³4 - Mikael's past

3.5K 157 12
                                    

Jangan marah saya, marah Nadira.




"Kenapa dengan Mika?" Aku menyoal pelik. Kenapa tiba-tiba nak bangkitkan nama Rayden pula kan?

"Saya tak nak awak sakit sebab Mika atau Mika sakit sebab awak."

Apa yang dia cuba sampaikan?

"Boleh tak awak straight to the point, Nadira?"

Nadira mengeluh sambil buat muka. Selepas itu, dia tersenyum sinis dan memandang aku tajam. Sungguh aku kata, perempuan yang ada di depan aku sekarang ni lain macam.

"Awak tahu tak sepatutnya Mika kahwin dengan saya."

Hah?

"Dah kenapa pula?" Sumpah aku blur. Apa masalah dia sebenarnya.

"Ye. Awak nak tahu tak, sebenarnya Mika kahwin dengan arwah kakak saya. Tapi bila kakak saya meninggal, calon pengantin perempuan sepatutnya saya. Tapi entah macam mana awak boleh tersesat." Jawab Nadira, sinis.

"Lagi satu, awak ingat Mika sayang awak ke? Sebenarnya tak pun. Mika terbayang yang arwah kakak saya ada dalam diri awak." Sambungnya lagi.

"Kenapa awak kata macam tu? Macam mana saya nak percaya yang Mika tak sayang saya sedangkan dia panggil saya sayang. Dia layan saya baik. Apa lagi?"

Nadira ketawa sinis.

"Semua benda tu boleh dibuat walaupun tipu."

Aku tergamam.

"Nama arwah kakak saya, Nabila Shuhada. Nama awak, Raina Nabila. See, nak sama dah tu. Macam mana Mika tak anggap yang awak tu arwah kakak saya?"

"Tapi saya dan arwah kakak awak adalah orang yang berlainan."

"Pasti?" Nadira mengangkat sebelah keningnya dan tersenyum sinis.

"Jujurlah saya katakan, saya sendiri nampak arwah kakak saya ada dalam diri awak. Tapi kalau nak dibandingkan awak dengan arwah kakak saya, better kakak saya lah. Mika panggil arwah kakak saya, Bella. Awak? Sama jugakan."

Diam. Betul ke apa yang Nadira ni kata?

"Saya cerita satu kisah. Waktu dulu, saya, Mika, Adam dan arwah kakak saya kawan rapat. Kami selalu main sama-sama. Kalau main kahwin olok-olok tu kan, Mika dengan arwah kakak yang selalu jadi pengantin. Kami tak sangka pun, dua-dua suka sama suka tapi kami okay je. Sebab mereka nampak sepadan. Sampailah satu hari ni, kami berempat main sorok-sorok. Kakak saya kena patuk ular. Sampai hospital, doktor kata tak boleh selamatkan sebab bisa ular tu dah semakin merebak. Mika, dia sedih sangat. Dia kata dia dah janji, nak sama-sama belajar dekat Jepun, sama-sama bekerja dan berkahwin. Saya pujuk, saya boleh ganti tempat arwah. Mika tak janji. Saya tak kisah sebab boleh jadi dia ada pilihan sendiri. Sampailah satu ni, dalam diam keluarga saya nak cuba tanya Mika. Mika diam sahaja, mungkin tiada calon lagi. Perasaan saya? Dah tentu-tentu gembira. Saya tak sabar nak kahwin dengan Mika. Saya tunggu dia habis belajar, alih-alih dia kahwin dengan awak. Pada mulanya, saya tak kisah tapi bila dapat tahu yang Adam pun suka awak, saya macam tak suka dengan awak, menyampah." Cerita Nadira panjang lebar.

Ayat terakhir dia buat aku nak menangis.

"Awak memang jenis perempuan tak cukup satu eh? Adam awak nak, Mika pun awak nak. Ke awak nak kikis duit diorang?"

"Awak jangan nak menuduh saya macam tu!" Kata aku, marah.

"Tak menuduh, saya kata je. Adam punya baik awak sibuk terkejarkan Mika."

"Hati manusia tak boleh dipaksa."

"Habis tu, Mika kahwin dengan awak tak terpaksa ke? Saya tengok Mika macam memaksa hati dia untuk kahwin dengan awak tapi dalam hati, dah ada arwah kakak saya."

Tubir mata aku mula berair.

"Nampak tak sebenarnya awak dipergunakan oleh Mika. Mika tak sayang awak pun sebenarnya."

Aku menarik nafas.

"Kalau betul lah Mika sayang awak, cinta kan awak sangat, kenapa awak tak mengandung sekarang? Dah hampir empat bulan kan kahwin? Ke Mika tak sentuh awak lagi? Mesti sebab Mika tak bernafsu dengan awak."

Ya Allah...

Air mata aku jatuh. Cepat-cepat aku mengelap air mata.

"Saya mengandung anak Mika sekarang." Kata aku, menipu.

Kalau niat Nadira nak retakkan hati aku, ya dia telah berjaya. Serba sedikit apa yang Nadira kata memberi kesan yang besar pada aku.

"Oh ya? Itu cuma satu kesilapan. Biasalah, bila lelaki dan perempuan duduk sebumbung mesti terbabas punya." Jawab Nadira bersahaja.

Sungguh kejam ayat mu itu.

“Hmm, tu je lah yang saya nak cakap. Apa-apa pun jangan nak sedih sangat. Terima kasih.”

Nadira terus bangun dan berlalu pergi.

Makin lama aku diam, makin rasa apa yang Rina kata tu memberi kesan yang paling dalam. Aku menyebamkan muka ke meja, tak nak bagi orang nampak yang aku sedang menangis.

‘Semua benda tu boleh dibuat walaupun tipu.’

Betul ke, semua kata-kata dan perbuatan Rayden Mikael itu dusta belaka?

Aku seperti dapat menghubungkan sesuatu sehingga apa yang Nadira kata semua nampak betul.

Menangis lagi aku di meja tu.

Kalau ikutkan tujuan asal Nadira, dia cuma nak buat Raina sakit hati dengan dia. Sebenarnya Nadira suka Adam, dapat tahu pula yang Adam suka Raina. Lepastu, lepas Rayden Mikael balik dari Jepun terus kahwin dengan Raina, itu yang dia bertindak macam tu. Nadira tak kisah pun kalau Rayden Mikael tak kahwin dengan dia tapi bila muhammad Adam suka Raina, dia tak puas hati.

Macam takde perempuan lain yang nak. Nadira tak suka. Dia rasa Raina ni talam, Rayden dah dapat hah pastu kalau dah tak boleh pakai mesti beralih ke Adam.

No! Adam, Nadira punya. Kalau betul pun Adam ada perempuan lain it's okay tapi bukan Raina.

Ye, itu niat asal Nadira Shahida.

Lagi satu, memang betul apa Nadira kata tadi. Dia seolah-olah nampak kakak dia ada pada diri Raina. Jadi, dia nak selamatkan Rayden Mikael dari terus dibayangi arwah kakak dia.

Tapi tu lah, tak tahu ke kononnya cara dia yang nak selamatkan Rayden Mikael tu sebenarnya bakal membuatkan Rayden susah hati.

Mana taknya, isteri yang selalu manja dengan dia tiba-tiba layan dia acuh tak acuh. Siapa tak susah hati kan?

Dalam perbincangan hangat antara Nur Raina Nabila dengan Nadira Shahida tadi sebenarnya ada orang dengar. Tapi tak tahu lah, si Nadira tu perasan ke tak. Yelah, sibuk nak sakitkan hati orang hah.

•••

“Bella.. Sayang okay? Tadi Ilham bagitahu abang Bella sakit dekat kafe.” Rayden Mikael masuk ke dalam bilik terus menerjah aku yang sedang berbaring. Sebelah tangannya memegang tangan aku manakala sebelah lagi mengusap kepala aku.

Aku menolak kedua-dua tangannya.

“Raina okay, cuma nak tidur. Penat.”

Rayden Mikael berkerut. Tak pernah-pernah isterinya memanggil nama Raina sebagai nama panggilan.

“Sayang..”

“Just live me alone.” Raina memusingkan badan, mengembelakangkan Rayden Mikael.

Rayden mengeluh.. Dah katanya macam tu, macam tu lah.

Married with crush || MALAY NOVELWhere stories live. Discover now