Zihan cuba cakap apa pasal Izhan petang hari tu? Izhan apa sebenarnya?
"Hello sayang?"
"Assalammualaikum abang"
"Hehe waalaikumsalam. Abang dah sampai ni"
"Okay Amni turun sekarang"
Izhan sudah sampai di bawah.
Aku mengemas buku lalu masukkan ke dalam laci. Handbag dan beg laptop aku capai lalu keluar dari bilik guru."Cikgu Amni nak balik dah?"
"Eh cikgu Hisyam. Ya dah nak balik"
"Suami dah sampai?"
Aku mengangguk.
"Terima kasih sebab tolong saya hari tu"
"Kitakan rakan sekerja takkan tak tolong awak dalam keadaan awak macam tu"
"Terima kasih tau"
"Sama-sama"
"Saya balik dululah"
"Hati-hati cikgu Amni"
Aku mengangguk lalu turun tangga.
Izhan menyambut beg laptopku lalu diletak ditempat duduk belakang.Aku menyalam tangannya.
"Sorry buat abang lama tunggu"
"Its okay"
Kami sampai dirumah mama. Ada kereta lain.
"Kereta siapa tu abang?"
"Kereta mak long"
"Owh"
"Abang Iz!"
Siapa pula ni?
"Eh Shery bila sampai?"
"Petang semalam"
Izhan membantu aku menjinjit beg laptop lalu memegang tanganku masuk.
"Ni isteri abang Iz ke?"
"Ya inilah dia, masa kahwin hari tu Shery tak dah kan?"
"Masih kat oversea, hai kak Amni"
"Hai. Apa khabar?"
"Baik. Berapa bulan dah ni?"
"Tiga bulan"
Dia mengangguk.
"Siapa tadi tu?"
"Shery anak mak long baru balik belajar kot dari UK"
Aku mengangguk lalu membuka lilitan tudung.
Selepas solat Isyak aku dan Izhan turun ke bawah.
"Mak Yam masak apa ni?"
"Amni ni buat terkejut Mak Yam je"
"Hehe sorry Mak Yam"
"Masak biasa aje"
Aku mengangguk. Izhan sedang duduk di ruang tamu menonton televisyen dengan Zihan dan ayah.
"Amni buat apa kat sini ni?", mama masuk ke dapur.
"Takda apa ma tengok Mak Yam masak apa"
"Jangan cuba-cuba buat kerja pula"
"Amni okaylah ma baru tiga bulan"
"Time ni lah kena berjaga-jaga kandungan masih lemah lagi. Duduk sini"
Aku hanya menurut. Mama dan Mak Yam sibuk menghidangkan makanan.
"Harumnya bau"
Shery menyertai kami.
YOU ARE READING
SUAMI PILIHAN IBU✔
RomanceBakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman...