“Ibu rasa dia boleh bahagiakan Raina?” Aku menyoal ibu.
“Apa yang ibu dan abah nampak, dia memang boleh bahagiakan Raina. Dia ada cerita dengan ibu dan abah. Semua dia dah cerita dari kamu berkawan dengan dia sampai sekarang. Ibu rasa dia seorang yang jujur. Memang dah okay sangat bagi ibu tapi ibu tak nak tentukan jodoh anak-anak ibu. Biarlah kau orang yang pilih tapi bagi ibu dengan abah test dulu. Kalau lepas, dapat kahwin kalau tak, bye bye.” Panjang lebar ibu menjawab soalan aku. Aku masih rasa ragu.
“Solat istikharah. InsyaAllah Allah bagi petunjuk. Doa banyak-banyak. Doa banyak-banyak. Doa itu kan senjata umat Islam. Siapa lagi kita yang ingin memohon pertolongan selain Allah? Manusia? Tak kan ada. Mesti ada yang cuba jatuhkan kita bila tahu kelemahan kita. Jadi, doa banyak-banyak, semoga Allah permudahkan segala urusan.” Panjang ibu beri nasihat.
Aku memandang ibu, terus aku memeluk dia. Erat.
“Terima kasih untuk segala yang ibu bagi Raina.”
“Raina anak ibu, dah tentulah ibu bagi yang termampu. Ingat, jangan lupa solat.”
“Baik.”
Ibu melonggarkan pelukan. Ibu mencium dahi aku sebelum dia keluar.
Aku teringat nasihat ibu tadi. Daripada tak buat apa baik aku solat.
Habis masa aku 30 minit terbuang macam tu je.Aku bangun, menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Setelah selesai, aku membentangkan sejadah dan mula memakai telekung.
Aku membaca niat.
Allahuakbar..
Aku mengangkat takbir dan mula fokus pada Allah.
~
Sekarang pukul 2 pagi. Aku masih belum tidur. Setelah aku solat istikharah dan taubat, aku duduk termenung di atas sejadah.
Macam-macam yang aku fikirkan. Betul ke dia jodoh aku? Sudah bersedia kah aku untuk menggalas tanggungjawab? Bersediakah aku menjadikan seorang ibu dan isteri? Mampukah aku membahagiakan masa antara isteri, anak, pelajar dan pekerja?
Mampukah seorang Raina menggalas tanggungjawab tersebut?
Penat aku berteka-teki sendiri, aku melipat sejadah dan telekung. Aku meletakkan dia tempat khas. Selepas itu, aku duduk di meja belajar aku. Aku mencapai telefon.
Aku terus membuka gallery.
Aku menekan satu folder, terpampanglah gambar Rayden Mikael.
Gambar terakhir ialah gambar Rayden pada tahun lepas. Aku mengambil gambar tersebut dari facebook kawannya.
Tidak aku sangka akan ada kawannya yang post gambar Rayden tapi malangnya, tiada username yang aku boleh follow.
Nampak tak, desperate nya seorang Raina Nabila.
Aku hanya mampu melihat gambar dan video Rayden sahaja. Bukan itu sahaja, aku juga membaca chat lama aku dari zaman sekolah sampai dia menghilangkan diri.
Aku penat. Aku letih.
Aku bangun dan berjalan ke katil. Aku membuka lagu di telefon.
Kebetulan pula, lagu Pulang dari Insomniacks keluar.
KENAPA SEKARANG? TAU TAK AKU NAK MENANGIS SEBAB LAGUNYA RELATE DENGAN AKU SEKARANG.
Kenangang yang telah berlalu
Takkan ku lupa
Hanya engkau yang aku mahu
Sudah tentu
YOU ARE READING
Married with crush || MALAY NOVEL
Romance[C O M P L E T E] Dikenali sebagai junior dan senior. Tempoh perkenalan dalam empat tahun, timbulnya satu perasaan tanpa disangka. Dia, Nur Raina Nabila seorang pelajar biasa dan seorang budak kawad tersuka tanpa sengaja dengan seniornya. Pelbagai...