¹ - First Meet

13.6K 314 153
                                    

Library SMK Dato' Muda

Aku mencari bahan bacaan untuk di baca. Tapi tulah, aku tak tahu nak baca buku apa. Pencarian mencari buku masih diteruskan.

"Raina!" seseorang memanggil aku. Tak sedar ke si pemanggil itu kita dekat dalam library?

Aku menoleh ke arah orang yang memanggil aku. Norain Elina.

"Oh kau. Hah, nak apa? Kita kat librarykan? Nak kena marah ke? Nanti buat malu je."

"Wah wah! Aku tak cakap lagi dah kena tembakan dari kau. Ini... jap aku lupa. Hehe." aku jelingan dan membuat muka menyampah.

Sedang menunggu Ain untuk ingat balik apa yang mahu dia katakan, aku teruskan dengan kerja aku, cari buku. Buku sekolah ni bosanlah. Banyak buku lama.

"Oh ha! -" memang pompuan ni suka bising dalam library la..

"- Nak masuk kawad tak?"

Boleh bayang tak mata aku ada star or heart macam anime tu? Hah, macam tu lah aku.

"Wei, gila taknak!" Tanpa sedar aku terjerit teruja.

"Apa yang bising-bising tu? Tak baca ke 'warning' kat depan pintu? Buta?"

...Aku yang kena marah. Takpe, dah biasa dah.

"Hehe, sorry sorry." serentak aku dan Ain meminta maaf.

"Aku nak wei! Dah lama aku nak masuk tapi tak tahu nak jumpa cikgu siapa." aku berbisik kat Ain.

"Ahaks! Memang rezeki kau. Jom, teman aku pergi cari kk."

Cepat-cepat Ain kemas barang yang bersepah. Dia pergi jumpa Muazzam untuk jagakan barangnya.

"Jom!" semangatnya dia. Mungkin, memang tanggungjawab dia untuk cari orang.

Aku keluar dan pakai kasut sekolah. Selepas itu, turun ke kantin untuk cari kk. Aku tak tahu siapa, nanti kenal-kenallah.

Oh, haah! Aku budak sesi petang. Kk tu sesi pagi. Sebab tu boleh merayau dalam sekolah. Waktu pagi jelah.

"Hello sis! Nampak Fisa tak?" Ain ni friendly. That's why dia boleh kenal satu sekolah ni. Aku je yang macam katak di bawah tempurung. Kah! Aku tak suka kenal ramai orang. Maksud aku, aku suka orang tak kenal aku. Lawakkan? Entah tak kesah lah.

"Dia kat dewan. Study kot. Asal?"

"Pasal kawad."

"Oh, pergilah."

Lepas aku senyum kat kakak tu aku terus ikut Ain macam lembu dicucuk hidung. Entah sejak bila aku pandai guna peribahasa ni. Mesti cikgu bangga ada anak murid macam aku.

"NAFISA!" aku tak kenal ni kawan siapa. Ramai pandang ke arah aku dan Ain. Aku tertunduk malu.

"Eh, hai! Ada apa panggil. Eh sebelum tu, boleh tak carikan budak untuk kawad? Aku tak bolehlah, lately ni aku busy."

"Iyalah, orang tu dak sains. Tulah sekejap ada sekejap hilang. Hah, ni ada sorang nak masuk. Fisa, ni Raina. Raina, nilah kk kita, Nurul Nafisa."

"Hai." cukup aku angkat tangan seolah melambai dan senyum. Akak tu pun senyum. Kira jalanlah tu.

"Fisa!" seorang lelaki mungkin sebaya atau atas Akak Nafisa datang ke arah kami bertiga. Nampak macam form 5. Tak lupa juga, dia seorang pengawas.

"Ray!" aku dan lelaki yang bernama 'Ray' itu pandang Nafisa dengan serentak. Terasa seperti orang pukul bahu aku.

"Dia panggil lelaki tu, bukan kau."

Married with crush || MALAY NOVELWhere stories live. Discover now