special chapter - 3//last

3.8K 203 39
                                    

Aku tersedar apabila terdengar azan subuh berkumandang. Aku mengalihkan tangan Rayden. Aku bangun dan mula menyiapkan diri. Setelah selesai, aku mengejut Raid dan Raudah. Celik sahaja mata, mereka menghadiahkan ciuman di pipi dan dahi aku.

Assalamualaikum ibu, good morning.” ucap Raid. Aku pun melabuhkan ciuman di dahinya.

Morning sayang..”

Good morning ibu.” ucap Raudah sambil menenyeh matanya. Aku pun memberi ciuman di dahi Raudah.

“Bangun, mandi lepastu kita solat sama-sama. Kejut ayah tau. Ibu nak pergi dapur.” mereka menganggukkan kepala. Aku bangun dan terus keluar dari bilik. Pergi ke dapur untuk masak air panas. Mencuci sedikit pinggan kotor di singki. Aku berjalan ke bilik semula.

Aku lihat semua sudah siap mandi. Aku senyum melihat anak-anak aku. Aku terdengar bunyi air di dalam bilik. Tahulah aku bahawa Rayden baru mandi.

Aku membentangkan sejadah siap-siap. Aku menolong Raudah memakai telekung. Bunyi pintu bilik air terbuka, aku memandang Rayden biasa sahaja.

Masih merajuk perihal semalam.

Aku menuju ke bilik air dan menghiraukan Rayden. Terbit rasa serbasalah dalam hati.

Aku mengambil air wuduk dan mula memakai telekung. Semua sudah bersedia, Rayden mula mengangkat takbir.

~

Aku menyalam tangan ibu dan abah serta adik-adik aku. Selepas sahaja kami makan tengahari dan menunaikan solat zohor, kami pun berangkat pulang.

Di dalam kereta, hanya celoteh anak-anak aku sahaja. Aku diam memandang luar. Tiada topik yang mahu diborakkan, diam sahajalah. Nak main phone, pening kepala nanti.

“Bella okay?”

Aku memandang Rayden dan angguk.

“Saya okay.”

Rayden mengeluh. Dia tahu, ada yang tidak kena. Mesti pasal semalam.

~

“Raid..”

Rayden memanggil Raid yang sedang mewarnakan gambar dalam buku warna bersama Raudah.

“Ya.” Raid berhenti dari mewarna dan memandang Rayden. Raudah masih teruskan kerja mewarnanya.

Did Ibu say something?

Rayden mengeluh melihat jawapan anaknya.

“Ibu marah ke ayah?” Raid pula mental Rayden. Rayden senyum.

“Ibu not angry but she is just keep quiet. Not talkative like before.

“Ibu marah Raid ke ayah?”

No.. Ibu tak marah Raid. Raid pernah ke nampak ibu marah? Tak kan.” Raid dan Rayden diam.

“Ayah..” panggil Raudah. Rayden pun memandang Raudah.

Lately, I saw ibu looks so tired.” Rayden mengeluh. Ya, dia pun nampak isterinya keletihan. Macam tidak bermaya.

“Mana ibu, ayah?”

She's sleeping. Come here, I want to hug you.” Rayden mendepakan tangannya. Raid dan Raudah pun berjalan dan memeluk ayah mereka. Mungkin ayahnya kesunyian kerana ibu tidak melayan ayah, fikir mereka.

~

“Abang, petang ni saya nak pergi kafe sekejap. Nak tengok masalah dekat sana. Saya balik macam biasa lah, waktu kafe dah tutup. Erm, saya nak bawa Raid dengan Raudah sekali sebab haritu saya dah janji nak bawa diorang.” aku meminta izin untuk keluar. Aku baru lepas membaca whatsapp. Ilham kata, kafe ada sedikit masalah. Jadi, aku perlu turun padang.

Married with crush || MALAY NOVELWhere stories live. Discover now