²9 - Mr and Mrs

4K 186 35
                                    

Seminggu telah berlalu, akhirnya aku bakal menjadi isteri dalam beberapa jam sahaja lagi.

Sekarang aku sedang bersiap-siap untuk ke masjid kerana aku akan bernikah di masjid.

Sekejap lagi aku akan memakai tudung. Aku memandang cermin. Cantiknyaa... Rasa lain sangat lepastu rasa macam bombastik!

Mak andam memakaikan aku tudung. Makciks aku yang lain semua tengok aku. Malu pula aku rasa.

Masing-masing memuji aku. Ada yang menyakat aku. Ada yang tidak habis dengan telefon di tangan, tak sabar nak selfie.

Aduyai.. Aku ketawa sahaja.

Apabila sudah siap, aku mencari kasut. Selepas itu, aku keluar dari bilik. Sepatutnya nikah jam 10, sekarang dah 9.50. Mana tak kelam-kabut. Puncanya tadi perut aku memulas. Haih, memang lamalah aku dalam bilik air.

“Dah siap? Jom. Jangan buat Tok kadi tunggu lama, dia pun ada kerja lain.” Aku angguk. Aku terus memakai kasut dan naik kereta bersama ibu dan abah. Adik-adik aku yang lain naik kereta dengan Maisarra, kawan aku yang lain naik kereta dengan Batrisha.

Sampai sahaja masjid yang bakal menyaksikan upacara pernikahan aku dan Rayden, aku terus masuk dan duduk di satu bantal yang besar. Yang bulat tuuu

“Sampai juga akhirnya pengantin perempuan kita ya.” Kata Tok kadi. Aku tersengih sahaja.

Semua telah bersedia untuk menyaksikan pernikahan kami. Aku pula yang nervous padahal bukan aku yang angkat akad nanti.

“Sebelum kita mula, saya baca khutbah dulu baru kita kena test sikit ya pengantin lelaki kita ni. Kalau tak lepas, kita jangan bagi diorang nikah. Haaa..” Semua ketawa. Aku dah cuak.

Eh eh Tok kadi ni, suka-suka je ye.

Apabila Tok kadi memulakan khutbah, semua khusyuk mendengar. Setelah selesai, baru Tok kadi mula dengan soalan.

“Dengar baik-baik ya soalan saya. Benarkah, perempuan yang berada di belakang awak tu, perempuan yang awak bakal sehidup semati bersama? Cer pusing, cer pusing.”

Rayden memusingkan badannya. Kami memandang antara satu sama lain.

“Jangan pandang lama-lama.. Nikah dulu eh, amboii...” Semua ketawa apabila mendengar kata si Tok kadi itu.

Last question. Ha, berspiking saya tau. Ini satu tolak satu berapa?” Dan lagi sekali, semua ketawa selepas mendengar soalan Tok kadi itu.

“Err satu?”

“Eh, bijak sungguh kamu ya. Macam mana kamu tahu trick tu. Memang tak sabar ya.” Happy betul Tok kadi ni. Menyakat-nyakat-nyakat orang.

“Okay, mari kita mula. Dah tak menyabar dah saya tengok. Ehem, Rayden Mikael dah tanda tangan dah? Dekat kertas tadi.” Memang riuhlah masjid tu sebab Tok kadi dari tadi buat kelakar je.

“Dah, dah.” Rayden membalas dengan sisa ketawanya.

“Pengantin perempuan?”

Aku angguk kepala.

“Malu-malu pula ya pengantin perempuan kita ni, okay Rayden bila saya goncangkan tangan awak terus cakap ‘saya terima nikah’ ya.”

Tiba-tiba abah menyentuh bahu Tok kadi. Abah berbisik, selepas itu mereka menukar tempat duduk.

“Ayah pengantin nak nikahkan. Boleh ya.”

“Boleh boleh.”

Rayden menyalam tangan abah. Bersedia untuk akad.

Married with crush || MALAY NOVELWhere stories live. Discover now