BAB 53

11.4K 310 1
                                    

Selepas laporan polis ditarik balik atas kes Shery melanggar lari kereta Izhan, Shery datang jumpa kami berdua untuk memohon kemaafan dan menyesal atas apa dia lakukan.

Dia sekeluarga akan berangkat ke Mekkah untuk menunaikan ibadah umrah. Alhamdulillah.

Hari ni Izhan membawa aku ke rumah mama dan ayah. Dia cakap dia ada benda hendak diselesaikan.

"Kita selesaikan apa kat rumah mama ni?"

"Ada benda yang perlu abang selesaikan, jom"

Zihan turut ada ketika itu.

"Baguslah along ada", kata Zihan.

"Ada apa Iz?", tanya mama pelik.

"Mak Yam tolong bawa Bunga ke atas", pintah Izhan.

Mak Yam mengangguk.

"Ada apa ni Iz?", tanya mama.

"Mama dan ayah pun ada sekarang ni Iz nak bongkarkan apa yang along dah buat kami keluarga Iz"

Aku memegang lengan Izhan agar dia bersabar.

"Iz", along bersuara.

"Ayah tak fahamlah, masalah apa ni?"

"Dia cintakan isteri Iz, Amni Najiha"

Mama dan ayah mengucap.

"Betul ke ni along? Ya Allah"

"Cakaplah along kenapa diam? Iz dah tahu semunya"

Aku menunggu Zihan membuka mulut.

"Cakap Zihan!", kata ayah.

"Ya along mengaku along cintakan Amni sejak dia belum kahwin dengan Iz"

"Amni dah jadi adik ipar kamu along", tanya mama.

"Dia masih cintakan isteri Iz sampai sanggup fitnah Iz supaya Amni bencikan Iz"

"Apa yang along dah buat ni? Mana sifat along yang matang?"

"Iz tahu along pernah burukkan Iz kat Amni supaya Amni takut dengan Iz kononnya Iz pernah deepres sebab putus cinta dan sebab tu Iz bencikan perempuan, baran tak tentu pasal dan cakap Iz hampir nak membunuh"

Aku terkejut.

Aku tak pernah bagitahu Izhan bahawa Zihan yang beritahu aku semua itu.

"Disebabkan itu Amni hampir nak jauhkan diri dari Iz sebab dia takut kata-kata along itu betul tapi Amni tak bagitahu Iz pun bahawa along yang cakap macam tu"

"Sebab along nak Amni jadi mama untuk Bunga, dia layak tapi Iz jadi penghalang"

"Zihan! Kenapa tak menerima takdir?", tanya ayah.

"Mama ingatkan anak mak long je ada perangai macam ni rupaya anak mama pun sama. Memalukan keluarga! Mujur Shery tu dah bertaubat", ujar mama kesal dengan Zihan.

"Lepas tu along jugakan yang reka gambar Iz berpeluk dengan perempuan lain dan hantar kat Amni? Iz tahu sebab Iz dah check CCTV yang ada kat situ dan Iz nampak along yang letak bungkusan tu atas kereta Amni masa dia buat check up kat klinik"

Semua terkejut. Banyak betul kejutan.

"Kalau tak percaya dalam pendrive ni ada rakaman tu", Izhan meletakkan pendrive itu atas meja.

"Zihan tahu tak Iz ni adik kamu, boleh kamu buat macam tu kat adik sendiri?"

Zihan menunduk.

"Iz dah pergi check gambar tu dan sah gambar tu edit. Lelaki tu bukan Iz tapi orang lain yang diedit ke muka Iz"

"Mana silap mama didik along ni? Kenapa sanggup buat semua ni nak? Iz ni adik kamu"

"Ayah tak tahu nak cakap apa lagi, ayah kecewa dengan Zihan"

"Kenapa along tak biarkan aje kami berdua hidup bahagia? Kenapa tak terima takdir bahawa Amni jodoh Iz bukan jodoh along?"

"Along bersalah Iz, sebab cinta along jadi buta"

"Iz tak sangka along boleh lakukan sejauh ini, Iz ingat along dah move on bila dah tahu Amni akan kahwin dengan Iz"

"Along tahu along salah. Maafkan along"

Semua diam.

"Along selfish", kata ayah.

"Along tahu along pentingkan diri sendiri dan along dah sedar yang along tak mungkin dapatkan Amni walau macam mana pun along berusaha"

Mama dan ayah mengeluh.

"Amni, maafkan along dan tolong terima along sebagai abang ipar Amni"

"Amni akan maafkan along kalau along dah boleh terima Amni sebagai adik ipar", kataku.

Zihan mengangguk.

"Iz, along minta maaf. Along tahu along kejam buat rumah tangga korang hampir runtuh"

"Iz mohon sangat kat along lepas ni jangan buat macam ni lagi, Iz sayangkan Amni. Iz tak sanggup kehilangan dia"

"Along minta maaf Iz dan along dah sedar kesilapan along"

Izhan mengangguk.

Zihan mendapatkan Izhan lalu mereka saling berpelukan.

Zihan menitiskan air mata tanda dia menyesal atas apa yang telah dia lakukan.

"Iz maafkan along"

"Along sebenarnya nak mengaku kejahatan along semua ni sebelum along ke Perth tapi Iz dah bertindak terlebih dahulu"

"Along nak Perth?", kata mama.

"Along dinaikkan pangkat ma kalau along pindah kerja ke hospital sana dan along akan pergi untuk lupakan apa yang along pernah rasa"

Zihan memandang aku seketika.

"Along nak minta ayah dan mama tolong jagakan Bunga sementara along kerja dan tenangkan diri kat sana"

Mama mengangguk.

"Ayah maafkan along sebab jadi anak yang tak baik untuk ayah"

Zihan memeluk ayah.

"Jangan ulangi kesilapan macam ni along", pesan ayah.

Zihan mengangguk.

"Pasal Bunga along jangan risau, kami semua ada", kata Izhan.

"Bila along bertolak?", tanya mama.

"Next week ma. Along minta maaf sekali lagi kat Iz dan Amni"

Aku dan Izhan mengangguk.

🌼🌼🌼
👏👏 masalah Zihan pun dah selesai😄😄 vote ya n comment jgk

SUAMI PILIHAN IBU✔Where stories live. Discover now