2♥ - After 4 years

3.2K 164 28
                                    

"Happy birthday to you! Happy to you! Happy birthday to Raina Nabila. Happy birthday to you!"

Kawan-kawan dan keluarga aku menyanyikan lagu happy birthday sempena hari jadi aku yang ke 21 tahun.

Kami menyambut hari jadi di sebuah cafe baru tapi belum buka lagi.

Bakal buka. Haa gitchuw.

HITRI's cafe.

Cafe baru kami! Tidak sangka mereka membuat surprise birthday aku di sini. Patutlah beria-ria tak bagi aku datang cafe.

"Raina, tiup lilin!"

Aku meniup lilin di atas kek itu.

Aku juga berdoa semoga Allah memelihara aku di dunia ini.

Semua menepuk tangan selepas lilin itu terpadam. Aku memotong kek itu dan mengagihkan kek kepada mereka.

Siapa sangka, pada umur 21 tahun aku hampir menamatkan pelajaran dan mempunyai sebuah cafe yang bakal buka. Tidak aku sangka aku bakal merasmikan cafe ini dahulu.

Aku tersenyum lebar memandang kek yang sudah di potong itu. Pandai mereka cari kek. Indulgence cake, my favorite!

"Fikirkan apa?" Tanya Ilham. Mungkin dia dari tadi perhatikan aku saja. Kejap sedih kejap senyum, macam teringatkan boyfriend.

Padahal single.

"Nothing sis. Just think about future. Lepasni nak sambung dekat mana. Nak dekat jauh takut homesick je. Dah 21 hidup bawah ketiak mak." Aku ketawa.

"Kau ngada-ngada eh. Siapa yang nak jaga cafe nanti?"

"Gurau jelah. Mestilah aku belajar dekat sini, halah halah." Aku memuncung mulut. Okay, perbuatan ini baru ada. Sebelum ni mana ada nak muncung-muncung.

"Eh, apa cer kau dengan Adam?" Batrisha si kepoci sudah datang.

"Kawan je. Asal kau tanya?" Dah kenapa tetiba? Aku rasa aku layan dia biasa-biasa saja. Tak melebih macam...

"Korang nampak something."

Aku menjulingkan mata.

"He is my senior. Tidak lebih wei. Malas lah nak fikir rapat ke tak, ada apa-apa ke, couple ke. Malas. Baik aku focus pasal akaun aku." Aku mengeluh.

"Sorry ak-"

"It's okay, I know many students think I have a relationship with Adam because we are close but not. Only senior and junior." Aku memandang tepat mata Batrisha. Serius, aku tiada apa-apa hubungan dengan Adam.

"Eh, sambunglah makan." Cepat-cepat aku mematikan suasana yang agak tegang tak tegang itu.

Aku memberi senyuman pada Ilham dan Batrisha. Aku memotong kek lagi. Rugi tak makan kek banyak-banyak.

"Maisarra, Suraya, jom makan dengan kitorang. Pergi lah amik makanan sana, segan saya korang tak makan."

"Iye iye, nak amik ni. Haish, suka tengok kitorang gemuk kan."

Aku tersengih.

Kami berlima makan sambil bergosip. Biasalah perempuan kan. HAHAHA

•••

Aku mengemas barang yang berselerak di atas meja. Selepas Dr. Farah keluar, aku masih berada dalam kelas. Membuat nota sikit, nanti lupa habis kena repeat.

Usai sahaja kemas, aku keluar dan menuju ke cafeteria. Makan-makan!

"Raina!" Jerit sesorang dari belakang.

Married with crush || MALAY NOVELWhere stories live. Discover now