Kami menuju ke hospital yang berdekatan untuk membuat pemeriksaan terhadap kandungan Shery.
Kami semua menaiki kereta Estima ayah dan aku berharap sangat keputusannya membuatkan aku bahagia.
Shery kelihatan seperti tidak senang duduk sejak kami menuju ke hospital.
Kami menunggu giliran Shery untuk membuat pemeriksaan."Shery nak ke mana tu?", tanya mama.
"Nak ke tandas"
"Lepas ni boleh ke tandas"
Kami menunggu Shery membuat pemeriksaan di dalam bilik rawatan.
Kebetulan doktor wanita yang memeriksa itu kenalan mama dan memudahkan kami.
"Betty, how? Dia mengandung?", tanya mama.
"Rin, saya dah buat pemeriksaan hanya satu test je saya boleh buat"
Aku berdebar.
"DNA test tak dapat dilakukan sebab dia tak pregnant"
Mama terkejut.
Mak long lagilah terkejut dengan hasil pemeriksaan doktor.
"Doktor, betul ke ni?", tanya mak long seakan tidak percaya.
"Betul puan saya sendiri yang lakukan pemeriksaan ke atas cik Shery dan dia sama sekali tidak mengandung dan ini resultnya"
Kertas dihulurkan.
"Pasti kau bersubahat dengan kawan kau ni kan supaya Iz tak bertanggungjawab?", kata mak long kepada mama.
"Puan walaupun saya dengan Rin berkawan saya tak menerima rasuah, kalau puan nak saya boleh lakukan pemeriksaan sekali lagi", kata doktor Betty.
"Sudah, mari kita balik", arah ayah.
Mama meminta diri untuk pulang lalu bersalaman dengan doktor Betty.
Sampai saja di rumah, kami menunggu jawapan Shery.
"Shery explain apa semua n?", tanya mama.
"Shery minta maaf"
"Kenapa Shery tipu semua orang?"
"Sebab Shery cintakan abang Iz"
Semua tergamam dengan penyataan Sherry.
"Tapi kena sanggup memfitnah Shery?", soal Izhan.
"Shery nak abang milik Shery sorang aje, Shery tak nak orang lain jadi isteri abang Iz. Shery dah lama cintakan abang. Shery dah plan balik je dari UK Shery akan luahkan tapi Shery lambat sebab abang dah kahwin dengan orang lain"
Shery menangis lagi.
Kuatnya cinta dia untuk Izhan sampai sanggup memfitnah untuk robohkan masjid kami.
"Shery kena terima takdir yang kita tak dah jodoh"
"Shery bersalah abang, ampun Shery kak Amni"
"Kenapa Shery malukan mama?", tanya mak long yang kesal dengan tindakan anaknya itu.
"Ampunkan Shery ma. Shery janji takkan buat kerja gila ni lagi"
"Tak kesian ke dengan Amni ni?", tanya mama.
"Shery minta maaf sangat-sangat. Shery terlampau ikutkan perasaan tanpa fikirkan orang lain. Shery menyesal"
"Sudahlah semua dah terjawab dan harap Shery dah sedar kesilapan jangan ulangi lagi", kata ayah.
Shery mengangguk laju.
"Akak maafkan Shery jika Shery dah betul-betul menyesal"
"Shery dah sedar kak, Shery minta ampun sangat-sangat"
Aku mengangguk.
"Tapi ada satu benda lagi Shery belum mengaku"
Semua diam dengan kata-kata Izhan.
"Ada apa abang?", tanyaku. Apa lagi Shery buat ni?
"Abang nak Shery mengaku sekarang juga depan semua orang"
"Shery minta maaf sebab... Sebab..."
"Sebab apa Shery?", tanya mama.
"Shery yang upah orang untuk langgar kereta abang Iz sampai kak Amni masuk wad hari tu"
Semua beritighfar kerana terkejut dengan penngakuan Shery.
"Ya Allah Shery!", laung mak long lalu memukul bahu Shery bertalu-talu.
Mama mendapatkan mak long.
"Sudah long jangan pukul anak"
"Mama tak pernah ajar Shery sampai nak membunuh orang!"
Suara tangisan Shery semakin kuat ditambah lagi dengan suara tangisan mak long.
Ibu memeluk bahuku.
"Shery minta ampun semua tu kerja Shery sebab Shery nak kak Amni mati supaya abang Iz sukakan Shery bila kak Amni takda"
Aku tersandar disofa.
"Shery tahu tak sebab Shery isteri abang ketika itu antara hidup dan mati dan kami hampir kehilangan anak"
"Ampunkan Shery abang Iz"
"Tak sangka Shery sekejam itu", kataku.
"Shery minta ampun kak, sebab Shery akak hampir keguguran. Semuanya sebab Shery obses dengan abang Iz"
"Sudahlah Shery", kata mama.
"Shery tahu tak kes ni dalam siasatan polis", kata Izhan.
"Tolong Shery, Shery tak nak masuk penjara. Shery dah insaf"
"Biar masuk penjara siapa suruh buat kerja gila macam tu", kata mak long yang kesal.
"Tolong Shery kak Amni, tarik balik report tu"
"Sudahlah Shery, semua sudah terjawab", kataku.
"Mak long dan Shery baliklah dulu, tenangkan fikiran tu dulu. Shery drive elok-elok", kata mama.
"Shery minta ampun sangat-sangat kat semua"
Shery memaut lengan mak long untuk berdiri lalu keluar dari rumah dengan perasan bersalah.
"Alhamdulillah semua masalah dah selesai, Shery dah pun mengaku. Mama harap dia insaf sampai bila-bila"
"Tak sangka dia sanggup buat semua tu", kata ayah.
"Dia terlampau ikutkan perasaan untuk dapatkan Iz"
"Macam mana Iz tahu Shery punya kerja langgar kereta Iz tu?", tanya ayah.
"Iz siasat terlebih dahulu ma, Iz upah orang untuk cari kereta yang langgar kereta Iz tu sebab Iz hafal number plat kereta tu. Kawan yang Iz upah untuk pergi menyiasat tu dapat jumpa owner kereta tu dan kami pergi jumpa orang tu untuk dia mengaku sapa upah dia", terang Izhan.
"Habis tu police report?"
Izhan memandang aku.
"Kalau Shery dah betul-betul insaf, Amni nak tarik balik laporan polis tu"
"Mama harap dia tak ulangi lagilah. Dijah, saya minta maaf atas pihak anak saudara saya tu", ucap mama kepada ibu.
"Takpa Rin saya faham dan sekarang pun dah selesai", jawab ibu dengan senyuman lega.
Aku meletakkan tanganku di atas tangan Izhan dengan raut wajah kesal.
"I am sorry abang"
🌼🌼🌼
Nah,... Kes Shery dah selesai. Hopefully uols sukalah ye😅😅
Vote tau!
YOU ARE READING
SUAMI PILIHAN IBU✔
RomanceBakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman...