Aku terkial-kial membuka zip belakang bajuku.
Alahai susahnya nak buka baju nikah macam ni.
"Let me help you"
Ada tangan menyentuh bahuku dari belakang.
Aku pantas mengelak sebab terkejut.
"Why?"
Izhan terkejut dengan tindakan drastikku.
"Err takda apa"
"Janganlah malu saya dah sah jadi suami awak. Mari saya tolong bukakan"
"Thank you. Awak nak mandi ke?"
"Awak mandilah dulu"
Aku mengangguk lalu mencapai tuala dan pakaian. Aku terus masuk ke dalam kamar mandi.
Berdebar pula berduan dengan Izhan dalam bilik ni.
Kami balik ke rumah ibu hari ni. Selepas resepsi minggu hadapan pula kami balik ke rumah mama.
"Awak? Awak bangunlah pergi mandi dulu"
Izhan membuka matanya.
Dia memandangku.Aku melihat diriku yang memakai seluar palazo dengan blouse.
"Kenapa pandang saya macam tu? Baju saya ada yang tak kena ke?"
"Selalu nampak awak pakai tudung and now you look different"
"Jangan nak mengadalah!"
"Tak sangka awak ada rambut cantik macam ni"
"Jangan nak memuji sangat erh. Pergi mandi"
"Baiklah Puan Gee"
Aku mengulurkan tuala.
Dulu cikgu Gee, sekarang dia panggil aku puan Gee pulak?
Aku memegang rambutku yang lurus dan lembut. Rambutku paras pinggang yang dibiarkan lepas berwarna hitam dan lebat.
Aku mengemas pakaian Izhan di dalam bagasi ke almari. Baju dan seluar aku sediakan di atas tilam.
"Sayang, baju saya mana?"
Aku gugup melihat Izhan yang hanya bertuala paras pinggang.
Dia yang leka mengelap rambutnya dengan tuala kecil berhenti bila soalannya masih tidak dijawab.
"Errr... tu atas tilam"
"Awak janganlah gelabah macam ni saya tahulah saya seksi"
"Jangan nak merapuh kat sini. Cepatlah pakai baju lepas ni kita turun bawah"
"Buat apa?"
"Takkan nak stay dalam bilik aje? Apa ibu cakap nanti. Tak pasal-pasal pula along dan adik sakat saya"
"Alah biasalah pengantin baru"
"Takda takda"
Izhan ketawa.
Aku mencapai tudung ekspres memandangkan masih ada saudara mara yang belum pulang.
🌼🌼🌼
Komen ya! Vote jgn lupa tekan😍
YOU ARE READING
SUAMI PILIHAN IBU✔
RomantizmBakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman...