Setelah tiga bulan berlalu, aku menjalani kehidupan seperti biasa akan tetapi aku agak sibuk kerana aku mempunyai banyak assignment yang perlu buat.
Sem akhir lah katakan..
Rayden Mikael pula bekerja di satu syarikat sebagai engineer.
Selepas kami balik dari bulan madu tiga bulan lepas, Rayden Mikael telah membeli satu apartment berdekatan dengan universiti aku.
Dah lah aku terharu dia bawa aku pergi Sabah, sekarang apartment pula. Ni kena sayang lebih ni.
Tiba-tiba teringat hencik suami.
"Raina!" Aku tersedar dari lamunan. Aku mencari gerangan yang telah menganggu aku yang sedang mengelamun. Beta mahu titahkan, pancung kepalanya!
Okay, tiber sangat.
"Oh, Adam. Kenapa?"
"Pergi kafe?"
"Sudah semestinya pergi! Kenapa?"
"Nak ikut!"
Ya Allah.. Dari aku belum kahwin, sampai dah kahwin pun nak melekat dengan aku. Nasib sekarang dia kata dah terima hakikat.
“Haa, jomlah.”
Kami berjalan bersama-sama. Suasana agak janggal bagi aku. Tak. Hari-hari aku janggal dengan Adam tapi sekarang macam terlebih janggal sebab aku sudah menjadi isteri orang.
“Seronok kahwin?”
Huh?
“Seronok.”
“Dah lama ke bercinta dengan Mika.”
Mika? Ye, aku sudah diberitahu panggilan Mika itu adalah dari neneknya dan kawan-kawan Rayden waktu kecil.
Dulu aku macam pelik sikit lah, kenapa tiba-tiba Mika rupanya nama panggilan dia waktu kecik.
Comel!
“Saya kawan dia dekat sekolah menengah.” Jawapan selamat aku berikan.
“Sekarang? Cinta dia?”
“Sudah semestinya! Dah jadi suami kan.”
“Baguslah.. Walaupun saya kecewa sikit tapi saya gembira sebab Mika happy.”
Something fishy..
“Kenapa macam tu?”
Adam memandang aku dan memberi senyuman. Selepas itu, Adam diam.
Kalau dah Adam diam, aku diam jugalah.
~
Sekarang sudah hampir waktu kemuncak. Aku mahu tutup kedai.
“Lepak lu ah sebelum balik.” Kata Suraya.
“Jangan lama-lama. Hari ni Rayden balik awal.” Kata aku pula.
“Haih.. Untungnya orang dah bersuami ni.” Gurau Batrisha.
Aku menjengilkan mata pada Batrisha. Asik jelah nak sakat aku.
“Acane kahwin. Dah tiga bulan, takde isi ke? Tak sabar aku nak timang anak kau.” Kata Maisarra sambil tersengih.
“Belum rezeki lah nyah.”
“Usaha lah lagi.” Ilham pula menyakat.
Abang, nak balik!
“Eleh malu-malu pula diaaaa..”
Aku menutup muka dengan kedua-dua tapak tangan aku. Yang lain hanya gelak sahaja melihat gelagat aku.
“Dah, dah jangan malu. Kitorang doakan kau bahagia selalu ya. Kalau gaduh cepat-cepat minta maaf. Okay?”
YOU ARE READING
Married with crush || MALAY NOVEL
Romance[C O M P L E T E] Dikenali sebagai junior dan senior. Tempoh perkenalan dalam empat tahun, timbulnya satu perasaan tanpa disangka. Dia, Nur Raina Nabila seorang pelajar biasa dan seorang budak kawad tersuka tanpa sengaja dengan seniornya. Pelbagai...