BAB 20

13.4K 409 0
                                    

"Berapa hari awak cuti?"

Izhan memandang aku lama.

Aku yang sedang mengemas baju untuk digantung dalam almari melihat dia yang sedang baring di atas katil.

"Kenapa pandang macam tu?"

"Before that, saya nak sayang dan abang je panggilan kita"

Aku senyum.

"Berapa hari abang cuti?"

Aku menyambung semula pekerjaanku.

"One week papa bagi"

"Untunglah, lusa Amni dah mula kerja"

"Cepatnya"

"Kan kakitangan kerajaan, cuti kahwin tak panjang"

"Honeymoon kita macam mana?"

"Tak payalah pergi"

"No way, abang dah cari location yang sesuai dan kat sana kita boleh photoshoot"

"Photoshoot lagi? Matilah"

"No, sayang kena ikut sebab view kat sana cantik untuk kita tangkap gambar kahwin kita"

"Yelah maybe bulan depan ada cuti sekolah dalam seminggu"

"Great! Habis tu kalau sayang kerja lusa abang soranglah kat rumah ni?"

"Abang nak takut apa?"

"Bukan takut, yelah along dan adik tu tak stay sini ada rumah lain. Ibu pulak ke kedai dan sayang ke sekolah"

"Abang ni macamlah Amni tak balik-balik dari sekolah tu. Tengah harikan balik"

"Tapi abang boring"

Aku duduk disebelahnya di atas tilam.

"Sejak bila abang jadi manja-manja macam ni?"

"Sejak jadi husband sayanglah. Dulu tak boleh manja-manja nanti sayang tak suka"

Aku ketawa.

"Esok kita keluar nak tak? Jalan shopping as a husband and wife", ajak Izhan.

"Okay"

"And tengok wayang?"

"Tengoklah macam mana esok", usikku.

"Takda, kali ni kita berdua tengok wayang"

"Yelah cik abang oii"

Aku tersenyum.

"Senyuman ni buat abang nak ngap sayang ni?"

"Eh abang ni!"

Izhan ketawa lalu mendekatiku.

Alahai suamiku!

Kami jalan berduan di shopping mall di KLCC.

Dari tadi Izhan tidak melepaskan tanganku dari genggamannya.

"Sayang nak beli apa-apa tak?"

"Tak tahulah, Amni tak tahu nak beli apa"

"Jom kita tengok handbag"

"Handbag masih ada lagi yang belum pakai. Membazirlah abang"

"Tudung?"

"Oh yeah! Tu Amni suka"

"Dah jom! Abang dah tahu sayang suka tudung"

Aku ketawa kecil.

Aku memang suka buat koleksi tudung dari tudung bawal sehingga ke shawl pelbagai jenama dan warna.

"Sayang jom makan"

"Okay"

"Fast food okay?"

"Okay, tak kisah"

Lepas makan kami ke panggung wayang.

"Nak tengok cerita apa?"

"Sayang nak apa?"

"Ikut abang je tapi tak nak cerita yang tak elok"

"Sayang ni! Abang tahulah, kita bukannya orang Barat. Horror nak tak?"

"Okay tapi tak nak yang seram sangat"

"Okay jom. Lepas tu kita beli air dan popcorn"

Kami menonton cerita seram iaitu Anabelle. Aku jenis yang tak berapa suka tengok cerita seram sebab ada je scene yang mengejut.

Nasib baik dalam panggung wayang tadi aku tak berteriak tapi lengan Izhan jadi mangsa untuk aku sembunyikan muka.

Izhan asyik ketawa melihat telatahku.

"Sorry abang masa tengok cerita tadi lengan abang jadi mangsa"

Izhan ketawa.

"Abang! Janganlah ketawa malulah kat orang", bisikku.

Kami berjalan keluar dari panggung wayang.

"Sayanglah lucu sangat tadi"

"Okay lepas ni Amni taknak tengok cerita seram"

"Alah kenapa? Abang suka sayang pegang lengan abang"

"Gatal erh?"

"Kat isteri sendiri apa salahnya?"

"Dahlah abang ni. Kita beli barang dapur dulu sebelum balik"

"Hah jom-jom, first time abang beli barang dapur ni"

"Kenalah tahu kan dah berumahtangga mana tau saya tak sempat beli nanti abanglah tolong belikan"

"Baiklah cikgu"

🌼🌼🌼
Sweet tak? Vote please😂

SUAMI PILIHAN IBU✔Where stories live. Discover now