Aku masuk ke dalam dewan sekolah untuk melihat pelancaran hari orientasi pelajar darjah satu.
Pelbagai ragam kerana baru masuk ke alam persekolahan. Gelagat mereka sangat mencuit hati.
Pandanganku terhenti dihujung dewan dimana cikgu Ayu sedang memujuk seorang budak perempuan.
Aku melangkah ke arah mereka.
"Ada apa ni Ayu?"
"Eh kak. Budak ni meragam, dia tak nak berbaris dengan budak yang lain"
Pandanganku jatuh kearah budak perempuan yang comel dengan air mata mengalir dipipinya. Kesian.
"Biar akak pujuk dia. Ayu pergilah handle budak lain"
"Ayu dah lama pujuk dia tapi masih macam ni lagi. Akak tolong erh?"
Aku mengangguk.
Ayu berlalu pergi.
"Hey girl. Comelnya"
Aku duduk mencangkung sambil memegang bahu budak perempuan tu.
Dia diam.
"Janganlah nangis, kan nak sekolah belajar dengan kawan-kawan"
"Nak balik"
"Shhhh dont crying sayang. Kalau nak balik macam mana sekolah? Awakkan dah besar kenapa nangis"
"Err saya nak balik cikgu"
"Okay nanti cikgu call ayah awak. Duduk sini tau, jangan pergi mana-mana"
Dia mengangguk kecil.
"Ayu ada number phone parents budak tu?"
"Kenapa kak?"
"Akak rasa dia betul-betul nak baliklah. Risau pulak nak paksa dia masuk kelas"
"Kejap, Ayu nak ambil dokumen dia"
Aku mengangguk.
Sambil menunggu Ayu, aku cuba ajak budak itu berbual.
"Nama siapa?"
"Bunga"
"Bunga? Wow what a cute name!"
"Ayah bagi nama Bunga"
"Cantik nama awak macam awak juga"
"Cikgu nama apa?"
"Nama cikgu, cikgu Gee"
"Cikgu Gee? Kenapa nama cikgu pelik?"
"Pelikkan? Cikgu pun tak tahu"
"Kak ni number parents dia"
"Thanks Ayu. Biar akak handle okay"
"Thanks too kak"
Aku mendail nombor yang Ayu berikan tadi.
"Hello assalammualaikum"
"Waalaikumsalam. Who's there?"
"Maaf mengganggu encik, saya cikgu kepada anak encik, Bunga"
"Kenapa dengan dia cikgu?"
"Dia meragam encik, dia tak nak masuk bilik darjah. Dia kata nak balik"
"Baiklah, saya akan ke sekolah sekarang"
"Baiklah encik"
Aku memasukkan telefon dalam beg.
"Bunga tunggu tau, kejap lagi ayah Bunga datang sini"
"Okay"
Lima minit kemudian seorang lelaki datang.
"Awak ayah Bunga?"
"Ya saya cikgu"
"Dia kata nak balik, saya rasa elok encik bawa dia balik"
"Takpa ke?"
"Dia betul-betul tak nak masuk kelas. Esok saja encik hantar dia sekolah"
"Terima kasih cikgu"
"Sama-sama"
Aku melemparkan senyuman kepada Bunga.
"Cikgu ajar Bunga ke?"
"Tak, saya ajar budak darjah 6 saja. Saya saja datang sini ternampak pula Bunga ni tak nak kena pujuk dengan cikgu dia"
"Dia memang macam ni. Umur dah 7 tahun pun masih macam budak tadika. Manja sangat"
Aku mengangguk.
"Tapi boleh pula ya cikgu pujuk dia ni. Selalunya dia tak berhenti kalau bukan saya yang pujuk"
Aku hanya membalas dengan senyuman.
Sudah biasa dengan karenah budak seperti Bunga, jadi aku tidak kekok mengatasinya.
🌼🌼🌼
Like always, komen ya kalau ada salah ke apa ke. Dont forget also to vote and like💭😊
ANDA SEDANG MEMBACA
SUAMI PILIHAN IBU✔
RomantizmBakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman...
