6 - new KK

3.2K 198 15
                                    

Sungguh cepat masa berlalu, sekejap sahaja sekarang sudah hari Jumaat, malam Sabtu. Sepanjang latihan dalam minggu ni, amat memenatkan ya. Engko bayangkan, pergi sekolah pukul 8 pagi hah astu dengan latihannya lah, stay dekat seolah sampai pukul 6.30 baru balik. Balik pula siap-siap pergi tempat mengaji. Tadi tanggungjawab sebagai pelajar, malam dah tukar jadi tanggungjawab sebagai cikgu dan anak. Balik tempat mengaji buat kerja sekolah. Lek, tak siap bangun pukul 3. Ya Allah ya Tuhanku.. Sungguh diri ini penat.

Tok! Tok! Tok!

Adik mana ni yang nak kacau kau yang sedang bersenang-lenang di atas katil.

Buka je pintu, “Oi kak!” Jerit Attia. Adik aku yang paling bising. Umur baru 8 tahun, mulut macam apa je.

Aku angkat kening ala-ala Ziana Zain. Tak lupa juga dengan jelingan aku yang menandakan aku tengah malas nak layan.

“Esok kakak–”

“Ada kawad.” Cepat je aku potong percakapan dia. Wahai anak-anak ku sekalian, jangan contohi saya ya. Hshshshshs

“Balik puk–”

“Petang. Pukul 6 camtu.”

Attia mendengus. Bengang lettuw sebab kakak dia malas layan. AHAHAHAH

Tapi sebenarnya aku pun bengang ni, “woi Attia! Tak reti ke nak tutup pintu balik?!” Aku jerit kegeraman.

“Tutuplah sendiri!”

Dah reti buka bukannya nak tutup. Mesti adik korang macam ni kan.

“Tak memasal aku kena tutup sendiri.”

Terpaksalah aku menggagahkan diri untuk tutup pintu.

Ting!

Bunyi dari phone aku berbunyi. Mesti pasal kawad esok ni.

Huh.. Sabar Rai, sabar. Lagi sebulan je lepastu bebas.

Aku mencapai telefon yang ada di atas meja belajar. Aku tengok lockscreen, maka terpampanglah nama Kadet Puteri SMKDH.

Aku buka chat tersebut.

Kadet Puteri SMKDH

019-36xxxxx
Assalamualaikum semua. Saya Aliff selaku jurulatih korang. Apa yang penting esok buat yang terbaik. Saya tahu awak semua sudah berlatih jadi esok mesti cantik pergerakannya. Esok juga saya nak discuss something with you all. Tunggu esok.
BTW, esok siapa lambat saya denda terus.

019-36xxxxx removed Kak Nafisa

Oh, dialah jurulatih tu. Hmm, harap tak garanglah. But wait. Why he removed Nafisa? It is something happened? Wait.. Hari Isnin tu Kak Nafisa lain.

Omaigad I'm skek

Ah, sekarang dah pukul 10:18, baik aku tidur.

Aku bangun untuk charge telefon. Kemas katil sikit dan tepuk bantal tiga kali. Sebelum baring, aku capai satu al-Quran kecik dan buka surah al-Mulk. Sebelum tidur jangan lupa al-Mulk ya anak-anak. Semoga kita dijauhkan oleh fitnah dajjal dan seksaan kubur. Selesai baca jangan lupa doa tidur pula. Hshshsh

Bismikallah humma ahya wa amut.

Tak sampai lima minit, aku sudah terlena.

Selamat malam, dunia.

•••

7.30 pagi

Married with crush || MALAY NOVELWhere stories live. Discover now