²8 - e-Day

3.7K 176 13
                                    

Selepas seminggu aku merajuk dengan Rayden, aku telah memberi kata putus.

Aku akan berkahwin dengannya.

Uwu! Dapat kawin dengan crush!! Sukanya kita!!

Tiba-tiba teringat kebodohan sendiri.. MasyaAllah! Haritu benci, sekarang suka.

Inilah manusia kan.

Keluarga aku dan keluarga Rayden telah berbincang tentang majlis kami. Rayden kata mahu nikah selepas seminggu bertunang.

Katanya tak nak tunggu lama-lama. Der, dia buat aku tunggu dia lama-lama boleh pula.

Aku melihat barang hantaran yang ada di ruang tamu. Kesemuanya sekali ada lima dulang.

Macam sekejap je masa berlalu..

Rasa macam baru semalam kenal dia, baru semalam lepak dengan dia, baru semalam dia pujuk aku, baru semalam keluar ‘date’ dengan dia, baru semalam... dia tinggalkan aku dan baru semalam aku merajuk dengan dia.

Tahu-tahu sahaja esok aku sudah bertunang dan minggu depannya pula aku bakal bernikah.

Aku... membesar dengan baik. Alhamdulillah!

Aku melihat sekeliling, ramai anak-anak buah aku berlari di ruang tamu. Pada majlis tunang ni, aku hanya menjemput saudaraku yang dekat sahaja. Tapi tu lah, rasa macam bawa satu keluarga yang dari nenek ada lapan anak lepastu semua anak nenek dah berkahwin lepastu setiap satu keluarga ibaratnya ada empat orang anak.

Ramai bukan?

Aku sebenarnya kebosanan. Aku nak buat kerja tapi makcik-makcik aku semua menghalang. Katanya nanti kaki terpeleotlah, tangan terkehel, muka lesu..

Aku pun terima sajalah. Serupa permaisuri yang gila kuasa, asik nak mengarah sahaja. Tapikan, seronok juga tau.

Hiks!

Tiba-tiba makcik aku datang dan menegur aku. Mula dah...

“Eh, kamu buat apa kat sini? Sekarang dah pukul 10 malam tau. Kamu sepatutnya tidur awal.. Nanti kalau kamu tidur lambat, muka kamu lemah, lesu semua....”

Aku terus tak dengar apa-apa. Dalam kepala otak aku sekarang fikir esok tunang. Hiks! Gatal kau ya.

Pap!

“Dengar tak orang kata ni? Muka dah serupa perempuan miang ni kenapa? Sabarlah Raina oii, minggu depan je kamu selamat nikah..”

Tak habis-habis lagi.

“Ye ye, Raina tidur. Bye semua, selamat malam!” Aku melambai tangan sepeti seorang puteri yang sedang greeting rakyat dia.

Aku masuk ke dalam bilik dan menghempas diri ke katil. Dah, tak boleh buat apa kita tidur sajalah.

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku!

•••

9.12 a.m

Aku sedang makan untuk mengalas perut.

Kalau ikutkan, waktu-waktu gini bukan waktu aku makan. Terlalu awal untuk memenuhi perut aku. Ini pun aku tak lalu nak makan tapi kena paksa...

Kata makcik aku nanti aku kelaparan sebab ramai akan tangkap gambar dengan aku.

Aku pun iyakan. Majlis aku kan, aku lah kena hadap.

“Raina, cepat sikit makan tu, lepastu siap. Pukul 10 nanti keluarga Rayden datang.” Ibu datang menegur aku.

“Tak larat nak habiskan..” Lemah saja bunyinya.

Married with crush || MALAY NOVELWhere stories live. Discover now