Selepas empat tahun..
“Raid! Raudah! Ya Allah ya tuhan.. Ibu dah kata kan dah main kemas balik.” aku memandang anak kembar aku dengan tajam. Makin besar, makin nakal!
Raid memandang aku manakala Raudah menundukkan kepala. Takut lah tu kena marah dengan ibu dia.
“I want to play again ibu..” kata Raid dengan mata bulatnya.
Aku mengeluh. Aku menghampiri mereka dan duduk di hadapan mereka. Aku mengusap perlahan rambut anak kembar aku ini.
“Ye, ibu tahu Raid nak main lagi. Tapi kemaslah sayang. Nanti ayah balik, dia nampak semua bersepah nanti dia marah. Raid tak nak kan ayah marah. Raudah pun sama kan.” aku bercakap dengan nada yang lembut. Menegur anak dengan nada yang keras akan membuatkan anak semakin degil. Itu pandangan aku.
Raid dan Raudah memeluk aku. Mereka tidak mahu Rayden marah. Ya, Rayden sangat tegas dengan anak-anaknya. Lagi-lagi si Raid ni. Degil dia Masyaallah, macam jaga lima orang anak.
“I'm sorry ibu. Raid dengan Raudah kemas now.”
Aku tersenyum. See! Anak mesti akan turut kata punya.
“Raid dengan Raudah kemas tau. Ibu masak dulu, kejap lagi ayah balik kita makan sama-sama. Okay? Dah siap kemas, Raid dengan Raudah mandi.”
“Okay ibu!” kata Raid dan Raudah serentak. Mereka mencium pipi aku dan mula mengemas mainan dan buku yang bersepah.
Aku bangun dan menuju ke dapur. Mari kita berperang!
~
Jam sudah menunjukkan pukul tujuh setengah. Sekejap lagi, Rayden akan pulang.
Aku baru sahaja menyiapkan makan malam dan selesai menunaikan solat maghrib bersama-sama anak-anak aku. Walaupun mereka masih kecil, aku dan Rayden telah menitikberatkan tentang agama kepada mereka.
“Assalamualaikum!”
Pintu terbuka dari luar. Aku memandang pintu utama itu dan senyum. Aku menghampiri Rayden. Aku menyalam tangan Rayden. Dia membalas dengan pelukan dan ciuman di dahi.
“Raid, Raudah, ayah dah balik!”
“Ayah! Ayah!” terkedek-kedek mereka berlari mendapatkan ayah mereka. Rayden melepaskan pelukan dan mencangkung sambil mendepakan tangannya.
Raid dan Raudah terus memeluk tubuh badan Rayden. Gayanya seperti sudah lama tidak berjumpa pula.
Rayden terus mencium dahi mereka dan mendukung. Aku memandang Rayden.
“Abang dah solat? Abang nak makan dulu ke mandi dulu?”
“Abang dah solat dekat surau tadi. Abang mandi dulu ya.” aku angguk. Rayden meletakkan Raid dan Raudah di sofa.
“Raid dengan Raudah duduk diam-diam tau. Ibu nak tolong ayah.”
“Okay!” kata mereka serentak. Tersenyum aku melihat mereka. Aku melabuhkan ciuman di kepala mereka. Selepas itu, aku berjalan masuk ke dalam bilik aku dan Rayden.
Aku membuka pintu bilik. Aku syak Rayden sudah berada di dalam bilik air. Baru sahaja aku menutup pintu, ada satu tangan menarik pinggang aku.
“Abang! Terkejut saya.” aku menepuk tangan Rayden yang berada di pinggang aku. Rayden hanya ketawa. Dia mencium lembut pipi aku dan leher.
Mula dah gatal orang tua ni.
“Abang.. Mandi dulu lah.”
“No, I want cuddles with you.” Rayden mengetatkan lagi pelukan.
![](https://img.wattpad.com/cover/192989997-288-k296527.jpg)
YOU ARE READING
Married with crush || MALAY NOVEL
Roman d'amour[C O M P L E T E] Dikenali sebagai junior dan senior. Tempoh perkenalan dalam empat tahun, timbulnya satu perasaan tanpa disangka. Dia, Nur Raina Nabila seorang pelajar biasa dan seorang budak kawad tersuka tanpa sengaja dengan seniornya. Pelbagai...