9 - latihan || 3

2.6K 153 0
                                    

Maaf kalau pendek.


———•••••———

Dalam seminggu ni, aku hanya menghafal bahan bacaan untuk kem sahaja nanti. Sakit juga lah kepala aku sebab asyik tengok tulisan je.

“Kakak..” Terjengul kepala ibu di pintu. Aku pandang ibu.

“Ya ibu.. Kenapa?”

“Banyak lagi ke nak ngapal nya?”

“Banyak bu. Raina baru hafal bahagian kerohanian. Yang lain belum lagi. Tali-temali yang sebelum ni tak pernah belajar. Hmm..”

“Ohh.. Jangan tidur lambat. Esok pagi kawad.”

Bila ibu sebut kawad baru aku teringat. Aku belum cari orang lagi untuk pergi kem.

“Baik ibu. Bye, goodnight, Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Selepas menjawab salam, ibu menutup pintu bilik.

“Haih.. Terlampau sibuk menghafal sampai lupa nak cari orang.”

Ting!

Aku menarik nafas panjang dan hembus. Aku ambil phone yang memang tersedia ada di atas meja belajar aku.

Ain? Dah kenapa dia chat aku malam-malam?

Eh, sebelum tu...

Seolah-olah ada mentol di atas kepala, cepat sahaja jari aku menekan nombor untuk membuka kata laluan.

Ain

Raina..

Ye?

Esok aku datang lambat sikit.

Okay..

Eh jap!

Apa?

Pergi kem jom, teman aku.

Bila tarikh?

Tak tahu lagi. Nanti Cik Aliff bagitahu aku.

Okay, pape aku bagitahu kau balik.

Okay.

Yeay, dah dapat sorang!

Tengok jam dah nak pukul 11, ah mari ler kita tidoq.

•••

Seperti sebelum ni, aku datang awal. Ada yang datang sebab koko, Ada yang datang sebab extra class..

Tengok orang sekeliling macam ni macam best pula. Dapat tengok gelagat manusia yang banyak kerenah. Disebabkan benda ni, boleh buat aku termenung dan tanpa sedar, seseorang telah menghampiri aku.

“Awal kau sampai.” Dia menegur aku. Yang pasti lelaki sebab kasar suaranya.

“Eh ni no!” Melatah aku.

Lelaki itu hanya ketawa. Seperti yang ku agak, aku pandang tajam dan jeling dia. Geram betul. Suka buat aku terkejut.

“Halah, merajuk ke?”

Married with crush || MALAY NOVELWhere stories live. Discover now