Selepas beberapa hari aku keluar dari hospital, aku dan Rayden merancang untuk membuat jamuan kecilan di rumah kami sempena kedatangan ahli baru.
Dari a hingga z kami buat bersama. Masak bersama, cari barang bersama, kemas rumah bersama semua bersama tapi kerja yang dibuat tu Rayden seorang sahaja. Aku ni seolah hanya menemankan dia sahaja.
“Bella duduk je, tengok abang yang kacak ni buat kerja. Duduk diam-diam dan teman abang. Itu pun dah kira kita buat sama-sama.”
Mengeluh seketika aku dibuatnya. Bosan siot tak buat apa-apa. Setakat duduk melanguk, kunyah kudap-kudap lepastu jalan ke hulu ke hilir tak buat apa-apa. Haih..
“Sayang menungkan apa? Ada sakit ke? Nak makan apa-apa?” Rayden datang duduk di sebelah aku. Aku menggeleng kepala.
“Takde pape. Belum rasa nak makan lagi. Diorang dah sampai?”
“Kejap lagi sampai. Katanya dah nak masuk kawasan perumahan kita dah.”
Aku angguk. Aku bangun dan duduk di atas peha Rayden. Kaki aku memeluk pinggang Rayden, tangan aku memeluk lehernya dan muka aku letak di celah lehernya. Habit baru. Rayden ketawa lepas. Rayden menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan. Aku pun ikut sahaja.
Tak buat apa-apa kan? Lepak luu!
Telefon Rayden berbunyi, menandakan seseorang menelefonnya.
“Abang angkat call dulu. Bella pergi siap.”
“Okay.” Aku melepaskan pelukan dan berjalan ke bilik.
Sampai sahaja di bilik, aku terus mencapai tudung bawal yang sudah siap di gosok. Ini pun tadi gaduh kejap sebab Rayden tak bagi gosok, takut tangan aku terkena seterika. Aku menjadikan tudung bawal itu menjadi bentuk segi tiga. Aku letak di atas kepala dan terus mencapai pin. Siap sahaja aku pin tudung, tekak aku terasa mual. Cepat-cepat aku berlari ke bilik air.
“Wuerk.. Wuerk..”
“Bella, okay tak?” Rayden menepuk belakang badan aku perlahan. Aku mengangguk. Aku kumur-kumur dan bersandar di dada Rayden. Rayden mengusap sebelah tangan aku.
Mual aku datang balik, cepat-cepat aku membongkokkan badan dan mengeluarkan isi dalam perut.
Ya Allah.. Aku penat.
“Sayang, okay tak ni? Larat tak?”
“Okay, pakai minyak angin nanti elok lah.” Kata aku lemah.
“Sure? Suara pun abang dengar lemah je.”
“Pretty sure, abang.” Rayden memimpin aku keluar dari bilik air. Dia meletakkan aku di atas katil dan mencari minyak angin. Nasib ada beli kot-kot jadi macam sekarang hah.
Rayden memberi aku minyak angin itu. Aku menyambut dan menyapu di leher dan bawah hidung. Bau minyak angin sedap lagi-lagi cap kapak.
Aku pin tudung di bahu kiri dan atas kepala. Selepas itu, kami keluar bersama-sama. Dah, semua sudah datang tengah makan. Aku menyalam semua semua dan duduk di sofa yang hanya memuatkan dua orang. Rayden duduk di sebelah aku sambil memeluk pinggang.
“Kakak nampak pucat.” Tegur Attia.
“Dan kakak bau minyak cap kapak.” Badri pula yang menegur.
Kawan-kawan aku sudah tersenyum-senyum. Rayden di sebelah pun tersenyum.
“Mika ada berita gembira.”
“Berita apa tu?” Tanya mama.
Tiba-tiba Maisarra dan Suraya bangun dan memberi satu kotak kecil pada setiap seorang. Oh, lupa nak bagi tahu. Muhammad Adam, Aiman dan Nadira Shahida pun datang.
YOU ARE READING
Married with crush || MALAY NOVEL
Romance[C O M P L E T E] Dikenali sebagai junior dan senior. Tempoh perkenalan dalam empat tahun, timbulnya satu perasaan tanpa disangka. Dia, Nur Raina Nabila seorang pelajar biasa dan seorang budak kawad tersuka tanpa sengaja dengan seniornya. Pelbagai...