"Ibu angah pergi kerja dulu", ibu yang masih makan aku salam.
"Hati-hati jangan terlampau aktif"
Aku ketawa.
"Yelah, Bye"
Izhan turut menyalam ibu.
"Abang hantarkan"
Aku hanya mengangguk.
"Janganlah masamkan muka pagi-pagi ni nanti baby lahir muka masam"
Izhan cuba untuk berbual dengan aku dalam perjalanan ke sekolah.
Aku banyak mendiamkan diri sejak hal itu berlaku dan Izhan pula seperti tidak bersalah dia berkelakuan seperti biasa.
"Janganlah diam aje, abang tahu sayang masih marahkan abang sebab hal tu"
"Amni malas nak cakap apa-apa"
"Okay abang faham Amni banyak diamkan diri sebab hal tu tapi abang bersyukur Amni masih ada dengan abang dan masih jalankan tanggungjawab sebagai isteri walaupun abang bersalah dimata Amni"
Aku banyakkan diam dengan Izhan sebab hati aku masih sakit.
Bila aku nampak Izhan automatik fikiranku dihantui oleh gambar tu menyebabkan aku hendak marah.
Takkan aku nak marahkan Izhan lebih-lebih dan meroyan tak tentu pasal nanti jadi isteri derhaka.
Aku juga takut ia akan memberikan kesan kepada kandungan kalau aku mengamuk jadi aku pilih untuk berdiam diri sehingga hal ini Izhan selesaikan.
"Abang rindu dengar celoteh sayang pagi-pagi macam ni"
Air mata yang bergenang aku tahan agar tidak mengalir.
Izhan memberhentikan kereta setelah mendapat parking dihadapan bangunan sekolah.
"Amni pergi dulu"
Aku tunduk menyalam tangan Izhan.
"Hati-hati sayang"
Tanganku dilepaskan setelah dahiku dicium seperti selalu.
Aku hanya mengangguk lalu mencapai beberapa buku ditempat duduk belakang kereta.
"Biar abang ambilkan"
Aku keluar dari kereta setelah Izhan menyerahkan barangku.
"Gee okay tak ni?"
Aku memandang cikgu Suria lalu senyum.
"Okay kak, kenapa?"
"Riak muka macam tak okay akak tengok. Perut sakit ke?"
Aku menggeleng.
"Saya okay kak cuma sakit kepala sikit"
"Dah minum ubat?"
"Dah kejap lagi okaylah"
"Kalau rasa sakit apa-apa bagitahu akak cepat boleh hantar ke hospital terus"
Aku mengangguk.
"Terima kasih kak"
"Take a rest, akak nak masuk mengajar dulu"
Aku membalas dengan senyuman.
Aku duduk di mejaku sambil menulis laporan dibuku laporan guru.Fikiranku tiba-tiba mengingati Izhan. Apa yang dibuat sekarang kat pejabat?
Aghh! Aku rindu dia.
Walaupun dia selalu didepan mata layan aku tapi aku rasa aku semakin menjauh dari dia disebabkan hal itu.
My Hubby💕
- Assalam syg, abg balik lambat malam ni ada kerja jgn tunggu abg syg tidur dan makan dulu ok. Love u bby.Aku mendapat mesej dari Izhan selepas aku solat Isyak.
Aku sudah jangka dia balik lewat malam ni kalau waktu Isyak dah masuk.
Aku turun ke bawah menyertai ibu untuk makan malam.
"Izhan tak balik lagi ke angah?"
"Dia lambat balik malam ni ibu"
"Marilah makan dulu"
Kami makan malam berdua seperti selalu sebelum aku kahwin dengan Izhan.
"Angah dengan Iz ada masalah? Ibu tengok lately ni macam lain je"
Aku memandang ibu.
"Kalau ada masalah selesaikan elok-elok dan ego tu jangan tinggikan sangat"
"Angah pun tak tahulah bu, biarlah Iz yang selesaikan"
"Masalah apa?"
"Hari tu ada orang hantar gambar kat angah, gambar Iz berpeluk-peluk dengan perempuan"
Ibu terkejut.
"Habis tu Izhan cakap apa?"
"Dia cakap dia tak kenal perempuan tu dan dia tak buat semua tu. Angah susahlah bu nak percaya yang mana satu Izhan ke atau gambar tu"
"Kalau macam tu cari jalan penyelesaian dan ibu yakin itu semua kerja orang lain"
"Ibu percayakan Izhan?"
"Takkan angah tak percayakan suami sendiri? Dia suami angah, angah kena sokong dia. Ibu yakin dengan Izhan dia budak baik"
"Bukan angah tak percayakan Izhan tapi macam mana kalau betul itu Izhan?"
"Angah ni janganlah cakap macam tu sekarang ni selesaikan masalah ni jangan bergaduh teruk pulak"
Aku mengangguk tanda faham.
"Kandungan tu pun kena jaga jangan ikutkan perasaan tu sangat"
Aku diam cuba mencernakan kata-kata ibu tadi dalam kepalaku. Ibu percaya Izhan dipihak yang sebenar.
"Dah jangan kuis-kuis nasi tu, makan. Berdoa banyak-banyak supaya hal ni tak menjejaskan hubungan angah dan Izhan"
"Insyallah bu"
Selesai berbual sebentar selepas makan malam dengan ibu aku minta diri untuk naik ke dalam bilik.
Jam sudah menunjukkan pukul 8 setengah malam tapi bayangan Izhan masih belum kelihatan.
Mungkin kerja kat pejabat berlambak menyebabkan dia ambil masa lebih untuk menyiapkan kerjanya.
Aku mencapai buku latihan anak-anak muridku untuk disemak.
🌼🌼🌼
Kesian Amni.. Kesian Izhan
YOU ARE READING
SUAMI PILIHAN IBU✔
RomansaBakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman...