³6 - Pujuk

3.8K 165 10
                                    

Update lagi.. HSHSHSHS






Selepas bertemu Aiman, Rayden singgah ke kedai 7eleven untuk membeli coklat, ais krim, twisties, gula-gula dan benda yang manis-manis. Gigih juga dia search google macam mana nak pujuk perempuan yang merajuk.

Kebetulan Rayden mengisi minyak di Petronas, boleh pula dia nampak chocojar. Pun dia belinya. Tak lupa juga gula-gula kapas dan biskut berperisa coklat. Oh, ya! Susu. Susu sekali. Rayden beli saiz besar terus.

Engko bayangkan, semua makanan yang Rayden Mikael beli semua saiz besar. Mahal satu hal, banyak satu hal, manis pun satu hal. Dia nak bagi isteri dia kencing manis ke?

MasyaAllah...

Tiba sahaja di kediamannya, terus Rayden Mikael berdoa. Semoga isteri dia lembut hati. Dia rindu isterinya yang selalu gedik-gedik dengan dia.

Rayden mengeluarkan semua beg plastik yang bersisi makanan itu dari kereta, terus dia berjalan sehingga di depan lif. Dah malam macam ni mana ada orang, jadi hanya diorang seorang sahaja.

Lif terbuka, dia masuk dan menekan nombor 32. Sambil menunggu sambil tu juga dia berdoa kepada Allah, lembutkan hati isterinya.

Rindu isteri woii!

Nampak, dua kali Rayden mention rindu isteri. Memang benar-benar rindu ni.

Rayden membuka pintu dan memberi salam. Gelap sahaja. Berkemungkinan isterinya belum tidur tapi takpe, masih banyak masa. Rayden meletak plastik makanan tadi di atas meja, ais krim terus dia masukkan ke dalam peti sejuk.

Rayden berjalan ke bilik pula. Dia membuka pintu, mendekati si isteri.

Let's do it!

~

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam tetapi aku masih tidak boleh tidur. Kebetulan aku terdengar pintu utama rumah terbuka, aku terus membelakangkan pintu bilik, menarik blanket sehingga paras leher dan memejam mata.

Terdengar pintu bilik dibuka. Sudah semestinya Rayden Mikael. Perlahan-lahan terasa sebelah katil ini ada orang. Cuba bayangkan, sebenarnya bukan Rayden yang masuk bilik tapi sebenarnya momok.

Choi!

“Bella..” Panggil Rayden dengan nada yang lembut. Aku mengeraskan badan. Tak nak layan abang!

Rayden mengeluh. Dia tahu isterinya tak tidur lagi. Ni, kalau tak merajuk, dah lama dia gigit-gigit sahaja.

“Sayang.. Abang minta maaf kalau abang ada buat salah. Abang dah dengar dah cerita Aiman, siapa yang buat Bella macam ni. Abang tahu, apa yang Nadira kata tu buat Bella rasa sedih tapi percaya lah, abang tak pernah anggap Bella macam arwah Nabila. Tak. Memang tak. Dia cuma my past tapi sayang my future. Mungkin dia yang pertama untuk abang tapi Bella yang terakhir untuk hidup sehingga akhir hayat abang. Maafkan abang, sayang.” Rayden memujuk. Dia tahu, hati perempuan tidak sekuat hati lelaki. Lagi-lagi si isteri, lagi senang rapuh rasanya.

“Bella..” Rayden memanggil aku dengan suara yang memberat. Aku agak berdebar.

“Nur Raina Nabila, aku Rayden Mikael sangat sayang dan cinta dengan kau.”

Aku diam. Aku terharu dengan luahan Rayden dan juga rasa bersalah. Aku tak tahu kenapa aku emo sangat. Kejap nak nangis, kejap gembira. What's wrong with me?

Terasa seperti orang bangun, cepat-cepat memusingkan badan dan memegang tangan Rayden serta memanggil dia.

“Abang..” Suara serak ku memanggil Rayden. Aku sudah mula sebek.

Married with crush || MALAY NOVELWhere stories live. Discover now