BAB 22

11.8K 351 0
                                    

Majlis resepsi bermula selepas waktu solat Isyak.

Para tetamu sedang duduk memenuhi ballroom hotel.

Aku dan Izhan bersiap di bilik hotel yang disiapkan oleh pereka fesyen yang menghasilkan baju-baju resepsi kami dan jurusolek.

Pakaian pertama ialah tradisional Melayu bertemakan songket bewarna ungu dan Izhan begitu segak dengan tengkolok dikepalanya.

Kami turun ke bawah diiringi oleh pengapit serta jurukamera sentiasa merakamkan hari bahagia tersebut.

Kami masuk ke ballroom hotel sambil jalan beriringin setelah pengacara majlis mengumukan ketibaan kami.

Kami jalan di atas pentas menuju ke pelamin yang gah berdiri. Tetamu yang duduk dibawah asyik memerhatikan kami dan kami berdua senyum kepada saudara mara dan tetamu pada malam itu.

Acara sehingga jam 12 malam itu ditamatkan apabila aku memakai gaun dengan veil yang panjang macam princess pula hasil sentuhan pereka fesyen terkenal tu.

Izhan pula memakai sut sedondon dengan warna gaun labuhku bewarna putih ditaburi mutiara.

Acara terakhir ialah potong kek dan kami diminta untuk menari.

Aku mana tahu dancing bagai ni.

Kami berdiri lalu turun dari pelamin.
Aku dah Izhan berhadapan lalu lagu Perfect versi piano itu dimainkan.

Aku dan Izhan mula menari sambil dirakam oleh jurukamera lain.

"Seganlah saya", bisikku.

"Its okay buat biasa je"

Dia memaut pinggangku.

Sebelum majlis tamat acara bergambar dilakukan lagi untuk kali terakhir.

Gambar dan rakaman diambil untuk merakamkan hari bahagia aku dan Izhan.

"Tahniah Iz dan Amni", ucap Zihan.

"Thank you long"

Aku hanya memberikan senyuman.

🌼🌼🌼
Best tak? Vote2❤❤

SUAMI PILIHAN IBU✔Where stories live. Discover now