"Abang nak makan apa malam ni?"
"Sayang ni tiap malam tanya yang sama. Sayang masak je apa-apa okay semua abang makan"
"Kalau Amni masak batu dan kayu?"
"Abang makan sebab sayang yang masak"
Aku ketawa.
"Yelah tu. Amni tanya mana tahu abang teringin nak makan apa-apa ke"
"Setakat ni takda, sayang masak je apa-apa okay"
"Baiklah Amni turun masak dulu. Mungkin ibu dah kat dapur tu"
"Okay hati-hati masak"
Lepas makan malam ibu naik ke dalam bilik sebab ada kerja yang perlu diselesaikan tentang kedai kain.
Aku pula di dalam bilik menyemak buku pelajarku, Izhan dari tadi kacau aku sebab dia tak tahu nak buat apa.
"Sayang dah siap ke?"
"Belum ni, sikit lagi"
"Abang boringlah, layanlah suami awak ni"
Alahai!
"Okay-okay dah habis ni"
Aku mengemas buku-buku yang aku semak.
Aku duduk disebelah Izhan yang sedang baring terlentang.
"Tidur ke? Tadi suruh Amni cepat-cepat"
"Bahh!"
Aku terkejut sehingga aku terjerit.
"Abang!", bahunya aku tampar.
Izhan ketawa suka melihat aku terkejut.
"Janganlah buat macam tu, nanti ibu dengar"
"Okay-okay shhhh..."
Izhan masih ketawa.
Aku memeluk tubuh sambil melihat dia menghabiskan sisa ketawanya.
"Okay-okay sorry. Abang minta maaf"
"Suruh Amni cepat-cepat tadi nak apa?"
"Jom tidur"
"Alah, tidur sorang-sorang tak boleh ke?"
"Tak boleh tidur kalau sayang takda"
"Mengada abang ni"
"Sayangkan bantal peluk abang. Abang tak selesa kalau tak peluk sayang. Meh baring"
Aku mengambil tempat baring disisi Izhan.
Dia menarik tubuhku dalam pelukannya selepas mematikan lampu.
🌼🌼🌼
Maaf part ni pendek sgt
YOU ARE READING
SUAMI PILIHAN IBU✔
RomanceBakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman...