After three months..
Sekarang aku sedang bersenang-lenang di atas katil. Aku membuka status whatsapp. Tak ada yang menarik pun melainkan junior aku buat pasal video emoji terbang-terbang atau dipanggil funimate.
‘Mereka ketawakan aku kerana berbeza, aku ketawakan mereka kerana mereka sama.’
Apakah? Aku tengok status yang seterusnya.
‘Aku tak bodoh, cuma malas nak tunjuk betapa hebatnya aku. Aku takut, nanti bila aku buka je mulut kau terus tercyduk bro.’
Astagaaa betapa berlagaknya kamu wahai hamba Allah!
‘Kau nak menghina orang pastikan, diri kau ‘PERFECT’ dulu.’
Aku sokong. Yelah, kita siapa nak menghina orang, nak rendahkan orang. Macam kau perfect sangat. Geram pula aku..
‘Pergi mall nak tengok wayang, tengok wayang sambil makan Meggie, hey girl you jangan tayang ii, nanti you minta you jangan tak bagi.’
APA BENDA NI SETE AKU BACA..
Aku terus menekan status orang lain. Baru sahaja mahu tekan status Ilham, nama Rayden Mikael muncul. Cepat-cepat aku menekan status Rayden.
Rayden meletak satu gambar surat. Aku zoom, aku ternampak Osaka university, dengan caption ‘Alhamdulillah!’
Dia nak sambung belajar ke?
Aku membalas status Rayden. Aku menunggu dia membalas chat aku.
Rayden Mikael
Kau nak sambung belajar ke?
Haah.
Bila brother?
Next two weeks.
Wahh! Abang senior kita nak sambung belajar. Congrats!
Thank you Bell.. Next week kita meet untuk kali terakhir eh? Last dating gitchuw.
Amboi.. Last dating nyah. AHAHAHAHA Tacod bethol.
Aku tersentak bila Rayden kata last dating. Tapi lama-lama satu senyuman terbit di bibir.
Ting!
Berdebar pula aku rasa.
Yelah.. Kau sorang je kawan perempuan aku yang aku rapat. Why not, aku ajak dating ehh AHAHAHAHA
Jam di dinding terus berdetak ahh ~
Astaghfirullah sedar Raina sedar!
Dasar buaya! AHAHAHAHAHAH
Aku on je wei. Asalkan dapat meet kali terakhir sebelum kau pergi sambung belajar.
Nak nangis boleh tak?Kau nak nangis apahal pula?!
Kau jangan macam-macam Raina...
Aku tak reti pujuk AHAHAHAHASedih ah kau ni, macam mana nak ada makwe?
Kau jelah makwe aku AHAHAHAHAHAH
Aku diam. Hati aku rasa berbunga-bunga. Aku tak tahu apa perasaan aku terhadap dia tapi setiap kali aku dekat dengan dia, aku selalu rasa gembira.
YOU ARE READING
Married with crush || MALAY NOVEL
Romance[C O M P L E T E] Dikenali sebagai junior dan senior. Tempoh perkenalan dalam empat tahun, timbulnya satu perasaan tanpa disangka. Dia, Nur Raina Nabila seorang pelajar biasa dan seorang budak kawad tersuka tanpa sengaja dengan seniornya. Pelbagai...