak mandi dulu"

Izhan bangkit mencapai briefcasenya lalu berlalu menuju ke atas.

"Kenapa abang tak nak bagitahu?"

Dia berhenti.

"Sayang ni, abang malas cerita benda macam tu kat sayang"

"Abang putus dengan dia sampai abang tak suka kat mana-mana perempuan?"

"Apa sayang merepek ni? Di mana sayang dengar cerita tak betul ni? Kalau abang tak suka kat mana-mana perempuan habis tu kenapa abang kahwin dengan Amni"

"Just tell me abang. Abang putus dengan dia sampai abang pressure dan abang decide untuk tak suka mana-mana perempuan sejak tu abang jadi kaki pukul. Am I right abang?"

"What? Nonsense sayang. Bagitahu siapa yang cerita semua ni"

"Kenapa abang tak pernah bagitahu Amni? Kalau Amni tahu abang macam tu dulu abang takut Amni tak terima abang?"

"Abang tak perlu takutlah sayang sebab abang tak pernah alami tu semua"

"Because of her juga abang jadi panas baran dan hampir nak membunuh?"

"Apa lagi ni sayang? Kaki pukul? Membunuh? Lepas tu abang benci perempuan? Ya Allah"

"Betul ke abang macam tu dulu sebab dia?"

"Tak sayang, abang putus dengan dia abang tak pernah stress sampai macam tu sekali. Abang putus dengan dia memang abang tak boleh move on tapi semakin lama abang boleh terima"

"So abang tak alami semualah sebab putus cinta? Hampir nak membunuh?"

Izhan kembali duduk lalu memegang tanganku.

"Abang tak tahu sayang dapat cerita ni dari mana tapi sejujurnya semua tu tidak betul. Kalau tak percaya tanya mama"

Aku memandangnya.

"Jangan pandang abang macam tu"

"Abang tak tipu?"

"Tak sayang demi Allah abang takda kisah silam macam tu. Abang tak pernah jadi kaki pukul ke nak membunuh ke apa lagi benci perempuan lepas putus cinta"

"Okay. Amni minta maaf tuduh abang tadi"

Kalau betullah dia bencikan perempuan, habis aku ini apa? Macam psiko aje.

"Abang tak salahkan sayang tapi lepas ni kalau ada sesiapa cakap apa-apa dengan sayang pasal abang terus bagitahu okay. Abang dah cerita semuanya kisah silam abang kat sayang. Abang tak seteruk itu hanya disebabkan putus cinta"

"Amni just takut"

"Takda yang ditakutkan, abang masih waras takkan buat benda tak baik macam tu. Kenapa kalau abang ada kisah silam macam tu sayang menyesal terima abang?"

"Takdalah sampai macam tu sekali cuma kenapa abang tak bagitahu semua tu kalau betul dan buat Amni risau"

"Semua tu tak betul sayang dan pasal ex abang tu dah lama dah pun abang pun dah lupakan semuanya"

Aku mengangguk. Zihan menipu aku? Apa motif dia reka cerita pasal Izhan ni?

"Siapa bagitahu sayang cerita ni?"

"Takda siapalah yang penting abang jujur dengan Amni dan semua tu tak betul"

"Okay kita lupakan hal ni dan jom temankan abang kat atas"

🌼🌼🌼
Mintaa maaf klu bab ni ramai yg macam hah apa ni sbb banyak sgt dialog😅 buat korg tak faham.
If u like it please vote oky

SUAMI PILIHAN IBU✔Where stories live. Discover now