"Abang hantar sayang ke rumah mama ya"
"Kenapa tak balik rumah ibu je?"
"Ibu takda kat rumah nak tengok-tengokkkan sayang, abang dah bagitahu ibu"
"Amni okay je sorang-sorang kat rumah"
"Takpalah kita balik rumah mama kejap, mama pun nak jumpa sayang since keluar hospital hari tu mama tak jumpa sayang"
"Okaylah Amni tak kisah balik mana-mana"
"Good girl"
Girl? Budak kecik lagi ke aku ni? Alahai encik suami mentang-mentanglah saiz badanku macam budak sekolah.
Kami menuju ke rumah mama selepas Izhan menjemput aku balik dari sekolah.
Di rumah hanya mama dan Mak Yam saja.
"Bunga mana ma?", tanyaku.
"Kat kondo dengan papa dia"
"Owh"
"Ma kami naik atas dulu tak solat lagi ni", kata Izhan pula.
"Yelah dah makan ke belum ni?"
"Belum"
"Nanti turun makan, nanti Mak Yam panaskan lauk, Amni turun ya"
"Ya ma", jawabku lalu memberikan senyuman.
Aku dan Izhan membersihkan diri lalu solat Dzohor berjemaah.
Izhan mengeluarkan baju kerja yang baru dari almari.
"Kenapa abang ambil baju kerja?"
"Abang nak tukar baju, baju kerja tadi pagi tu rasa tak selesa dah kat badan berpeluh"
"Biar Amni gosokkan"
"Takpa sayang, baju dan seluar dah digosok dah ni"
Kemudian kami turun makan tengah hari.
"Lepas office hour abang ambik sayang okay"
"Okay"
Izhan sudah keluar menuju ke pejabat semula.
Aku, mama dan Mak Yam berbual di dapur sambil minum-minum.
"Kandungan okay tak Amni?"
"Okay ma"
Mama risau kalau ada sakit-sakit kat perut tu akibat kena langgar hari tu"
"Alhamdulillah ma, takda"
"Baguslah kalau macam tu, makan buah ni banyak-banyak supaya baby tu sihat"
Aku mencapai sepotong buah epal di dalam pinggan.
"Dah lama Amni tak nampak Shery ma datang sini"
"Hari tu ada datang sekali mungkin dia dah dapat kerja sebab tu tak datang sini dah"
"Owh mungkin juga"
"Mak Yam sudah-sudahlah kat sinki basuh pinggan tu, marilah sini duduk"
"Ya Mak Yam ni dari tadi buat kerja, duduklah sini kita borak-borak", kataku.
Mak Yam tersenyum lalu menarik kerusi untuk duduk.
"Mak Yam janganlah buat kerja sangat, biarkan dulu mana yang tak dapat dibasuh tu", pesan mama.
"Mak Yam tak suka tangguhkan kerja, nak habiskan terus"
"Mak Yam tu kena jaga diri juga usia tu bukannya semakin muda. Tak ke mana pun pinggan mangkuk tu"
"Yelah puan"
Sekitar jam 5 petang Izhan dan papa sudah balik dari pejabat. Setengah jam kemudian kami meminta diri untuk balik ke rumah ibu.
🌼🌼🌼
Bersambung...
Vote ⭐and comment💭 yeah
Eh lupa Izhan panggil bapa dia papa ke ayah? Hehe
YOU ARE READING
SUAMI PILIHAN IBU✔
RomanceBakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman...