BAB 37

9K 279 2
                                    

"Abang tak turun ke?"

"Tak boleh sayang abang kena cepat-cepat balik office ada meeting penting"

"Yelah, jom Bunga"

"Hati-hati tu"

Aku menyalam Izhan lalu keluar dari kereta selepas dia ambil aku dan Bunga sekali di sekolah.

"Aunty okay ke?"

"Okay kenapa?"

"Tak berat ke perut aunty tu?"

Aku ketawa kecil.

"Baby kat dalam ni masih kecik lagi so tak lah berat sangat"

"Owh macam tu"

"Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam. Dah balik dah menantu dan cucu mama ni"

Aku senyum.

"Izhan mana?"

"Balik office sebab ada meeting penting ma"

"Yelah, Amni pergilah mandi lepas tu turun makan kita lunch sama"

"Baiklah ma"

"Bunga pergi mandi dulu. Papa belum balik lagi ni"

"Okay nenek"

Selesai makan tengah hari, aku menelefon Izhan tapi tak dijawab.

Mungkin dia masih dalam mesyuarat.

"Amni, ni mama ada buat salad buah, makanlah"

Mama duduk di sebelahku.

"Terima kasih mama"

Kami berdua berbual di ruang tamu sambil melayan sinetron.

"Mama tak sukalah sinetron ni ada je halangan bila nak berjumpa"

Aku tersenyum lalu memasukkan sebiji buah anggur ke dalam mulutku.

"Sedap salad buah mama ni"

"Nanti mama buatkan lagi, ini elok untuk kandungan"

"Shery tak datang sini ma?"

"Tak kot, dia cakap nak cari kerja. Kenapa?"

"Tak mana tahu dia datang sini ada juga kawan kita berbual. Shery tu best banyak betul cerita dia"

"Shery memang macam tu banyak betul ceritanya kita pun tak bosan"

🌼🌼🌼
Thanks for reading

SUAMI PILIHAN IBU✔Where stories live. Discover now