Bab 42

9.1K 288 4
                                    

"Sayang, abang tak boleh temankan pergi buat check up hari ni"

"Tak pa abang, Amni boleh pergi sendiri"

"Nanti abang minta tolong dengan mama"

"Takpa mama pasti busy, Amni pergi sendiri okay"

"Abang risau"

"Janganlah risau sangat Amni okaylah"

"Yelah nanti abang call"

Aku mengangguk.

Lepas sarapan kami memandu ke tempat kerja masing-masing.

Memandangkan hari ni Izhan tak dapat temankan aku pergi klinik, aku membawa kereta ke sekolah.

Pemeriksaan kandungan hari ni jam 9 pagi dan aku boleh keluar sekejap dari sekolah.

Aku pergi klinik seorang diri dan sebelum itu aku mendapat panggilan dari Izhan kemudian memandu ke klinik.

Aku duduk seketika untuk menunggu giliran sambil tu aku membaca surah-surah pendek yang sentiasa aku amalkan terutamanya dalam keadaanku yang sedang mengandung.

Ini adalah untuk membantu kita mudah untuk bersalin nanti dan bayi dalam kandungan juga sentiasa dirahmati dan Insyallah menjadi anak yang soleh dan solehah nanti. Kadang-kala Izhan yang mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran bila kami berdua duduk bersama.

"Puan Amni Najiha", panggil seorang jururawat.

Aku berdiri lalu masuk ke bilik pemeriksaan yang diperiksa oleh seorang doktor wanita Melayu.

"Macam mana kandungan saya doktor?"

"Alhamdulillah puan tidak ada yang membimbangkan semuanya sihat. Nampaknya puan ni mengamalkan healty life style"

Aku mengangguk.

Selesai pemeriksaan aku keluar lalu menuju ke tempat parking kereta.

Aku terhenti membuka pintu kereta bila ada bungkusan diletakkan di atas bumbung kereta.

"Apa ni?"

Aku masuk ke dalam kereta.

"Kat rumah je lah buka nanti"

Aku menghantar pesanan kepada Izhan sebab sekarang ni dia ada mesyuarat.

Aku memberitahu bahawa aku selesai buat pemeriksaan dan hasilnya semua baik-baik saja.

"Sayang bungkusan apa ni?"

Aku yang sedang menyikat rambut menoleh ke arah Izhan yang duduk di sofa.

Bungkusan yang aku letak di atas meja sofa tadi semasa balik dari sekolah.

"Owh Amni pun tak tahu"

"Bila sayang dapat?"

"Tadi masa habis buat check up bungkusan tu kat atas kereta. Amni tak tahu sapa yang letak, abang bukalah"

Aku menyidai tuala lalu duduk disebelah Izhan menanti apa yang ada dalam bungkusan kecil itu.

"Gambar siapa ni?"

Aku mencapai beberapa keping.

"Gambar abang? Dengan siapa ni?", gambar lain aku turut lihat dengan kerutan didahi.

"Abang tak tahu sayang, abang tak pernah jumpa perempuan ni"

"Lebih baik abang jujur"

"Betul sayang abang tak pernah jumpa perempuan tu apatah lagi berpeluk-peluk macam ni"

"Habis ni apa abang?"

"Abang tak pernah buat semua ni dengan perempuan lain"

"Habis dalam gambar ni apa?"

Aku meletakkan semua kepingan gambar di atas meja.

"Abang tak tahu sayang. Fitnah semua ni"

"Abang..."

Aku menangis. Ujian apa ni?

"Macam mana abang tak tahu sedangkan muka abang dalam gambar tu"

"Abang tak tahu nak cakap apa sebab abang tak kenal perempuan ni dan tak pernah peluk perempuan lain sampai macam ni"

Aku memejamkan mata. Air mata masih keluar.

"Sayang shhh don't crying"

"Amni kecewa dengan abang"

"Sayang tak percayakan abang?"

"Macam mana nak percayakan abang sedangkan dalam gambar tu terang-terang muka abang"

"Yes abang tahu sayang susah nak percaya yang itu bukan abang tapi jujur apa abang yang mampu cakap ialah abang tak buat semua tu"

Susah nak percayakan itu bukan Izhan dan tak mungkin Izhan buat macam tu, hati ku berbelah bagi.

"Abang tahu sayang keliru, biar abang selesaikan hal ini dan cari bukti yang itu bukan memang diri abang. Sayang jangan fikirkan sangat hal ini takut kandungan tu terjejas"

Izhan memasukkan semula kepingan gambar itu ke dalam bungkusan.

"Satu je abang nak daripada sayang, jangan lari dari abang sampai benda ni abang dapat selesaikan"

Aku berdiri dan terus ke tilam untuk baring.

"Abang tahu sayang susah nak percayakan abang sekarang ni tapi abang berjanji abang akan buktikan yang abang tak seteruk ini"

Aku hanya mendengar percakapan Izhan tanpa memberikan sebarang respon.

Aku masuk ke dalam selimut dan memejamkan mata. Sekali lagi aku menangis dalam diam.

🌼🌼🌼
Hi uols.. Annyeong!!
Jgn lupa vote ya

SUAMI PILIHAN IBU✔Where stories live. Discover now